Azmin Ali Sempat Sindir Muhriz Mahathir Di Penamaan Calon PRK Sg. Limau

Dalam keriuhan penamaan calon PRK Dun Sg. Limau, pemimpin PKR Azmin Ali sempat bertemu Muhriz Mahathir. Dalam pertemuan tersebut Azmin Ali sempat menyindir Muhriz Mahathir berkenaan pemilihan agung Umno yang menyaksikan Mukhriz Mahathir kalah tipis dengan penyandang Hishamuddin Hussein.
Ikuti petikan artikel dari Malaysiakini berkenaan sindiran tersebut....
Azmin yang kemudian menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sempat mengusik Mukhriz berkenaan keputusan pemilihan naib presiden Umno yang lalu.
Mukhriz memperolehi jumlah undi popular yang lebih tinggi berbanding Hishammuddin namun hanya berjaya memperolehi 91 undi keseluruhan berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammuddin untuk tempat ketiga naib presiden.
"Dulu suruh pakai undi popular tak mahu, sekarangkan dah menyesal," kata Azmin sambil menepuk bahu Mukhriz yang hanya tertawa mendengar usikan tersebut. ~mk
Sindiran tajam kepada pemimpin Umno.... mungkin Mukhriz balik nanti tak tidur malam mengenangkan sindiran Azmin....
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment