EDISI KANTOI TERLONDEH....!!! AKHIRNYA TERBUKTI SUDAH KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK KAKI PENIPU DAN MUNGKIR JANJI....!!!

PUTRAJAYA, 20 Sept 2011– Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.

19 Januari 2013 - “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....


“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pendengar radio SelangorBN.FM ketika diwawancara DJ radio itu M Kavimani atau DJ Kavi sejurus melancarkan siaran radio berkenaan di Ibu Pejabat Umno Selangor, di sini jam 12.30 tengah hari semalam.


Itu adalah petikan kata-kata Najib Razak sebelum PRU 13 yang lalu.... Hakikatnya selepas PRU 13 jelas sekali Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan beliau amat kuat menipu dan mungkir janji.

Akhirnya tuduh pihak lawan sedangkan pertuduhan itu adalah hak mutlak UMNO/BN sendiri.

Contoh terbaik AKU JANJI UMNO/BN tol akan diturunkan secara berpringkat-peringkat dalam tempoh 5 tahun.... akhirnya jadi apa....??? Bukannya turun tetapi naik secara mendadak....!!!

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment