KUALA LUMPUR: Saranan Mahathir dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah Umno tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Beliau mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di blognya yang berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi.

Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh Umno melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah Umno jika harga barangan terus meningkat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment