Anwar : Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyat

KUALA LUMPUR 25 OKT : Gagal memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat. Itu adalah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, tegas Anwar, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.

“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan."

“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin,” kata Anwar selepas pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen.

Keduanya tambah Anwar, kerajaan menaikkan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali.

Mengulas sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.

“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya.

Sumber Berita Dari KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment