PEMUDA UMNO MALAYSIA HARI INI MEMBERI ANUGERAH KHAS KEPADA BLOGGER PRO UMNO YANG MENGAKU MEMFITNAH YB KHALID SAMAD....!!!

Pemuda UMNO hari ini memberi Anugerah Khas 2013 kepada blogger pro UMNO Dr Novandri Hasan Basri atas "jasa" nya sebagai sukarelawan Pemuda memperjuangkan politik UMNO menerusi alam siber sebagai blogger DrMiM....

Anugerah disampaikan oleh KJ selaku Pembesar Utama Pemuda UMNO Malaysia.

Pada 7hb Januari 2013 yang lalu seorang blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN)  mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu artikel dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Pergh....!!! Kaki fitnah di julang dan diberi pengiktirafan oleh UMNO.... Ingatkan Pemuda UMNO berketuakan Khairy Jamaluddin ada kelainan sikit dari induk UMN.... rupa-rupanya Omak Kau silap besar.... 2x5 dan 5x2.... Apakah ini akan membuka ruang dan peluang bagi para blogger UMNO untuk kerap dan rancak membuat fitnah ketahap lebih tinggi?

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment