Peneroka Felda Kini Berpeluang Menginap Di Apartment Mewah Di London



'Felda lebih bayar RM100 juta harta tanah di London'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut Felda menjelaskan pembelian pangsapuri perkhidmatan (serviced apartment) hampir RM500 juta di London, yang didakwanya bertambah sebanyak RM100 juta.

Katanya, langkah Felda itu mencabar salah satu teras utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), iaitu penjualan aset bukan teras.Memetik laporan sebuah portal berita, Lim berkata, jual beli bernilai 198 unit pangsapuri perkhidmatan Grand Plaza dengan harga £97.9 juta (RM495 juta) terlalu mahal.

Sedangkan, tambahnya, agen harta tanah mewah Savills and Knight Frank hanya menilainya sekitar £80 (RM408 juta) sahaja beberapa tahun lalu.

"Dengan kata lain, Felda terlebih bayar hampir RM100 juta!" kata anggota Parlimen Bagan itu. Lim, juga setiausaha agung DAP, berkata, perkara itu menimbulkan kegusaran terhadap kelembapan ekonomi yang boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit dana awam.

Menurut Lim juga, Felda tidak mempunyai sebarang kepakaran atau pengetahuan dalam menguruskan pangsapuri perkhidmatan.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment