LUAHAN HATI PENYOKONG TEGAR UMNO/BN YANG PASTI MEMBUAT PARA PEMIMPIN UMNO GUSAR GUNDAH GELANA SAMPAI TIDUR TIDAK LENA....!!!

Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi, Malaysia hari ini, setelah mandat diberi, rakyat dibohongi. Saya bukan penyokong pembangkang tetapi setia pada parti pemerintah. Amat menyedihkan, berbuih saya berkempen untuk menyangkal tomahan pembangkang, tetapi ini realitinya. Saya mungkin satu mewakili berjuta rakyat yang akan beralih padang bila liga akan datang. Sekiranya tewas jangan kata pemain tak baik tetapi padang yang dicemari.

Itulah cetusan luahan hati yang jujur datang dari jiwa dan hati yang penuh sesal kerana memberikan sokongan dan undi pada UMNO/BN di PRU 13 lalu.... Bukan saja menyokong malahan turut serta kuat berhempas pulas bertungkus lumus memenangkan UMNO/BN.

Akhirnya kerja kuat penat lelahnya UMNO/BN beri hadiah menaikkan harga barang untuk rakyat hidup bertambah susah.

Omak Kau cukup amat yakin dan percaya.... luahan hati ini mewakili paling kurang ratusan ribu warga kita yang memberikan undi pada UMNO/BN di PRU 13 lalu yang bakal berhijrah sokongan kepada Pakatan Rakyat.... BERANI BERHIJRAH UNTUK BERUBAH.

MASIH ADA HARAPAN KAH UMNO LAGI PADA PRU 14 NANTI....???


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment