Mohamad bersama petugas di Darul Fikri.

KUANTAN: Sebaik sahaja selesai menghadiri kes mahkamah di Kuala Lumpur pada petang Jumaat, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terus bergegas ke Kuantan bagi meninjau perkembangan banjir di sana.

Sebaik sahaja tiba di Kuantan beliau terus menghadiri taklimat perkembangan semasa di Pusat Tarbiah PAS Indera Mahkota pada jam 12.30 malam disampaikan oleh Pengarah Pusat Khidmat Adun Beserah Mahmud Yaakub serta petugas giliran malam.

Selepas itu beliau ditemani 12 petugas Skuad Bencana Alam Indera Mahkota bergerak ke Bilik Gerakan Banjir PAS Kuantan yang berpusat di Darul Fikri, Seri Damai Kuantan dan mendengar taklimat diberikan oleh Komander Jabatan Amal Pahang.

Beliau melahirkan penghargaan PAS yang tidak terhingga terhadap kerja keras tanpa mengira penat lelah oleh jentera parti.

Mohamad turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kedua-dua bilik gerakan tersebut sebelum mengakhiri sesi tinjauan pada jam 3 pagi.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment