HIMPUNAN GAMBAR KEJADIAN BOM DI DANOK THAILAND PAGI TADI.... RAKYAT MALAYSIA DI SARAN TANGGUHKAN HASRAT KE DANOK BUAT KETIKA INI

Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Kepada Rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Sempadan Thailand mahupun masuk ke Thailand di harap menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment