PERBEZAAN MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 ANTARA KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG DENGAN KERAJAAN UMNO/BN KEDAH....!!!

Gambar sebagai bukti berbicara dengan faka dan bukan auta sempena menyambut ambang tahun baru 2014 antara negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP/PR dengan Ketua Menterinya bernama Lim Guan Eng dengan Negeri Kedah Darul Aman yang diperintah oleh UMNO/BN dengan Menteri Besarnya Dato' Mukhriz anak kepada mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad.

DAP yang siang malam pagi petang tanpa henti dan rehat di tuduh oleh macai-macai, balaci-balaci dan juak-juak UMNO termasuk PERKASA, JATI, PEKIDA sebagai parti yang tindas Melayu dan anti Islam telah mengadakan sambutan Menyambut Tahun Baru 2014 dengan ceramah Agama Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus sedangkan Kedah yang dipimpin oleh UMNO.... parti yang sering mendabik dada memperjuangkan Islam sampai di hormati dan dikagumi seantaro dunia telah mengadakan Sambutan Menyambut Tahun Baru 2014 dengan acara hiburan dan tarian gelek.

Antara dua kerajaan negeri ini jika dinilai mengikut akan logik dengan fakta di atas.... mana satu yang bersifat memperkasakan Islam?

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Bekas Sultanah Johor fail permohonan ketepi cerai daripada bekas Sultan

oleh YISWAREE PALANSAMY

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah hari ini untuk mengenepikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.

Beliau memohon keputusan mahkamah bahawa beliau telah diceraikan pada 23 Januari 2009 dan rujuk seminggu kemudian adalah tidak sah.

Dalam afidavit menyokong permohonan yang difailkan hari ini, dia mendakwa jabatan kerajaan Johor khasnya pejabat agama telah disalahgunakan untuk memalukan beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas sultan tidak pernah membuat permohonan penceraian itu, dan beliau bersama bekas sultan hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dalam keadaan aman dan harmoni sehinggalah sultan mangkat pada 22 Januari 2010.

Dalam kes asal, Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif manakala Tuanku Zanariah sebagai responden yang bermakna bekas sultan itu yang mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Bagaimanapun, Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan atau diserahkan sebarang surat prosiding mahkamah itu dan hanya mengetahui mengenainya pada 30 September 2013 melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin.

"Daripada surat mufti, ia menunjukkan Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menyalahgunakan kuasa pada 6 Ogos 2010 bahawa Sultan Iskandar dan Tuanku Zanariah telah bercerai, dan rujuk oleh almarhum adalah tidak sah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Tuanku Zanariah.
Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014. 
Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.

Ekoran keputusan mahkamah itu, Tuanku Zanariah berkata, bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010 telah menulis surat kepadanya dan menarik gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah".
Beliau juga berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenainya dan hanya tahu melalui surat mufti, tiga tahun kemudian.

"Ketidakadilan yang jelas telah dilakukan oleh pelbagai organisasi kerajaan negeri khasnya pihak berkuasa agama," katanya dengan menambah saman ini dibuat untuk membersihkan nama baiknya serta Almarhum Sultan Iskandar, dimana reputasinya telah turut tercemar" tetapi telah tiada untuk mempertahankan diri."

Permohonan difailkan kira-kira jam 10.30 pagi hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Tuanku Zanariah tidak hadir tetapi diwakili oleh peguamnya, peguam syarie Afshah Arifin dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Kes telah ditetapkan pada 20 Januari untuk sebutan.

Di luar mahkamah, anak perempuan bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Iskandar berkata, dia sangat kesal dengan cara bondanya dilayan seolah-olah menggambarkan keluarganya "hidup dalam berdosa".

"Ibu saya bukan wanita jenis itu dan saya berharap kami akan mendapat keadilan," katanya kepada wartawan.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

MACAI BENGANG GAMBAR NAJIB DISELIPARKAN

Seorang lelaki berumur yang turut serta dalam perhimpunan malam tadi telah menarik perhatian ramai apabila dia berdiri di tengah laluan orang ramai sambil menyebut "Kasi turun" berulang kali.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah gambar yang dipegang olehnya iaitu gambar PM Najib. Ketika mngucapkan frasa "kasi turun" dia melurutkan selipar dari wajah PM Najib hingga ke bawah untuk melambangkan maksud perkataan turun.

Perbuatannya itu tidek dipersetujui beberapa orang lain yang meminta dia menghentikan perbuatannya.

Saksikan video perlakuan lelaki berkenaan di SINI

Sumber Berita Dari Blog Gendang Perang

Walaupun Diugut & Diancam Pelbagai Cara, Himpunan TURUN Berlansung Juga

Sambutan 2014 di Dataran Merdeka tanpa bunga api

Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 lewat malam tadi di Dataran Merdeka berlangsung tanpa sebarang percikan bunga api, malah konsert ambang Tahun Baru turut ditamatkan sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) mula memasuki kawasan berkenaan.

Menurut polis, lebih 5,000 peserta demonstrasi Turun mula memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka tepat jam 11 malam, selepas mereka berjaya melepasi tiga halangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk satu halangan menggunakan kereta peronda polis.

Ia menyebabkan dua polis cedera di tangan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dakwa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.

Sejurus peserta demonstrasi memasuki kawasan padang yang menjadi lokasi konsert ambang tahun baru, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dilihat cuba menenangkan keadaan apabila menggesa peserta demonstrasi mengawal emosi dan tindakan mereka.

"Saya berharap takkan timbul masalah berkaitan ketenteraman dan menjejaskan pengunjung kita pada malam ini."

"Berilah peluang kepada semua pihak menyambut tahun baru 2014. Peliharalah keamanan dan keselamatan semua pihak," kata Ahmad Phesal dan disambut dengan sorakan "Boo...." dan juga "penipu" berulang kali daripada peserta demonstrasi.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan, mahupun keganasan direkodkan sepanjang demonstrasi aman tersebut berlangsung.

Demonstrasi berkenaan dilaporkan bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka.

Sepanjang perjalanan mereka, peserta demonstrasi yang membantah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan beberapa barangan seperti bahan api, gula, kadar tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melaungkan slogan "Turun", "Reformasi" dan banyak lagi.

Majoriti peserta yang menyertai himpunan berkenaan dilihat memakai kemeja-T hitam tertera logo dengan perkataan "Turun".

Turut kelihatan menyertai demonstrasi anak muda berkenaan termasuklah beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan pro pembangkang.

Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan.

Malah, Najib juga dilihat cuba meredakan keadaan dengan mengumumkan 11 langkah penjimatan kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang antaranya melibatkan potongan 10% bagi elaun keraian perdana menteri, timbalan perdana menteri, dan juga anggota kabinet.

Sejurus sambutan ambang tahun baru itu ditamatkan lebih awal, peserta demonstrasi Turun kemudiannya dilihat memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka sambil menyanyi.

Menjelang jam 1 pagi, kumpulan berkenaan dilihat beransur-ansur meninggalkan kawasan Dataran Merdeka.

"Kita pasti akan mengambil tindakan kepada kumpulan yang terlibat dan atas kerosakan serta kekacauan mereka lakukan termasuk kita akan meminta anggota polis yang cedera itu membuat dakwaan," kata Zainuddin.

Sementara itu, beliau menganggarkan jumlah peserta Turun pada malam ini seramai 5,000 orang dan bilangan yang datang ke dataran bagi tujuan sambutan tahun baru ialah seramai 15,000 orang.

Tetapi ia berbeza dengan apa yang dikatakan oleh media alternatif apabila melaporkan jumlah kehadiran peserta Turun lebih daripada 10,000 orang.

Beliau turut menyatakan siasatan awal mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan oleh gerakan seperti perarakan ke Dataran Merdeka dimana ia melanggar Seksyen 15 Akta Perhimpunan Awam 205.

"Pihak polis juga tidak menerima notis kebenaran berhimpun dan mereka telah merempuh kesemua halangan serta masuk ke kawasan konsert dimana akan didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam bertugas," katanya.

Oleh demikian, beliau berkata satu pasukan siasatan khas ditubuhkan oleh pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan dan mencari dalang yang terlibat untuk didakwa.

Tambahnya pihak berkuasa juga telah menjumpai senjata iaitu empat parang dan 13 pisau yang ditinggalkan di tepi longkang kompleks Daya Bumi.

Zainuddin turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat perhimpunan berlangsung selain mendakwa turut mengenal pasti beberapa ahli politik pembangkang yang dilihat turut menyertai bantahan tersebut.

Beliau juga menegaskan pihak berkuasa kali ini lebih "berlembut" dengan peserta protes kerana mengguna pakai konsep perhimpunan aman yang hanya memantau namun tidak akan bertindak agresif.


Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc
Perutusan Tahun Baru 2014 Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah pada 31 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

KITA akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2013 dengan dada yang lapang; dengan kesedaran bahawa pada setiap penghujung tahun adalah permulaan bagi hari-hari baru yang bakal menjelang. Kita harus sentiasa optimis bahawa segala yang terjadi sepanjang tahun lalu adalah batu-batu asas yang akan merintis jalan ke arah perubahan.

Perubahan itu sifatnya abadi. Setiap waktu, setiap hari; perubahan tidak berhenti. Tidak ada siapa yang mampu menahan perubahan daripada berlaku ketika ia datang tepat pada waktu.

2008 yang lalu Malaysia telah melihat tsunami politik yang begitu besar, dengan beberapa buah negeri berjaya ditadbir oleh koalisi politik parti-parti oposisi yang kini dikenali umum sebagai Pakatan Rakyat.

Lima tahun kemudian pada 2013, ombak perubahan politik yang lebih kuat terus membadai lantas berkesudahan dengan pertambahan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen, selain menafikan majoriti undi popular parti pemerintah.

Pasca 505, negara menyaksikan harapan dan impian baru yang selama ini jarang-jarang diyakini boleh tercapai. Meski pun harapan rakyat untuk melihat perubahan rejim tidak kesampaian, kita masih boleh merasakan kehendak rakyat yang semakin berkobar-kobar mahukan sebuah perubahan, dan tanggungjawab membawa perubahan ini haruslah digalas bersama.

Pilihanraya Umum ke 13 menyaksikan gerak gempur yang begitu berjaya; terutamanya di Selatan tanah air, di mana kubu-kubu UMNO dan BN selama ini luluh hasil daripada keazaman rakyat menuntut perubahan. Kita telah menafikan angan-angan politik perkauman BN apabila DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menang di Gelang Patah sungguhpun ada cubaan oleh pemimpin UMNO untuk menjadikan pertandingan tersebut sebuah isu perkauman.

Begitu juga halnya dengan kerusi-kerusi seperti Raub dan Bukit Bendera di mana DAP telah meletakkan calon-calon Melayu yang menang di kawasan majoriti pengundi Cina. Ilusi politik perkauman yang dibikin UMNO hancur lebur, dan oleh kerana kegagalan itu mereka lantas mudah menyalahkan pengundi Cina.

Mereka barangkali lupa dengan kerusi Temerloh yang dimenangi mantan Ketua Pemuda PAS, Saudara Nasruddin Tantawi yang mengalahkah Dato Saifuddin Abdullah yang bukan calang-calang orangnya. Bukan sahaja di kerusi bandar, malah di kawasan luar bandar seperti Temerloh juga rakyat sudah kian berani menolak UMNO dan kuncu-kuncunya.

Semua ini adalah indikator bahawa segala propaganda kerajaan hampir sahaja tidak berjaya apabila berdepan dengan keazaman rakyat yang begitu kuat.

Keazaman ini lah yang bakal merintis jalan ke arah impian rakyat Malaysia yang mahu melihat sebuah negara yang demokratik, adil dan memberikan peluang saksama untuk semua; serta menolak kelakuan pelampau kaum dan agama serta mencela politik perkauman sempit yang memecahbelah perpaduan bangsa Malaysia.

Keazaman ini harus sentiasa diperbaharui dengan memperkukuhkan pendirian kita bersama ke arah sebuah masyarakat berbilang kaum yang tidak lagi fobia dan tidak mampu saling mempercayai akibat daripada operasi politik pembodohan dan perkelahian yang disemai UMNO dan BN selama puluhan tahun.

Saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengingat kembali segala pahit manis yang telah kita lalui sepanjang tahun lalu dan terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Generasi akan datang harus dipersiapkan dengan ilmu dan maklumat yang benar, selain dipastikan tidak menjadi mangsa pembodohan terancang pihak pemerintah yang tidak lain hanya mahu supaya rakyatnya tidak terlalu cerdik sehingga mampu melawan kezaliman dan salahguna kuasanya. Zaman sudah berubah dan hari ini rakyat dari segenap lapisan usia kian celik dan sedar melalui jaringan maklumat di internet dan laman media sosial.

Politik pembodohan dengan menggunakan aparat-aparat perkauman dan agama tidak lagi relevan dan hanya membawa negara ke arah kemunduran. Adalah amat dayus bagi pihak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat daripada melihat kegagalannya mengurus ekonomi sehingga mengakibatkan inflasi dan kenaikan kos sara hidup yang begitu teruk, dengan menyajikan penipuan, fitnah serta politik permainan sentimen agama dan perkauman sempit.

Di ambang tahun 2014 ini, saya menyeru semua warga Malaysia yang berakal waras untuk meneruskan usaha menolak politik lapuk dan merintis jalan politik baru demi sebuah negara yang lebih baik, Malaysia impian kita bersama.

LIM KIT SIANG

Sumber Berita Dari Harakahdaily

INILAH UMNO....!!! PEMIMPIN BERSAMA KELUARGA BERSHOPPING DI LONDON.... ANAK-ANAK BUAH TERJERIT SEBAB TERHIMPIT DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI....!!!

Ketika ahli-ahli UMNO dari sayap Pemuda Bahagian Tanjung Karang membuat bantahan di Putrajaya menyerahkan memorandum kepada Najib Tun Razak terhadap harga barang yang melambung naik serta kos sara hidup yang menghimpit dan mencekik darah meraka, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tanjung Karang, Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dan sekeluarga seronok sakan pergi ke London bershopping.

Lagi mau cakap dan cerita pasal pembelaan nasib rakyat Selangor yang dituduh dan di fitnah kononnya dianiaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Ramai polis disiasat kerana pengubahan wang haram sindiket pelacuran

Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara.

"Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.

Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.

"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.

Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (gambar) berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.

"Sebenarnya, kita telah memanggil pegawai kanan polis itu untuk mengambil kenyataan dan dan merakam perbualan."

"Beliau memberi kerjasama dengan baik dan kami mencatatkan kenyataan itu. Tiada tangkapan telah dibuat," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.

Mustafa yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ia berkaitan dengan siasatan kes rasuah kerana wang telah ditemui di rumah pegawai itu dan berkemungkinan pegawai polis yang lain akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes itu.

Sebuah akhbar melaporkan minggu lepas bahawa seorang pegawai kanan polis telah dipanggil untuk memberi kenyataan bagi  membantu SPRM dalam siasatan terhadap tiga pegawai polis berhubung kes pengubahan wang haram.

Pada bulan November, akhbar harian itu juga melaporkan bahawa ketiga-tiga pegawai polis, berpangkat DSP, ASP dan Sarjan, ditahan secara berasingan oleh SPRM dan semasa penangkapan itu, SPRM menjumpai RM500,000 dalam bentuk wang tunai, tiga jam tangan Rolex dan juga barang kemas.

Dua daripada pegawai ditangkap itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan katanya, sambil menambah bahawa salah seorang pegawai telah disyaki terlibat dalam pengubahan RM1.7 juta wang haram dan RM4.3 juta.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

Imam Abu Hanifah Dan Terompah Kayu

Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan: ”Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti....“

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab: “Namaku Nu’man....” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?” Budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab: “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut.... namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya....”
Budak itu lalu menjawab: “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.... Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah Taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga....”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu Allah.... Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini....

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Kami akan terus guna kalimah Allah di gereja Selangor, kata paderi

Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew (gambar) berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.


“Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

“Pada masa ini, kes perbicaraan masih dalam proses mahkamah dan keputusan belum diputuskan. Mereka tidak boleh membuat penilaian sendiri,” katanya.

Selain gereja Katolik, gereja Kristian lain seperti Sidang Injil Borneo turut mengadakan perhimpunan menggunakan Bahasa Melayu dan dialek lain di Malaysia Timur sekaligus menggunakan kalimah Allah.

Dalam wawancara bersama sebuah portal baru-baru ini, Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya akan menyenaraikan semua gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta pihak gereja mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

“Kami akan mengutus surat kepada semua gereja di Selangor bagi menghormati enakmen tersebut," katanya.

Enakmen yang diluluskan semasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab seperti Allah, Nabi, Injil dan Insya Allah.

Banyak badan bukan kerajaan Islam menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam meskipun Kristian dan agama lain mempunyai pendapat berbeza.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi berpihak kepada gereja Katolik apabila mengatakan kalimah Allah tidak eksklusif kepada umat Islam dan Herald boleh meneruskan penerbitannya dalam bahasa Melayu kepada kaum Bumiputera di Malaysia Timur.

Namun, Kementerian Dalam Negeri memohon keputusan tersebut pada Januari 2010.

Pada 14 Oktober tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengatakan “kalimah Allah bukan sebahagian dalam kepercayaan Kristian”.

Pihak gereja membuat rayuan dan perbicaraan akan bermula pada 24 Februari ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mengundang kegusaran kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana merasakan keputusan itu tidak sahaja terpakai kepada Herald tetapi penganut Kristian.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada penganut Kristian di Malaysia Timur bahawa mereka masih boleh menggunakan kalimah itu kerana kerajaan persekutuan masih mengiktiraf penyelesaian 10 perkara.

Di bawah penyelesaian 10 perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2011 memutuskan Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke Malaysia termasuk berbahasa Melayu/Indonesia.

Penyelesaian 10 perkara turut menyatakan Bible boleh dicetak di Semenanjung Malaysia.
 

Keputusan Mahkamah Rayuan itu turut mendapat perhatian seluruh dunia dengan ahli teologi Amerika Reza Aslan mengkritik keputusan tersebut

Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

HEBOH SATU DUNIA ANAK ROSMAH MANSOR BELI KONDO BERHARGA RM110 JUTA DI NEW YORK....!!!


Rakyat di negara ini nak beli rumah mampu milik berharga bawah RM100,000 pun perit dan sakit tapi anak Rosmah Mansor isteri Presiden UMNO sap sap suey....!!!

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
 KUALA LUMPUR:  Kesal dengan tindakan regim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina menggantung sampai mati Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar), PAS serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Jalan U-Thant, dekat sini, petang ini.

Lebih 500 orang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan selepas menunaikan solat Jumaat.

Mereka menyanyikan lagu rasmi PAS dan melaungkan slogan 'Hidup Islam', 'Hancur Kerajaan Zalim Bangladesh' sebelum pimpinan utama masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Selain Mohamad Sabu, turut masuk bertemu wakil kedutaan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmod, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, wakil PKR  dan Abim.

Mohamad Sabu ketika berucap kesal kerana wujud kecenderungan di peringkat antarabangsa untuk menghalang parti Islam membentuk kerajaan melalui proses demokrasi.

Di Malaysia, PAS katanya tegas menyokong demokrasi dan hanya akan mengambil alih kerajaan melalui pilihan raya.

"Ada trend sekarang ini untuk menghalang parti Islam menuju demokrasi. Di Bangladeh, selain seorang dihukum gantung sampai mati, enam orang turut menunggu hukuman yang sama dan pemuda-pemudanya dipenjarakan beramai-ramai," katanya.

"Soal hak asasi adalah perkara sejagat dan kita membantah kerajaan yang zalim."

"Di Malaysia juga PAS tegas ingin ambil kerajaan melalui demokrasi dan pilihan raya," katanya.

Himpunan aman itu berakhir jam 3.30 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad.


 

Sumber Berita Dari Harakahdaily

GEMPAR PANASSS....!!! KERAJAAN DAP/PR TELAH MENJUAL TANAH DANGA BAY KEPADA WARGA SINGAPURA DENGAN NILAI HARGA RM1.6 BILLION....???

Memang betullah apa yang dikatakan dan di ramalkan oleh juak-juak UMNO.... kalau DAP/PR perintah negara ini habis semua tanah di jual kepada Singapura.

Perghhh....!!! Sebidang tanah di tepi pantai Danga Bay, Johor Bahru seluas 15ha kepunyaan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd telah di jual kepada sebuah syarikat Singapura Hao Yuan Investment Pte Ltd dengan nilai harga RM1.6 billion.

Alasan diberikan ialah Danga Bay perlu berubah dan di bangunkan dengan kadar segera demi menarik minat para pelabur baru.

Nampaknya demi atas nama perubahan dan pembangunan terpaksa jual tanah kepada pelabur Singapura.

Dahsyat betullah kerajaan DAP/PR Johor ni.... habis semua tanah di jual kepada Singapura.

Ooppsss....!!! Negeri Johor sebenarnya siapa yang perintah ni? DAP/PR ke UMNO/BN....? Sebabnya kalau ikut pada kata-kata, tohmah dan dakyah para juak dan macai UMNO.... negara ini kalau di perintah oleh PR akan jadi macam Singapura.

Nah....!!! Sekarang siapa yang jual dan gadai negeri Johor kepada Singapura.... SIAPA WEH....!!!

Itu belum lagi masuk tanah di Johor Bahru di jual kepada syarikat China dengan harga melebehi RM4 billion.

Sebab itu jangan terlalu berkokok nyaring jantan terjerit terlalak terlolong kuat sangat.

Inilah nasib negeri tempat UMNO dilahirkan dan negeri UMNO paling kuat dalam dunia.

Siang malam pagi petang hasut minda rakyat agar negeri ini jangan jadi macam Singapura tetapi dalam senyap-senyap jual habis semua tanah bertaraf eksklusif kepada syarikat kepunyaan warga Singapura.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri



Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Saranan Mahathir dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah Umno tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Beliau mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di blognya yang berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi.

Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh Umno melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah Umno jika harga barangan terus meningkat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.

"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian."

"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.

Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai."

"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.

Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.

"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau.... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.

Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.

Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa.

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

KETUA PERKASA SELANGOR BENGANG HABIS DENGAN ISA SAMAD SEBAB PECAHKAN RAHSIA BESAR, PERKASA MENERIMA SUMBANGAN DANA DARI UMNO....!!!

Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak."

“Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan ‘musuh’ menyerang kerajaan."

“Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi,” katanya semalam.

Sebelum ini,  Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa,” katanya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

2014 bakal jadi tahun 'barang naik'

WAN NORDIN YAAKOB & ROY RASUL
http://lh6.ggpht.com/-yUjCiGSWugM/UrhGN6vq7xI/AAAAAAAACGI/o6knhTFaJXY/s1600/mmexport1387774453649.jpg 
KUALA LUMPUR: Tahun 2014 yang akan tiba beberapa hari lagi bakal menjadi 'tahun barang naik' ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Ahli ekonomi, Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga petrol Ron95 sebanyak 20 sen seliter September lalu menyebabkan kenaikan menyeluruh harga barangan dan perkhidmatan kerana petroleum adalah salah satu barangan asas di dalam ekonomi.
"Semua alat pengangkutan mengunakan bahan bakar ini untuk bergerak. Kesan langsung dan segeranya adalah kos perkhidmatan pengangkutan naik."
"Perlu diingat bahawa perkhidmatan pengangkutan adalah satu perkhidmatan asas di dalam ekonomi dan semua barang-barang perlu diangkut dari lokasi pengeluaran ke lokasi pemasaran," kata bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu ketika diwawancara Harakah.

Kenaikan harga bahan bakar ini, ujarnya akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.
Menurut beliau, tiada satu barangan pun dalam ekonomi yang tidak menggunakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kalau ada pandangan bahawa kenaikan harga petroleum berpunca dari penarikan subsidi, ia pandangan yang sukar dipertahankan," jelasnya.
Dr Rosli turut menyentuh kenaikan tarif elektrik yang menjadi bahan input penting dalam proses pembuatan barangan dan perkhidmatan.
"Tiada kilang pembuatan barangan yang tidak menggunakan tenaga eletrik hari ini? Apabila kos tenaga eletrik naik bermakna kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan naik."
"Tenaga eletrik juga digunakan terus oleh pengguna untuk menerangi rumah kediaman mereka dan lain-lain keperluan rumah," jelas beliau.
Sehubungan itu, tambahnya kenaikan tarif eletrik akan menyumbang kepada kenaikan kos pembuatan barangan dan penyediaan perkhidmatan dan akhirnya menyumbang kepada kenaikan harga barangan pengguna di pasaran.
"Jelas bahawa kenaikan harga dua bahan asas dalam ekonomi ini pasti membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan," ujarnya.
Menurutnya, adalah sukar bagi harga barangan dan perkhidmatan turun setelah mengalami kenaikan dan ini sekaligus akan menyebabkan inflasi.
"Dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal dan pendapatan rakyat tidak bertambah secepat kadar kenaikan harga, maka kesannya ialah kos sara hidup akan terus naik dan taraf hidup rakyat akan merosot."
"Kuasa beli setiap ringgit akan menjadi semakin terhakis," ujarnya.
Beban daripada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini, ujar beliau akan dipikul oleh rakyat khasnya yang berpendapatan rendah dan miskin.
"Dengan menarik balik subsidi ke atas gula (juga bahan asas dalam ekonomi) dan petroleum, menaikkan harga tol lebuhraya, tambang pelbagai jenis pengangkutan dan dengan pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015, kerajaan sebenarnya menjadi pecetus kitaran inflasi (inflationary cycle) dalam ekonomi," ujar beliau.
Soal beliau, "adakah cetusan kitaran inflasi di dalam ekonomi yang ditanggung rakyat ini boleh dianggap sebagai "menjaga kepentingan masa hadapan negara?"
Menurut beliau, demi kepentingan masa hadapan negara dan generasi akan datang, kerajaan perlu mendisiplinkan diri di dalam mengurus belanjawan negara.
Sehubungan itu, ujarnya kerajaan perlu mengikis sikap boros dalam berbelanja, menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mengekang budaya berhutang.
"Hasil dipungut banyak manapun sekiranya pemimpin negara tidak langsung terikat kepada satu disiplin belanjawan yang wajar, masa hadapan negara bakal tergugat dan generasi akan datang akan dibebani hutang besar seperti yang berlaku kepada negara Greece, Ireland dan Portugal hari ini," ujar beliau. 
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) melahirkan kekecewaan dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat bertindak lebih pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit terhadap mangsa bencana alam di luar negara berbanding bantuan di Kuantan.

“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit."

“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa siri kejadian bencana alam di luar negara, lazimnya kerajaan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai, minuman, makanan, selimut, pegawai perubatan, anggota keselamatan dan sukarelawan lain daripada NGO berkaitan kerajaan.

"Kelab Putra Satu Malaysia (KP1M) turut menghantar sukarelawan yang dilengkapi doktor dan pelbagai kelengkapan lain melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana di beberapa negara seperti bencana Taufan Haiyan di Filipina dengan menelan kos perbelanjaan yang tinggi."

"Pemergian sukarelawan kelab itu juga mendapat perhatian khas daripada kerajaan dengan diiringi pasukan keselamatan dan dibawa dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM)," ujar beliau.

Walaupun usaha murni itu dialu-alukan, Fuziah kesal situasi seperti itu tidak berlaku ketika penduduk Kuantan sedang menghadapi bencana banjir apabila kelibat sukarelawan kelab yang dipengerusikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu langsung tidak kelihatan.

"Kebanyakan mangsa banjir ketika itu terpaksa menyelamatkan diri sendiri sama ada dengan bantuan orang ramai atau bantuan daripada Jabatan Amal PAS dari luar Pahang."

"Jabatan Amal yang lebih gemar tidak menonjolkan diri dengan sebarang publisiti memainkan peranan cukup penting daripada awal banjir sehingga ke peringkat membantu penduduk membersihkan kediaman selepas banjir," jelas Fuziah. - Selangorkini

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Surat Aduan Bertaraf Macai Mula Tersebar

Surat ini mula tersebar di alam siber baru-baru ini. Dikatakan surat ini di tulis oleh penyokong tegar Umno kepada Jabatan Agama Islam Pahang mendakwa konon takut berkembangnya pengaruh Syiah dan Pas di surau tersebut.

Sepatutnya pengadu tersebut tak payahlah sibuk-sibuk orang ramai yang mengimarahkan surau. Baguslah masih ada lagi hamba Allah yang sanggup mengimarahkan surau.

Sekiranya pengadu seorang yang berani dan bertanggungjawab kenapa tiada indentiti pengadu di surat tersebut. Surat tersebut boleh dikategorikan sebagai surat layang yang tiada kredibiliti.

Pihak berkuasa seharusnya tidak melayan aduan tersebut.Mudah-mudahan pengadu ini sempat bertaubat....
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

Dr. Muhaya Tampil Tegakkan Benang Basahnya

SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap.... Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal."

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut.... memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap."

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?"

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin.... memang kasihan."

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap."

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi.... takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

TERKANTOI KERANA MENTERI BESAR KELANTAN MENYOKONG TURUN, BLOGGER UMNO MAKI HAMUN....

BENARKAH MB KELANTAN U-TURN?
Perihal MB Kelantan dicanang oleh blogger UMNO, kononnya PAS Kelantan tidak akan menghantar wakil ke Himpunan TURUN, MB Kelantan telah membuat kenyataan khusus di facebooknya:
KENYATAAN YANG MEMBUAT UMNO MEROYAN

Apa lagi, meroyan le demer. Hasrat nak memecahbelahkan perpaduan dalam PR hancur berkecai:
SELAIN DARI MAKI HAMUN, ADAKAH MACAI MEMILIKI KECERDIKAN?
Kenapa marah sangat sampai berani sebut nama Allah untuk menghina MB Kelantan itu? Puncanya MB Kelantan rupanya bukan orang yang boleh dengan mudah dikotak-katekkan oleh UMNO setelah Kerajaan Pusat menjanjikan beberapa billion, yang sememangnya hak rakyat Kelantan untuk mendapatnya.

Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan tak perlu terhutang budi kepada UMNO, kerana tiada budipun....
KISAH BOHONG YANG UMNO SERONOK SANGAT
Memang jenis bodoh piang! Sudah tentu MB Kelantan tidak akan turut serta Himpunan Guling Kerajaan Malaysia yang tidak wujud dalam agenda TURUN.
Tetapi yang lebih bodoh dari pak pandir ialah perihal enggan menyokong tuntutan untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, sedangkan tuntutan itu, jika berjaya adalah baik untuk semua.

Slogan Turun Kos Sara Hidup, UMNO tak mahu dan diperlekeh. 
BAGAIMANA PULAK DENGAN SLOGAN UMNO? 
Jihad, infaq, wasatiyyah, maqasid syariah, tawadduk.... bla.... bla.... bla.... apa maknanya perkataan itu semua aduhai ulama UMNO?
Lebih baik ikut slogan Dr Mahathir dulu, clear!
Kepimpinan melalui teladan
Bersih, cekap dan amanah.
Semua orang faham apa maknanya.
Buruk-buruk Dr Mahathir, dia tak guna bahasa Arab sebab nak tunjuk konon Islamik....
Dia pun tak ulang-alik naik haji atau umrah sebab nak tunjuk konon alim....
Diapun tahu menaikkan harga barang bukan satu strategi yang cerdik (di sini).
Tetapi macai lebih rela jadi tidak cerdik daripada menyokong sesuatu tindakan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

KALAU PEMIMPIN BODOH, PENGIKUT TAKKAN CERDIK KOT?

Bagi geng PAS yang masih ada hati nak berpadu dengan UMNO, sedarlah diri tu. Lihat sendiri akhlak macai UMNO setelah apa yang dicanang demer tidak menjadi. MB yang komer pilih itupun ada demer hormat? Ada demer jaga ayor muka ulama PAS?
 
Sumber Berita Dari Blog Yong Suka Kuning

LAGI KISAH PENYOKONG TEGAR UMNO MELUAHKAN RASA BOSAN DAN MELUAT DENGAN CARA NAJIB RAZAK URUS TADBIR NEGARA....!!!

Seorang pemegang akaun laman sosial FB yang mengaku memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan.... satu keluarga penyokong cukup tegar mendakap perjuangan UMNO dan berkempen keras untuk kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 lalu telah mula melahirkan rasa marah dan berangnya kepada Najib Razak atas cara beliau mengurus ekonomi negara.

Bagi dirinya pengumuman GST 6% mulai tahun 2015 dia boleh terima, kenaikan harga gula sampai dihapuskan subsidi sampai meningkat naik 35 sen sekilo dia masih boleh terima, bila harga petrol dan diesel naik 20 sen seliter dia sudah mula naik resah dan bengang, tapi apabila Najib dah sahkan bahawa harga tol tetap jua naik mulai Januari 2014 maka disitu kesabarannya sudah dicabar.

Kenaikan tol sebagai menyeksa rakyat yang terpaksa menggunakan jalanraya bertol untuk berulang alik ke tempat kerja.

Amaran telah dikeluarkan.... kalau Najib Razak berterusan dan kekalkan gayanya mengurus ekonomi negara dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan maka silap hari pada PRU 14 nanti dia langsung sebelah mata tidak akan pandang kepada UMNO/BN.

Masih ada pemimpin UMNO berkata sokongan rakyat kepada UMNO/BN lansgung tidak terjejas walaupun harga barang dan perkhidmatan naik mencanak tinggi sampai rakyat cukup tertekan macam nak mati?

Apa guna berbicara sekadar untuk memujuk dan menyejukkan hati sedangkan realitinya pada PRU 14 nanti Insya Allah UMNO akan mati....!!!

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KOTA BHARU: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dirombak sepenuhnya agar ia lebih tertumpu kepada soal keselamatan negara dan bukan tertumpu kepada pemantauan politik semata-mata.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta MKN menyediakan standard operating procedure (SOP) yang baharu bagi berdepan bencana alam, khususnya banjir dan kebajikan rakyat di masa akan datang yang dilihat banyak kelemahan.

Mahfuz ketika menghubungi Harakahdaily menegaskan bukan hanya SOP perlu diperbaharui tetapi turut berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi MKN meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memilih mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik.

"Kita melihat terlalu banyak kelemahan yang berlaku di dalam MKN terutama dalam soal keselamatan dan kebajikan rakyat terutama apabila menghadapi bencana banjir baru-baru ini."

"Bagi saya bukan hanya SOP perlu diperbaharui tetapi yang paling utama sekali adalah keseluruhan jawatankuasa termasuk pengerusinya yang perlu dilantik dari mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik langsung," jelasnya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, MKN sekarang lebih tertumpu kepada hala tuju politik Umno dan memberi tekanan kepada perjalanan Pakatan Rakyat sehinggakan apabila berlakunya banjir mereka gagal bertindak dengan pantas dalam menghulurkan bantuan.

Jelasnya lagi, rakyat memerlukan sebuah jawatankuasa yang lebih tertumpu kepada soal kebajikan rakyat dan pantas untuk membuat keputusan jika berlaku musibah yang tidak disangka-sangka.

"MKN sekarang ini hanya tertumpu kepada hala tuju politik Umno dan menimbulkan propaganda kepada politik Pakatan Rakyat agar parti itu terus bertapak."

"Sedangkan soal keselamatan, kebajikan rakyat serta pelan bertindak jika berlaku sesuatu bencana gagal ditekankan sebaik mungkin."

"Kita lihat apa yang berlaku di Kuantan dan Kemaman pada banjir yang lepas, berapa lama diperlukan untuk menghantar bantuan makanan serta perpindahan mangsa. Rakyat memerlukan sebuah jawatankuasa yang lebih prihatin bukan mengutamakan agenda politik, nama dan kedudukan," jelas beliau.

Mahfuz yang menggesa agar satu pelan tindakan baru bagi membentuk sebuah jawatankuasa baru MKN dilaksanakan segera serta SOP yang sebelum ini juga perlu dirombak sepenuhnya.

Katanya, perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana kenyataan Ahmad Shabery merupakan satu pengakuan jelas bahawa MKN mempunyai kelemahan dalam soal kebajikan rakyat dan keselamatan.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' (ithmi'naan).

Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini.

Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal semua proses penangkapan dan pengenalan isyarat yang masuk ke dalam tubuh.

Akan tetapi ketika dilakukan kajian dengan menggunakan bukti-bukti empirik, analisa darah dan hitungan besaran degupan jantung kemudian dilakukan perbandingan degupan jantung dalam pelbagai keadaan berikut:

1. Ketika manusia diam dan tidak berfikir untuk mengambil keputusan apa pun.

2. Ketika mengambil keputusan dan merasa senang kerananya.

3. Ketika mengambil keputusan dan merasakan kebimbangan atas akibat yang akan diterimanya.

4. Ketika mengambil keputusan di bawah tekanan jiwanya yang tidak normal.

Kajian empirik dan perbandingan antara berbagai keadaan di atas menunjukkan adanya perbezaan keadaan hati dilihat dari sudut fisiologi. Berdasarkan kajian di atas yang diperkuatkan juga oleh hasil pemerhatian keadaan biologi dari hati ketika merasakan kepuasan atas peristiwa yang menimpanya, para ilmuwan meyakini bahawa hatilah yang mempunyai tanggung jawab terbesar atas timbulnya perasaan tenang dan senang yang dirasakan manusia. Walaupun mekanisme timbulnya perasaan tenang itu belum diketahui secara pasti oleh para ahli.

Kerumitan kajian seperti yang tergambar di atas apabila kita bandingkan dengan apa yang kita dapatkan dalam Al-Quran, maka kita dapatkan bahawa Al-Quran dengan ringkas tetapi padat sejak 14 abad yang lalu telah menyatakan hal yang sama dengan hasil kajian di atas.

Dalam surah Ar-Rad ayat 28 Allah SWT berfirman:

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah, hati menjadi tenteram."

Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah ayat 260, Allah SWT berfirman:

"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku, bagaimana Engkau menghidupkan orang mati?" Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)."
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

PAKAR ARKEOLOGI SAHKAN KISAH NABI MUSA BELAH LAUT MERAH

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.

Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.

Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi. 


Sumber Berita Dari Blog Paapaada

GAMBAR YANG GERENTI TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN.... PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS ZIARAH DAN BANTU MANGSA BANJIR PENYOKONG CUKUP TEGAR UMNO

Kelihatan Sdr Mazlan Aliman AJK PAS Pusat merangkap Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersama YB Hj Hanapiah Mat ADUN Chukai, Kemaman menziarahi rumah penduduk yang menjadi mangsa banjir di Kg Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu.

Penduduk tempatan terharu dengan keprihatinan ahli-ahli PAS yang datang dari jauh untuk menolong rakyat.

Salah seorang yang diziarahi ialah ahli tegar UMNO lebih 25 tahun. Kami membantu meratakan pasir untuk menimbus hakisan yang teruk. YB Hanapiah beli menggunakan wang sendiri hampir 10 lori pasir basah dengan harga RM320 selori untuk bantuan 5 buah rumah.

Kedengaran ahli UMNO tersebut berkata, "saya malu orang PAS mari dari jauh tolong. Pemimpin UMNO langsung tak tunjuk muka pun...."

Sdr Mazlan Aliman memberikan penjelasan bahawa mereka menghulurkan pertolongan dan bantuan serta sumbangan langsung tidak mengambil kira samada mangsa itu ahli PAS atau UMNO.  Mereka nak cari pahala dan berAMAL kerana Allah'.


RAHMAT UNTUK SEMUA


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Kritikan demi kritikan yang diterima Datuk Seri Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat, tulis blogger Shahbudin Husin.

Menurutnya, jika sebelum ini kegagalan Najib menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam Umno sendiri semakin lantang mengenainya.

Katanya, selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

Tulisan penuh Shahbudin di dalam blognya sebagaimana di bawah.

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya.

Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu.

Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama.

Puncanya tentulah tidak lain kerana mereka juga sudah dapat mengesan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup ini. Selepas ini, mungkin ada lagi yang turut bertindak sama.

Jika dulu Pak Lah mula menerima kesan penolakan rakyat akibat tindakannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen yang kemudian dihubung-kaitkan dengan pelbagai kelemahannya yang lain, Najib pula dilihat mula menerima kesan yang sama akibat tindakannya menaikkan beberapa jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini.

Najib bukan saja sedang menuruti jejak Pak Lah, bahkan langsung tidak mengambil teladan daripadanya.

Satu demi satu kenaikan yang gagal dikawalnya telah menyebabkan populariti Najib kini hanya tinggal 52 mata berbandinpg 62 mata sebelumnya berdasarkan kajian Merdeka Center manakala Umcedel pula dalam kajian terbarunya turut mendapati kenaikan harga barang akan menjadi beban yang akan terus menurunkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Selain mendapati 42 peratus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan harga minyak, 34 peratus kerana kenaikan harga barang dan 24 peratus disebabkan kenaikan tarif letrik, kajian Umcedel juga mendapati bantuan BR1M tidak lagi berkesan dalam meringankan beban kehidupan rakyat.

Yang lebih buruk ialah, di sebalik kemarahan rakyat kian meningkat, pembangkang makin agresif meningkatkan prestasinya dan lebih banyak pula dari dalam UMNO dan kerajaan sendiri yang mengkritik kepimpinan Najib, tindakan mempertahankan Najib pula hampir tidak kedengaran.

Lebih ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan suara mempertahankan Najib. Najib seolah-olah mula keseorangan dalam menpertahankan diri dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. Dalam isu melibatkan isterinya yang diserang baru-baru ini, Rosmah Mansor akhirnya terpaksa tampil sendiri mempertahankan diri dengan menulis surat yang panjang mengenainya.

Suara-suara dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga hampir-hampir tidak kedengaran membela dan menpertahankan Najib dan kerajaan sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru, masing-masing mengaku merekalah tulang belakang dan tulang depan kepada parti dan kerajaan.

Apakah tulang-tulang ini sudah bengkok dan hampir patah sekarang ini? Mana jentera siber Pemuda UMNO dalam hal ini?

Jentera media sosial yang diakui sebagai medium paling utama dalam menghadapi pilihanraya akan datang pula, dilihat sudah terkulai sebelum masuk medan perjuangan. Selain terdapat blog dan media sosial pro UMNO yang berdiam diri daripada mempertahankan Najib dan kerajaan, selebihnya turut juga lantang mengkritik. Yang mengaku sudah menjadi bebas dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan pro mana-mana parti juga sudah ada.

Semua ini memperlihatkan kedudukan Najib sekarang ini sebenarnya lebih parah berbanding ketika Pak Lah diserang dan mahu dijatuhkan dulu. Ketika itu Mahathir terpaksa bekerja keras ke seluruh negara dan menghadiri pelbagai program di merata tempat untuk menjustikasikan perlunya Pak Lah diturunkan sebagai Perdana Menteri, namun menteri kabinet dan pemimpin UMNO ramai yang masih lantang mempertahankannya.

Namun sekarang ini, sementara tekanan kian meningkat, suara yang mempertahankannya juga hampir tidak ada. Kalau ada pun yang bersuara hanyalah daripada pemimpin yang semakin terhakis wibawanya seperti Isa Samad dan Ahmad Maslan, manakala yang lain-lain lebih selesa memilih berdiam diri dan menjaga hal masing-masing.

Ini menjadikan persoalan yang bermain di fikiran ramai orang ialah sampai bilakah Najib mampu bertahan menghadapi semua tekanan ini? Tetapi dengan sokongan yang semakin merosot hari demi hari ini, semakin ramai yang percaya bahawa Najib tidak akan dibenarkan terus mengetuai UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti kerana kemungkinan BN hilang kuasa lebih besar jika beliau terus kekal

Yang paling tidak mahu melihat UMNO dan BN kalah pastinya Mahathir. Yang lain-lain ada yang merasakan hanya kekalahan dan hilang kuasa merupakan pengajaran bermakna bagi UMNO dan para pemimpinnya. Selebihnya pula merasakan apa salahnya PR diberi peluang pula.

Dan ramai juga yang percaya kerja Mahathir jauh lebih mudah kali ini. Berbanding ura-ura dan tohmahan bahawa kerajaan mahu digulingkan melalui demonstrasi, Najib sebenarnya lebih mudah tergolek jika Mahathir mulai bersuara.

Sumber Berita Dari Harakahdaily