GEORGETOWN: Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang hari ini merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan Dun itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan rasis.

Roslan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dun semalam berkata, terdapat doktor di hospital kerajaan yang berbangsa Cina tidak melayan atau mahu merawat pesakit Melayu.

Kenyataan itu merupakan kali kedua diungkapkannya selepas membangkitkannya pada perbahasan Julai lalu yang pernah dibantah oleh ahli dewan.

Ekoran kenyataan itu semalam, Dun Pulau Pinang sekali lagi gamat dengan desakan beberapa orang Adun Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP supaya Roslan tetap dirujuk ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan kerana masih mengulangi dakwaan yang tidak berasas.

"Dengan ini, saya sebagai Speaker Dun Pulau Pinang akan membawa kes Adun Pinang Tunggal ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan sebelum apa-apa tindakan selanjutnya, " jelas speaker yang membuat keputusan itu pagi ini..

Beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas dakwaan meroboh gerai-gerai Melayu sebaliknya tidak meroboh gerai-gerai Cina sekitar Butterworth.

Guan Eng dan timbalanya, Datuk Rashid Hasnon dalam kenyataan media menyangkal dakwaan tersebut dan menggangapnya sengaja dicetuskan pembangkang dari BN.

Sumber Berita  Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment