Cukai Pintu: Bukan Cukai Naik Tapi Nilai Hartanah kata Menteri

Bukan cukai yang naik rupanya.... tapi nilai hartanah.... ha.... ha.... ha.... ayatnya berbunyi seperti yang pernah kita dengar.."Bukan harga minyak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan...."

Walau apapun alasan.... subsidi dikurangkan atau nilai hartanah naik yang jelas ialah rakyat perlu mengeluarkan lebih sikit wang dari poket untuk menampung kenaikkan nilai hartanah itu....

Nasib kitalah.... kerana 47% yang bodoh untuk mengekalkan kerajaan yang ada seluruh negara menanggung beban kebodohan mereka itu....

Lagi apa yang belum naik....? Beras dan tepung belum lagi kan....? Naikkanlah semuanya sebab kenaikkan ini tidak akan membebankan rakyat....

Yang betul.... 'bukan kenaikkan ini tidak akan membebankan rakyat' tapi kenaikkan ini tidak akan membebankan ahli dan penyokong UMNO'.... sebab depa makan rumput dan tidur dalam kandang.... ha.... ha.... ha....

Laporan berkaitan....

Cukai Pintu: PR sengaja kelirukan rakyat,

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihak pembangkang sengaja mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat umum berhubung kenaikan cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah, beliau menegaskan tidak ada kenaikan seperti yang digembar-gemburkan pakatan pembangkang sebelum ini, sebaliknya pelaksanaan kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu juga memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Semalam pun Datuk Bandar dah terima macam-macam, kena caci untuk minta letak jawatan. Ini semua kerja tak berfaedah. Kita lakukan untuk kebaikan rakyat."

"Dah berkali-kali saya sebut, tidak ada kenaikan kadar cukai taksiran, sebaliknya adalah nilai hartanah. Itu baik untuk rakyat dan juga sektor komersial," katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Park N Ride' Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut protes yang diadakan pakatan pembangkang semalam, Adnan berkata setakat ini mereka hanya menerima sebanyak 80,000 surat bantahan daripada 570,000 pemilik hartanah di bandaraya ini.

Bagaimanapun, Adnan berkata pihaknya kini masih belum menetapkan berapa kadar cukai taksiran yang akan dikenakan kelak.

"Setakat yang saya terima hingga pagi tadi, daripada 570,000 pemilik hartanah, kita terima lebih kurang 80,000 yang membuat bantahan. Semua kandungannya serupa, sebab tak faham konsep perlaksaan ini."

"Mereka ingat daripada RM40,000 nilai hartanah naik kepada RM100,000, mereka kena bayar RM100,000. Bukan begitu. Sama ada 6 peratus, 4 peratus atau 3 peratus, saya belum putuskan lagi. Tunggu saya putuskanlah," katanya lagi.

Selain itu, Adnan juga menyifatkan desakan supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib meletak jawatan adalah sebagai keterlaluan.

Semalam, kira-kira 300 warga kota menyertai bantahan kenaikan cukai taksiran pintu di perkarangan Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) yang dianjurkan pembangkang.

Ia turut disertai beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) bagi mendesak Ahmad Phesal untuk meletak jawatan ekoran gagal menangani kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR mendesak Ahmad Phesal untuk menarik semula kenaikan cukai tersebut yang terlalu tinggi

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment