KOMEDI BOM - MAJISTRET TOLAK REMAN AZAN SAFAR

Pemimpin NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia yang ditahan polis Dang Wangi malam tadi bakal dibebaskan tengah malam ini.

Pembebasan itu dijangka berlaku apabila Majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyiasat beliau berhubung perhimpunan besar yang akan dijalankan pada 31 Disember.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama. Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Keanehan tuduhan cubaan guling kerajaan

1) Polis yang mendapat kerjasama SKMM masih belum berjaya mengesan dan menahan individu yang menyebarkan poster Perhimpunan Guling Kerajaan di intenet.

2) Satu NGO pula mendakwa perhimpunan 31 Disember ini bakal menggunakan bom. Peliknya selepas sidang akhbar itu tiada tangkapan dibuat ke atas mereka yang didakwa memiliki bom.

3) NGO yang mendakwa Bersih 4 akan menggunakan bom sepatutnya mengemukakan bukti kewujudan bom tersebut beserta orangnya sekali untuk memudahkan tugas polis supaya tidak membuang masa menyiasat sesuatu yang tidak wujud dan mengelakkan penganiayaan ke atas mereka yang tidak bersalah.

Sumber Berita Dari Blog Gendang Perang

No comments:

Post a Comment