Kaum India Pula Tuduh Shahidan Berbohong

Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pencapaian masyarakat India berdasarkan jumlah doktor dan peguam yang ramai daripada masyarakat itu ditolak oleh NGO India.

Mereka berkata, dakwaan Shahidan bahawa masyarakat India meliputi 30 peratus daripada pekerjaan di Malaysia sebenarnya "bohong" semata-mata.

Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar, memberitahu Malaysiakini, sebenarnya bilangan masyarakat India dalam kedua-dua bidang itu merosot dari masa ke semasa.

Katanya, pada tahun 2000, doktor daripada kaum India berjumlah 29 peratus, kemudian merosot kepada 26 peratus (2005) dan kini dianggarkan hanya 18 peratus.

Jumlah peguam India pula menurutnya merosot daripada 26 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus pada 2005 dan kini dipercayai 16 peratus sahaja.

"Tindakan anggota Parlimen yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan angka untuk mengambil hati tuan-tuan mereka dan mengelirukan awam bahawa prestasi masyarakat India memberangsangkan, melukakan hati masyarakat India," katanya.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment