PANAS - Ridhuan Tee Naik Pangkat Profesor Walaupun Memplagiat

Seorang Senator DAP Ariffn SM Omar mendakwa seorang pensyarah Universiti Pertahanan Nasional diberi kenaikan pangkat dari jawatan pensyarah kanan kepada profesor madya walau pernah dituduh memplagiat.

Senator Ariffin SM Omar mendakwa dakwaan memplagiat itu timbul seawal 2009 tetapi pensyarah berkenaan, Ridhuan Tee Abdullah, tetap dinaikkan pangkat sekitar awal 2012.

"Tetapi naib canselor pada masa itu tidak memandang (dakwaan memplagiat) dengan serius dan beliau dinaikkan (pangkat)."

“Ia satu tamparan hebat buat ahli akademik yang lain," kata senator DAP Pulau Pinang itu dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

Turut hafir dalam sidang media itu ialah MP Seputeh Teresa Kok yang mendakwa Ridhuan Tee pernah memplagiat tugasan untuk Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4) Kumpulan Pensyarah Gred DS 51 Siri 1/2010.

Katanya, ia diplagiat daripada tugasan berkenaan kajian pasca ijazah seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia bernama Dr Airil Yasreen Mohd Yassin.

Menurutnya, tugasan Airil itu dimuat naik di blog pensyarah berkenaan pada tahun 2009.

Dakwanya, tugasan itu ditiru hampir sepenuhnya termasuklah kesalahan tatabahasa Inggeris serta nama kolej yang dihadiri Airil turut tidak diubah dalam tugasan yang diplagiat.

Teresa berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu dari Kementerian Pendidikan.

Sewaktu dihubungi, Ridhuan Tee menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan tulisannya untuk mencemar nama baiknya.

Katanya, golongan yang tidak bersetuju dengan hujah dan pandangannya itu sepatutnya membentangkan hujah mereka dan bukannya dengan membuat tuduhan di belakang beliau.

"Mari berdepan berhadapan dengan saya. Kalau tak gembira dengan hujah-hujah saya, kenapa cuba serang karakter saya?"

"Hujah perlu dilawan dengan hujah," katanya.

Tegasnya, tuduhan-tuduhan sedemikian sama sekali tidak akan menjejaskan kredibilitinya selaku ahli akademik.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment