Rafizi hantar surat kebenaran semak akaun Peguam Negara

OLEH MD IZWAN
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menghantar surat permohonan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam untuk mendapatkan kebenaran menyemak akaun milik peguam kontroversi tersebut.

Gani berdepan tuduhan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat dalam rasuah ketika mengendalikan kes tuntutan erhadap pemilikan Pulau Batu Putih dengan Singapura.

"Untuk memastikan proses semakan ini benar-benar telus, saya menghargai keterbukaan Tan Sri untuk memberikan surat kebenaran menyemak semua akaun," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.

Dalam surat yang dihantar tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu menuntut lima perkara dan antaranya ialah memberikan maklumat pengenalan Gani dan semua ahli keluarga terdekat iaitu isteri, anak-anak dan menantu.

Gani juga digesa memberikan kebenaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara dan pihak berkuasa Hong Kong bertujuan menyemak maklumat perbankan.

"Maklumat perbankan yang diperlukan adalah baki setiap tahun bagi setiap bulan bermula Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih," katanya dalam surat tersebut.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan ke Hong Kong selepas tahun baru 2014.

"Saya akan ke Hong Kong selepas tahun baru nanti, iaitu Januari."

"Tanpa atau dengan kebenaran daripada Gani," kata Rafizi.

Isnin lalu, Gani menyatakan kesediaannya memberi surat kuasa kepada Rafizi untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, yang kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Beliau turut menjemput Rafizi ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Rafizi berkata, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh Mat Zain baru-baru ini.

Pada 26 November, Mat Zain dilaporkan mendakwa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan berkanun setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment