HANYA DENGAN RM200 SUDAH BOLEH JADI "WARGANEGARA MALAYSIA"....!!!


Begitu sekali murah dan mudahnya warga asing nak jadi warga negara kita.... selepas itu boleh cari kerja dengan membawa dan menggunakan senjata api.

Sudah pasti boleh membuka akuan bank.... menjadi pencarum KWSP dan Perkeso.... memiliki lesen memandu pendekkata boleh memiliki apa saja yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai warga negara Malaysia.

SUSPEK MILIKI KAD PENGENALAN PALSU : Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekaligus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui. Pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Identiti sebenar suspek juga masih dalam siasatan. 


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment