Seorang kanak-kanak yang takutkan Neraka

Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis.

Orang tua itu yang melihat seorang kanak-kanak itu menangis menegurnya, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkatalah kanak-kanak itu,

"Wahai datuk.... saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga kepada ayat yang berbunyi, 'Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum' ertinya, 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu'. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka. "

Berkata orang tua itu, "Wahai anakku, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata kanak-kanak tersebut, "Wahai datuk, datuk adalah orang yang berakal, tidakkah datuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkatalah orang tua itu sambil menangis, "Sesungguh kanak-kanak ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditangguhkan sehingga selepas Mac tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
   
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan bermula Januari hingga Mac depan.
   
"Saya ada berita baik untuk Yang Berhormat sekalian, kenaikan cukai taksiran DBKL ditangguhkan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan mulai Januari hingga Mac 2014."
   
"Warga kota bagaimanapun masih boleh mengemukakan bantahan atau aduan seperti mana yang ditetapkan iaitu sehingga 17 Dis," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
   
Sehingga Khamis lepas, DBKL menerima sebanyak 2,500 bantahan yang akan diteliti oleh panel yang dilantik DBKL.

Terdahulu, isu kenaikan cukai pintu bagi Kuala Lumpur mendominasi sesi perbahasan peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan apabila majoriti wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan membantah kadar baharu itu, yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan dan bakal menyusahkan penduduk warga kota.
   
Mengenai dakwaan bahawa kadar baharu itu seolah-olah cuba menindas rakyat kerana hanya di semak selepas 21 tahun, Loga Bala berkata jika dilaksana, cadangan itu sebenarnya turut mengambil kira keperluan khusus seperti membina parkir, bukannya untuk menindas penghuni kota.
   
Beliau juga menarik perhatian bahawa cadangan kenaikan taksiran DBKL sebenarnya tidak melibatkan kadar cukai taksiran pintu pada peratusannya, sebaliknya yang diambil kira ialah nilai taksiran sewa tahunan yang tidak disemak sejak 21 tahun lepas.
   
"Oleh itu, saya harap pihak Yang Berhormat faham bahawa maksud kenaikan adalah bukan dari segi kadar taksiran tetapi pada nilai sewa tahunan," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Semakin hilangnya tazkirah dan doa'nya' di Muktamar

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Muktamar Tahunan PAS ke-59 telah berakhir. Pemilihan telah selesai. Sekalung tahniah kepada semua petugas parti sesi lalu. Jasa kalian tidak akan dilupakan.
Kepenatan bersama menggerakkan jamaah ini, adalah nikmat perjuangan. Semua petugas bergerak sebagai sebuah jamaah.
Inilah ukhuwah dan nikmat perjuangan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayatinya.

Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa daripada Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian.
Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini

Kebiasaannya beliau akan menasihati semua kita sama ada pimpinan di pentas, perwakilan atau pemerhati.
Namun kali ini tiada lagi nasihat dan tazkirah daripada beliau, tiada lagi doa dan munajat beliau di akhir Muktamar. Kelibatnya sudah tidak kelihatan di pentas utama pada hari penutup Muktamar.
Beliau terpaksa berlepas pulang lebih awal kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Sesusuk tubuh kecil sudah tidak kelihatan lagi pada hari kita mendengar penggulungan daripada Presiden parti.

Apakah kita masih boleh melihatnya di pentas utama pada Muktamar tahun hadapan?
Semua akan mengharapkan demikian. Kami pimpinan masih memerlukan teguran dan nasihat beliau.
Saya sempat bersama beliau sewaktu menghadiri mesyuarat syura yang diadakan pada petang Jumaat lalu. Ternyata Kesihatannya tidak mengizinkan beliau meneruskan mesyuarat.
Walau tidak banyak isu yang kami bincang, kerana mesyuarat tersebut lebih kepada memenuhi jadual mesyuarat yang sudah ditetapkan, namun itulah Musyidul Am yang kita kasihi.
Beliau gagahkan juga untuk bersama kita. Marilah kita terus berdoa agar Allah sembuhkan beliau dan Muktamar akan datang kita akan dapat lagi mendengar nasihat, teguran dan doa daripada beliau.

Ya Allah, kami memohon rahmat kasihan belas-Mu agar Engkau kurniakan kesihatan kepada guru kami, pimpinan kami Mursyidul Am yang kami cintai.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

AKHIRNYA SAMPAI JUA WAKTU YANG DI TUNGGU-TUNGGU.... MULAI ESOK USTAZ KAZIM ELIAS AKAN BERHENTI BERCERAMAH....!!!

Pada 18hb Mei 2013 yang lalu, Ustaz Kazim telah memberitahu satu dunia betapa mulai 28hb November 2013 beliau akan berhenti memberikan ceramah.

Alasan diberikan ialah kerana kecewa di tuduh sebagai Ustaz Politik, di fitnah konon dan di cerca selain di maki hamun dalam Facebook serta di ugut mau memukul dan membunuh dirinya.

Lagi pun katanya dirinya tidak beberapa "sihat" selain rumahnya ada pihak cuba menyimbah asid.

Esok ialah 28hb November 2013.... Tarikh keramat yang di ikrar oleh Ustaz Politik Kazim Elias.

Kita tengok.... dia ni jenis pegang pada janji atau tidak ataupun saja nak cipta gempar heboh untuk dapat simpati rakyat demi menaikkan rating beliau.

Demi berlaku adil maka Omak Kau perturunkan semula apa yang di ucapkan oleh Ustaz "Politik" Kazim Elias ini.

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya."

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Pendidikan bagi memberi penjelasan mengenai kelemahan dalam projek penswastaan perkhidmatan keselamatan di sekolah-sekolah yang melibatkan kos sebanyak RM812 juta.
   
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata PAC belum memutuskan sama ada akan memanggil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk membuat penjelasan itu.
   
Beliau memberitahu sidang media di bilik jawatankuasa itu di bangunan Parlimen hari ini bahawa penjelasan itu mungkin dibuat awal tahun hadapan.
   
"PAC berpendapat banyak kelemahan dari segi pelaksanaan dan sikap yang perlu diperjelaskan seberapa segera memandangkan kos perkhidmatan keselamatan di sekolah bertambah dari masa ke semasa," katanya.
   
Beliau berkata PAC mengenal pasti kelemahan itu semasa mesyuarat pagi ini.

"Pembayaran secara tidak betul, kurang cekap menjalankan tugas, pelaksanaan dan perkara-perkara pentadbiran akan menyebabkan kos lebih tinggi jika tidak ditangani segera."
   
"Walaupun ada tindakan yang diambil kementerian, namun PAC mendapati ia belum mencukupi memandangkan kos terus meningkat dari RM594 juta (2010) kepada RM812 juta tahun lepas," katanya.
   
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pengambilan pengawal keselamatan di sekolah-sekolah perlu dilakukan dengan teliti dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan aspek penjagaan keselamatan pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.
   
Katanya pengawal keselamatan berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada guru besar.
   
"Pengawal keselamatan perlu mainkan peranan untuk kawal gejala tidak sihat malah pihak sekolah perlu mengambil pengawal keselamatan terlatih yang bukan sahaja berdiri dan mengawal sekolah tanpa terlibat dalam mencegah pelajar sekolah daripada terjebak dengan gejala tidak sihat," katanya. 

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Mula-mula korang tengok dulu gambar kat bawah. Tengok betul-betul. Dan baca satu persatu yang terpapar dalam gambar kat bawah neh oke;


Tengok part tarikh. Tarikh tue clue dan keyword kita kat sini. Dah tengok kan? Oke good. Sekarang tengok pula berita yang baru dikeluarkan oleh SH baru-baru ini;

Faham tak jalan cerita dia macam mana kat sini? Ini huraian dia;

1. Mula-mula pada tahun 2011 member aku dapat info mengenai penjualan IC palsu. Bermodalkan RM1,000. Dan warga asing ini akan diberikan ic apa seme.


2. Dalam dalam gambar pertama diceritakan mereka yang beli IC akan turut menjadi pengundi. Part pengundi tue tak dapat disahihkan betul ke tidak lagi setakat ini. Tapi part beli ic bermodalkan RM1,000 dah sahih pasal dah ada tangkapan pada tahun 2013. 


3. Berita SH neh berita baru beb. Korang lihat tarikh dan baca sendiri berita tue kat sini hah ==> http://www.sinarharian.com.my/semasa/hanya-rm1-000-dan-gambar-untuk-buat-ic-1.224870


4. Setelah hampir 2 tahun baru la ada tangkapan dan baru la kata-kata yang diluahkan dalam inbox tue dapat dibuktikan dengan fakta.


5. Masa tue kalau kita main sebar aje mesti orang tuduh-tuduh kata kita fitnah. Aku pun tak boleh nak salahkan persepsi dorang. Dorang tak salah bila kata nak tuduh sesuatu mesti present bukti. Setakat cakap sesiapa pun boleh beb. Aku setuju part tue. Tapi dengan kuasa yang terhad, source yang limited, memang menyukarkan orang-orang biasa macam aku neh untuk siasat beb. Silap-silap siasat punya siasat tahu-tahu aje jumpa Ameno World kat mana-mana longkang lepas kena bunuh. Lagi haru. Aku pun reti gak takut beb. Dosa dah la berlambak. OoOoo....


6. Untuk rekod, rakaman perbualan di atas ialah dari rakan fb aku kepada rakan dia yang lain. Bukan antara aku dengan mana-mana orang. Then bila dia terbaca berita kat SH tadi, dia teringat plak eh dulu rasanya ada member pernah citer macam tue. Tak sangka la pula. Memang lahanat la sapa-sapa yang jual IC neh beb. Dalangnya tak lain tak bukan. Geng-geng kita juga beb. Rakyat Malaysia tue. Dasar barua duit. Celake betul.


Sekarang korang fikir-fikir la sama. Berapa ramai la orang-orang di luar sana yang bukan warga negara tapi pegang IC Malaysia yang mana IC tue mereka beli dari warga Malaysia. Dalang kepada penjualan IC palsu neh patut dibuang kewarganegaraan terus. Siyes. Hidup menyusahkan orang. Tahu fikir duit aje. Tak fikir berapa ramai nyawa dan keselamatan rakyat sendiri tergadai. Moga-moga cepat la penguatkuasa dapat tangkap dan hukum pesalah-pesalah terbabit. Kalau boleh la kan, jangan la buat siasatan terpilih. Ini mesti ada big boss punya neh....

Sumber Berita Dari Blog Ameno World

Isu Peguam Negara: Berdiam diri bukan lagi jawapan

  Shahbudin Husin
Pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar dalam transaksi di Hong Kong dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh, bukan isu yang boleh dipandang ringan. Tuduhan ini jelas membawa maksud bahawa Gani menerima rasuah dan kemudian membuat pembelaan yang lemah supaya pulau yang begitu strategik itu jatuh ke tangan Singapura.
Lebih-lebih lagi, Mat Zain membuat dakwaan ini bukan di tepi jalan atau melalui surat layang yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai tuduhan tanpa bukti dan melulu, tetapi melalui akuan bersumpah yang jelas kewibawaannya. Beliau tentunya tidak akan membuat dakwaan sedemikian dalam akuan bersumpah jika tidak mempunyai bukti mengenainya.
Sebagaimana dakwaan melalui ucapan atau kenyataan dalam sidang akhbar pun terdedah kepada tindakan saman, membuat dakwaan dalam akuan bersumpah pastinya lebih mengundang risiko undang-undang yang lebih besar kiranya dakwaan yang dibuat itu palsu dan tidak berasas.
Oleh itu, sikap berdiam diri Gani Patail dalam hal ini bukan tindakan yang boleh diterima. Setelah sekian banyak tuduhan dan dakwaan dikaitkan terhadap dirinya, dakwaan beliau menerima rasuah sehingga mendorong kehilangan Pulau Batu Puteh ini adalah tuduhan yang serius dan memerlukan jawapan. Setidak-tidaknya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Zain.

Gani tiada alasan lagi untuk berdiam diri dan berharap segala dakwaan terhadapnya akan dilupakan seiring dengan peredaran masa. Berdiam diri hanya membuktikan beliau bersalah dan dakwaan Mat Zain mempunyai asas serta kebenarannya.
Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut tidak boleh sekadar berdiam diri dan membisu dalam hal ini. Jika Gani mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan namanya jika dakwaan itu tidak benar, Najib pula sebagai Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat dalam isu ini.
Sudah sampai masanya beliau bersuara dan menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan Peguam Negara ini. Membiarkan rakyat tertanya-tanya dan mempunyai persepsi yang buruk terhadap Peguam Negara bukan saja akan menyebabkan kewibawaan dan ketelusannya sebagai Perdana Menteri turut dipertikai, bahkan juga akan meletakkan negara dalam keadaan tidak lagi diyakini oleh rakyat.
Kalau pun Najib tidak mahu sampai mengambil tindakan menggantung tugas atau merehatkan Gani Patail, beliau sekurang-kurangnya bersuara untuk menyiasat kebenaran dakwaan rasuah yang dibuat oleh Mat Zain. Tambahan pula, akuan bersumpah tersebut turut juga dihantar kepadanya.
Memang tiada alasan, baik untuk Najib atau Gani terus berdiam diri dan membisu dalam hal ini. Jika Najib boleh menggelarkan rakyat yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat kepada negara, jika benar dakwaan bahawa Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar sehingga menyebabkan Pulau Batu Puteh berpindah tangan, ini merupakan pengkhianatan yang jauh lebih besar lagi.
Bukan sikap pemimpin yang bertanggungjawab jika terus-menerus tidak bersuara dalam isu Gani Patail ini. Membisu hanya meletakkan Najib turut dikaitkan bersekongkol untuk melindungi Peguam Negara itu dan mungkin pula dikaitkan ada kepentingan dengannya.
Menerima rasuah dalam kes sekecil apa pun tetap dipandang hina dan jijik serta merupakan kesalahan undang-undang, dakwaan menerima rasuah oleh mereka yang memegang kitab undang-undang dan melibatkan kedaulatan negara pula tentulah jauh lebih hina dan jijiknya. Tidak ada rakyat yang boleh menerima perbuatan seperti itu.
Inilah masanya Najib membuktikan slogannya "kami mendengar", "rakyat didahulukan" dan banyak lagi yang indah-indah sebelum ini tidak sekadar slogan semata-mata. Sudah sampai masanya ia dibuktikan.

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Kenaikkan Cukai Pintu 300% Adalah Sifat Balas Dendam BN Melalui DBKL

Kenyataan Media
27 November 2013

Kenaikkan Cukai Pintu 300% Adalah Sifat Balas Dendam BN Melalui DBKL
 
Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.

Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal. Warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.

SAMM Menyifatkan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu sebanyak 300 peratus adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU-13.

Adalah diingatkan bahawa pihak Datuk Bandar dan DBKL tidak wajar sewenang-wenangnya menaikkan cukai pintu. Apakah benar ia rasional hanya kerana untuk menaikkan nilai hartanah di Kuala Lumpur? Sedangkan sebelum ini nilai harta tanah di Kuala Lumpur sememangnya telah meningkat tanpa kenaikkan cukai taksiran.

Pendapatan DBKL juga dilihat cukup besar jumlahnya dan tetap meningkat walaupun cukai taksiran berada pada kadar yang sama selama 21 tahun. Peningkatan jumlah pendapatan sebanyak RM511 juta kepada RM 1.69 billion dari tahun 2010 adalah cukup memberangsangkan, ia tanpa kenaikkan cukai pintu. Malah DBKL turut menyatakan dalam buku Bajet 2013 bahawa prestasi hasil ini akan meningkat bagi tahun kewangan 2012. Tidak cukupkah sumbangan warga kota setakat hari ini?

Justeru, SAMM melihat cadangan DBKL untuk menaikkan cukai taksiran 300% adalah keterlaluan dan hasrat seperti ini harus dilupakan. Sebaliknya DBKL harus menumpukan usaha penuh bagi mengutip hasil-hasil yang tertunggak seperti tunggakan cukai taksiran, tunggakan sewa perumahan dan sewaan gerai penjaja. Kenaikan kadar cukai pintu yang tidak seimbang dengan prestasi keselamatan dan perkhidmatan yang ala kadar adalah satu bentuk penganiayaan.

Ternyata, Menteri Wilayah cuba menyembunyikan tindakan khianat mereka atas nama 'pembangunan'. Tidak ada satu pun alasan yang boleh mewajarkan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga cukai pintu terhadap rakyat di mana-mana wilayah sekalipun. Bagi SAMM, sebelum bercakap tentang pembangunan, kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan nilai amanah dalam pentadbiran dan pengurusan dana negara yang semakin tiris

Sekali lagi SAMM Wilayah mencabar kerajaan agar berhenti menghkianati rakyat! Perlu diingat, tidak ada kenaikan cukai tanpa pilihanraya kerajaan tempatan. Wang cukai juga dibazirkan tanpa pertanggungjawapan kepada rakyat.
 
Hentikan kenaikan cukai pintu atau rakyat tidak akan teragak-agak menghumban DBKL keluar dari 'pintu' pentadbiran!
 
Azmir Hj Mustafa
Penyelaras Negeri,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan

Sumber Berita Dari Blog Milo Suam
KUALA LUMPUR: PAS menasihati Umno agar bermuzakarah berkaitan dengan isu undang-undang syariah dengan PAS terlebih dahulu sebelum berhajat untuk berbincang isu-isu lain.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia selaras dengan seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 lalu yang mahu muzakarah berhubung perkara itu disegerakan.

"Biar kita selesaikan dulu isu berkaitan dengan undang-undang syariah, duduk berbincang bagaimana ingin kita laksanakan."

"Selagi belum selesai isu tersebut kita tidak perlu berbincang perkara-perkara lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mahu PAS bermuzakarah dengan Umno berhubung dengan tuntutan yang dibuat oleh Coalition of Malaysia NGOs (Comango).

Gesaan itu dilontar Noh di Dewan Rakyat hari ini sewaktu mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyurat 18(1) bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan tuntutan Comango itu.

Usul itu bagaimana pun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan alasan ia tidak perlu disegerakan.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Surat Rakyat Kepada PM - Antara Layanan TUN & NAJIB....!!!

http://1.bp.blogspot.com/-uIOI69BXy88/UWO-MiLjYXI/AAAAAAAACW8/nfw8qhooDWQ/s400/download.jpgSudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekecewaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 
Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 
Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.
Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 
Apabila surat-surat dihantar ke pejabat PM kelazimannya penerima pertama ialah kerani pejabat PM. Mereka akan membuka dan dibawa ke meja Ketua Setiausaha Sulit Kanan (KSSK). KSSK akan salur untuk tindakan samada kepada Pegawai Khas 1, Pegawai Khas 2, Pegawai Khas 3, Pegawai Khas 4, Pegawai Khas 5 dan entah berapa banyak Pegawai Khas yang ada. Atau ditujukan kepada mana-mana agensi yang terlibat jika bersangkut dengan agensi itu.
Kelazimannya surat-surat rakyat sekadar Pegawai Khas yang handle. Pegawai-Pegawai Khas ini melihat dari perspektif mereka sendiri kalau surat itu dirasakan menguris hati Najib baik mereka simpan dan bakar sahaja untuk menjaga boss supaya sentiasa riang dan gemnbira. 
Jika surat itu menepati selera dan kehendak-kehendak mereka seperti ada kepentingan sendiri atau kroni mereka baru tindakan akan dibuat.
Amalan biasa surat-surat akan melalui satu tapisan yang ketat dan sendat. Kalau boss anginnya bagus baru surat-surat ini dibawa ke meja boss. Kalau tidak bagus disimpan dulu kekadang lupa terus dan akhirnya menjadi pekasam. Proses ini adalah proses tipikal mereka-mereka yang disekeliling boss. 
Menurut maklumat dalaman (spy yang mudah bolos) PM tidak mungkin dapat melayan surat-surat ini kerana setiap hari hampir satu lori yang sampai dari dalam negara dan luar negara. Bukan setakat surat kepada PM tetapi surat kepada isteri PM pun hampir sama banyak. Malah yang belum buka pun banyak lagi katanya.
Konklusinya usahlah dibuang masa menghantar surat-surat kepada PM kalau ada hamba rakyat yang tidak puas hati salurkan kepada media-media social atau kepada blogger-blogger lantang seperti kadirjasin.blogspot.com yang lebih ikhlas memperjuangkan suara rakyat dari setiausaha-setiausaha di sekeliling pinggang PM.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

INILAH WAJAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG MENGURUNG RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI HAMBA PSIKOLOGI DI LONDON LEBIH KURANG 30 TAHUN LAMANYA

Ini adalah gambar pertama suami isteri dituduh mengurung tiga wanita di sebuah rumah di London sebagai hamba selama lebih daripada 30 tahun.

Aravindan Balakrishnan dan isterinya Komrad Chanda dilihat di suatu inkues pada tahun 1997 mengenai kematian salah seorang dari pengikutnya Sian Davies.

Chanda digambarkan di kerusi roda dengan suaminya berdiri di sebelah beliau.

Balakirshnan - yang memanggil dirinya Komrad Bala - telah ditangkap minggu lalu bersama-sama dengan isterinya kerana disyaki terlibat dalam kesalahan perhambaan psikologi lebih dari 30 tahun dan imigresen.

Polis berkata, mereka berjaya membebaskan tiga wanita.... seorang darinya ialah warga Malaysia berumur 67 tahun dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab.

Aishah belajar di sebuah sekolah antara yang paling elit di Malaysia, Kolej Tunku Kurshiah Seremban dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu.... Peluk Islam?


Sahabatku Jefri Chua - Dr Azman Ibrahim

Saya catatkan di sini antara perkara yang paling menyentuh hati berlaku pada hari Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini dan saya kreditkan tulisan ini kepada sahabat baik saya saudara Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu.

Saya mengenali Jefri Chua sebagai seorang kawan dan sahabat. Selalu apabila ada kesempatan bertemu, kami selalu duduk berbincang, berkongsi pendapat dalam banyak hal, walau tidak selalunya pendapat kami selari tetapi beliau mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain dan bersedia untuk berbincang.

Di Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau dengan mesra datang ke tempat duduk perwakilan PAS Setiu, mengambil tempat di sebelah saya dan sambil mengikuti perbahasan perwakilan, sebagaimana biasa sikap ramahnya dengan tidak pernah surut, beliau berceloteh memberikan pendapat tentang perkara itu ini juga bertanya tentang itu ini.

Ditunjukkan kepada saya gambar beliau memegang sebuah buku tulisan Datuk Ismail Kamus bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang sedang dibacanya.

Saya hanya memberikan komentar ringkas, “buku ini sebuah buku yang baik untuk dibaca, isinya mudah difahami”.

Tanpa diduga, saya terkedu serta mengalirkan air mata, bila beliau bertanya soalan yang tidak dijangka, "Apa yang you rasa bila suatu hari nanti saya menjadi seorang Islam?"

Jawab saya, "Sayalah antara manusia yang paling gembira ketika itu dan paling awal mengucapkan tahniah".

Beliau menyambung lagi, "Sebenarnya saya sedang berfikir ke arah itu, tetapi berikan saya sedikit masa kerana saya juga mempunyai isteri dan anak-anak. Kalau saya seorang diri sahaja, mudah.”

Kata beliau lagi, "Kalau dihitung purata umur rakyat Malaysia, saya masih mempunyai masa sekitar 20 tahun lagi untuk membuat kebaikan," katanya penuh bermakna.

Saya mengenali Jefri yang saya panggil Jeff sebagai seorang yang berprinsip, komitmen dalam melakukan kerja, sanggup menongkah arus dalam mengambil tindakan.

Masjid Rusila, Terengganu

Mungkin beliau satu-satunya teman berbangsa Tionghua yang belum Islam tetapi sanggup mop lantai Masjid Pengadang Baru. Selalu mengikuti kuliah pagi Jumaat Presiden di Masjid Rusila.

Kelibatnya tak sukar untuk ditemui walaupun dalam program parti yang berbentuk keislaman.

Peranannya dalam meraih sokongan pengundi Tionghua kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 baru-baru ini tiada siapa yang mampu menafikannya. Caranya dan pemikirannya agak kreatif.

Beliau menunjukkan kepada saya gambar beberapa perwakilan muktamar yang sedang mendirikan solat di atas lantai di satu sudut Stadium Malawati ketika rehat sesi muktamar.

Saya tanya, “Apa yang Jeff nak buat dengan gambar ini?”

Jawabnya, “Saya nak post dalam Facebook, tunjuk kepada kawan-kawan saya yang berbangsa Cina bahawa Islam ini sangat mudah, solatnya boleh didirikan di mana-mana sahaja.”

Sekali lagi mata saya berkaca dengan air mata yang bergenang.

Jeff sahabatku, saya menunggu untuk memeluk tubuhmu sebagai seorang saudara Islam sambil mengucapkan tahniah nanti. Saya berkeyakinan bahawa ianya tersangat hampir.

* Penulis adalah seorang doktor pergigian yang menjadi salah seorang calon PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Sumber Berita Dari Blog Ibnu Hasyim

Hentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya, tuntut Bersih 2.0

Bersih 2.0 menuntut agar SPR bersikap lebih telus dalam semua aspek. Gambar fail. 
Bersih 2.0 menuntut agar SPR bersikap lebih telus dalam semua aspek. Gambar fail. 

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung kini dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil."

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini."

"Walau demikian, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Bersih mengecam kenyataan umum yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkaitan keahliannya dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut laporan media, beliau telah mengakui bahawa sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR, tiga persempadanan semula telah dijalankan untuk “mengekalkan kuasa Melayu.”

Beliau turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?"

Bagi Bersih, kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa penggarisan semula sempadan pilihan raya berdasarkan kaum tersebut dilakukan dengan “cara yang sah” dan “teliti” ternyata satu kenyataan tidak jujur.

Di bawah Jadual Ketiga Belas dalam Perlembagaan Persekutuan, salah satu prinsip yang harus diikuti dan dipatuhi dalam amalan persempadanan atau penggarisan semula ini.

Ia termasuklah, “bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran perwajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.”

Bersih 2.0 katanya, kenyataan itu tidak menafikan bahawa peruntukan perwajaran di daerah desa sering ditafsirkan sebagai menyebelahi Melayu, namun gambaran sebenar adalah jauh lebih kompleks.

"Kami suka untuk mendedahkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, selain tidak beretika dan menyalahi semangat Perlembagaan adalah tidak tepat dan tidak sejajar dengan fakta dan angka sebenar," kata kenyataan itu.

Kerusi DUN terbesar di Selangor dan Perak adalah kerusi majoriti Melayu; misalnya kerusi DUN Seri Serdang (majoriti Melayu) yang pernah menjadi kerusi BN dahulu adalah dua kali ganda lebih besar berbanding kerusi Kinrara (majoriti CIna) yang dimenangi oleh Pakatan.

"Dengan meletakkan hanya seorang ADUN untuk berkhidmat kepada 72,729 pengundi berdaftar di Seri Serdang, serta puluhan ribu lagi penduduk yang bukan pengundi, apakah kebaikan yang diterima oleh pengundi Melayu di sana?" soal kenyataan itu.

"Dengan rekod lampau yang ditunjukkan oleh SPR lalu, Bersih 2.0 tidak mempunyai keyakinan ke atas barisan SPR hari ini dalam menjalankan tugas mereka secara adil, bebas, dan beretika," katanya kenyataan itu.

Testimoni yang dikumpul ketika Tribunal Rakyat pada September 2013 lalu pernah mendedahkan kewujudan ahli-ahli parti politik yang aktif menjadi petugas SPR ketika Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13) lepas.

Sebelumnya, timbul dakwaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR juga mempunyai keahlian dalam Umno.

Keengganan SPR membersihkan senarai undi walau sudah dibuktikan sebagai bermasalah kini boleh difahami sebab-musababnya, katanya.

Penemuan kes-kes penyelewengan dan pelanggaran peraturan pilihan raya pada PRU13 oleh Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau), ditambah dengan keengganan SPR untuk bertanggungjawab dalam kes dakwat kekal; memuktamadkan segala dakwaan.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

SALAH SEORANG PENYUMBANG BUKU 50 DALIL PUN LAHIRKAN RASA AMAT HORMAT KEPADA DSAI DAN KUTUK MUHYIDDIN YASSIN....!!!


Omak Kau dari dulu tidak pernah menyukai mamat ini kerana pada pandangan Omak Kau secara ikhlas dan jujur beliau ini seorang oportunis.... tapi bab ini Omak Kau rasa di berkata jujur.

Suatu kelebihan yang ada pada tubuh DSAI ialah dia tidak pernah berdendam kesumat kepada sesiapa pun.... waima kepada individu yang terlibat dalam menganiaya dirinya sampai terhumban dalam penjara selama lebih 6 tahun lamanya.... DSAI sentiasa bersangka baik dengan sesiapa pun.... satu sifat mulia yang selalu di ambil kesempatan pihak lawan untuk dijadikan suatu kelemahan.

Dari pemerhatian dan pengalaman Omak Kau berinteraksi dengan DSAI.... memang benar apa yang dikatakan oleh blogger UMNO ini.... hubungan awam DSAI memang hyper First Class.... tiada tolok bandingnya dengan para pemimpin UMNO yang sedia ada dan yang lalu.

Tabik spring bertingkat kepada DSAI.... perlu para pemimpin PR yang lain mencontohi sikap yang ditonjolkan oleh DSAI jika mau tawan dan pikat hati rakyat terutamanya pihak lawan.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Air - Khalid kasi telanjang syabas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat di Selangor menentang mana-mana pihak yang menghalang usaha kerajaan negeri menguasai aset air dan memberikan 20 meter padu air percuma.

“Tugas negeri sekarang selesaikan masalah air dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang sesiapa yang tak memberikan kita menguasai aset air negeri ini,” katanya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan Undangan Negeri.

Melalui perjanjian dengan Syabas pada tahun 2011, terdapat penurunan bekalan air tak terawat (NRW) daripada 30% kepada 19.98% tetapi menurut Khalid apa yang berlaku sekarang NRW meningkat menjadi 33%.

“Jadi ini yang sebabkan kita kekurangan air terawat, jawapan kita ialah kita mesti selesaikan NRW,” katanya.

Beliau berkata, Syabas membelanjakan dana RM1.169 juta yang diperoleh daripada kerajaan Pusat tetapi NRW tetap naik 33% .

“Syabas punya kabel yang besar untuk dapat RM500juta daripada Pusat dengan faedah yang tak dibayar selama lima tahun awal,” katanya.

Katanya, Selangor ada 4.8 juta liter air, yang boleh diagihkan ialah 4.6 juta liter sehari daripada 32 loji rawatan air yang ada di negeri itu.

Malangnya, menurut Khalid terdapat kebocoran 30% NRW apabila hanya 3.9 juta liter air terawat sehari sahaja yang sampai kepada pengguna.

Malah berlaku juga isu tender bekalan dan kontrak penyelenggaraan paip air Selangor yang bermasalah sejak dulu lagi.

“Saya tak nak sebut perkara ini…. saya tak nak menambahkan dosa lagi,” katanya.

Mendapati Syabas dan Puncak Niaga tidak berupaya dari segi pengurusan dan kekuatan modal untuk menyelesaikan isu ini, kerajaan negeri memutuskan untuk ambil alih industri air dan kini sudah diperingkat akhir proses tawaran dengan Pusat, katanya.

Sumber Berita Dari Blog Gendang Perang

'Ini bukan dewan rakyat, ini dewan Adnan'

 




Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung digantung dua sesi persidangan bermula hari ini kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu".

Lee ketika dihubungi berkata, beliau dikenakan tindakan itu tanpa diberi peluang mempertahankan diri di hadapan jawatankuasa hak dan keistimewaan DUN.

Seramai 29 orang mengundi menyokong penggantungannya manakala 12 lagi sebaliknya.

Sebelum itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob membentangkan usul bawah Peraturan Tetap 36(4) dan 36(6) berkaitan perkataan biadap dan sangkaan jahat.

"Ini menunjukkan demokrasi palsu," kata Lee.

"Ini bukan dewan rakyat (DUN), ini dewan Adnan," tambahnya lagi.

Sumber Berita Dari Blog Dailog Rakyat

EDISI KANTOI....!!! BUKANNYA 11 KETUA CABANG KEADILAN YANG KELUAR PARTI TETAPI HANYA 5 ORANG SAJA....!!!

Pagi tadi bukan main lagi seronoknya Najib Razak selaku Presiden UMNO memberitahu satu dunia kononnya 11 Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Negeri Sabah telah keluar parti.

Hari ini penipuan itu didedahkan oleh seorang ahli KeADILan bernama Jonathan Yasin.... Beliau berkata di dinding laman sosialnya Facebook dengan kata-kata....

"Mengikut pemerhatian saya adalah tidak benar 11 Ketua Cabang PKR yg keluar. Hanya 5 Ketua Cabang (Kota Marudu/ Beluran/Kinabatangan/Silam/Semporna) dan 3 Pemangku Ketua Cabang (Kudat/Inanam/Pensiangan) yg saya kenal pasti dari dulu. Angki Adek, Muhd Jun, Solo Yuna, Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad tidak pernah menjadi Ketua Cabang PKR Sabah".
Jelas sekali Najib Razak amat mudah di tipu oleh para pengampunya.... Perkara se asas dan semudah ini pun beliau boleh di tipu ataupun beliau tahu tapi sengaja nak menipu. Wallah wuakhlam....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

PKR Sabah Hampir Lumpuh, 11 Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti?

Kata ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.... terlampau banyak campur tangan daripada kepimpinan PKR pusat antara faktor utama pemimpin daripada 11 cabang parti itu di Sabah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Tindakan campur tangan atau menyibuk itu bertentangan dengan kuasa autonomi yang dijanjikan kepada kepimpinan negeri termasuk dalam soal pelantikan ketua pembangkang dan jawatankuasa majlis pimpinan negeri parti itu.

Sebaliknya, kata beliau lagi, kuasa pelantikan itu datang daripada seorang individu sama ada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

Jelani Hamdan (kiri) and Jeremy Malajad leaving PKR.
Keputusan keluar PKR dibuat bukan soal pembangunan semata-mata, tetapi katanya mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

"Harapkan nama parti itu sahaja keadilan tetapi apabila buat keputusan tidak melambangkan nama itu khususnya dalam soal autonomi untuk memberi kuasa penuh kepada Sabah bagi memilih pemimpin dan sebagainya," katanya.

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata apa yang berlaku hari ini adalah gelombang pertama kerana selepas ini akan ada gelombang kedua yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.


“Hari ini adalah satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.


“Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.


“Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah,” ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna ~
Astro Awani
....Kepada siapalah aku nak rujuk dalam hal ni.... Ada Haji Ansari pun dah bersara dari politik dah.... dia bersara 25 Mei lalu, kira-kira 20 hari selepas PRU13, alasannya juga sama seperti yang dinyatakan oleh mereka di atas.... hmmm....

Ketua Cabang nak keluar, keluarlah.... selagi Cabang tak disytiharkan bubar oleh Setiausaha Cabang dan AJK-AJKnya maka belum boleh dianggap sebagai lumpuh lagilah Najib....

Komen aku dalam hal ini.... Anwar Ibrahim tak pernah serik!

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

Peringkat Kemunculan Dajjal

"Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di bumi selama 40 hari.

Tanya kami; 
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, 

Jawab Rasullullah:
“Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Tanya kami lagi; 
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang?”, 

Jawab Rasullullah SAW; 
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

NAK CARI DALAM UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN JUMPA.... BERSIMPATI DENGAN TUAN PUNYA PENYATA PTPTN INI....!!!

Kalaulah benar apa yang digambarkan di atas ini mengenai penyata PTPTN ke atas seorang peminjam maka secara ikhlas dan jujur Omak Kau nyatakan.... cukup bersimpati dan menyedihkan.

Tidak tahu nak kata apa.... Lihat dan nilailah sendiri....

Perlunya pihak PTPTN keluarkan kenyatan mengenai penyata ini yang sudah pun berlegar ligat di alam maya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
IPOH: Bajet Perak 2014 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan tidak prihatin serta serius untuk menyelesaikan permasalahan utama rakyat iaitu kos kehidupan yang semakin meningkat.

Rakyat Perak juga kata beliau mengalami masalah peluang pekerjaan yang sangat minimum dan ia tidak menjadi keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya.

"Apakah pengharapan orang Perak kepada belanjawan itu? Sebagai rakyat negeri Perak, apa harapan baru yang nak dipergantungkan kepada bajet itu? Tidak ada."

"Saya nampak bajet itu tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri Perak. Masalah rakyat negeri Perak yang besar tidak ditunjukkan cara penyelesaiannya," katanya ketika membuat sidang media selepas perbentangan Bajet Negeri Perak 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, di sini semalam.

Beliau menyifatkan, kerajaan yang dipimpin oleh Zambry hanya meneruskan tradisi belanjawan defisit yang kali ini melebihi sehingga RM40.2 juta.

Kerajaan negeri juga katanya tidak mengemukakan pembaharuan dalam belanjawannya dan ianya masih mengikut 'stail' lama.

"Walaupun di penutup pembentangan, Pangkor (Zambry) kata bajet itu adalah penyuluh jalan untuk masyarakat, tapi tidak apa yang boleh disuluhkan kerana tiada ada bateri," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Changkat Jering itu menjelaskan, kerajaan juga gagal mewujudkan kaedah serta cara alternatif untuk menghasilkan dana baru bagi meningkatkan hasil negeri.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

MB Selangor: Bukan Lambat Tapi Berhati-hati Guna Wang Rakyat


MB Selangor: Lambat kerana berhati-hati

SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam membuat keputusan.

Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksanakan arahan telah terlalu lewat.

"Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah."

"Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan."

"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap Abdul Khalid.

Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar."

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur."

"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya. -SH

Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid

Pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor masih cemerlang jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.

“Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

anwarAnwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.

Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.

Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,” katanya.

Katanya, beliau yakin Abdul Khalid adalah pemimpin yang jujur sepanjang menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini. Anwar berkata, Abdul Khalid tidak pernah mengambil tanah atau balak untuk kepentingan peribadi.
-selangorkini
Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

Keluarga Siti Aishah yang menjadi hamba di London dedahkan kisahnya

Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya."

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
 

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Sumber Berita Dari Blog Lagi Berita