Jentera Umno menyerupai PAS untuk tarik pengundi


KUALA LUMPUR: Politik wang dan mi segera menjadi modal utama BN di samping menyerupai ahli PAS ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah khususnya di kawasan pengundi tegar PAS.

Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

"Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.

"Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah," tegasnya.

Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.

Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.

Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.

Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.

Menurut beliau, PAS seperti biasa berlawan bukan dengan calon BN sahaja tetapi dengan sebuah kerajaan Persekutuan yang lazimnya menggunakan dan memperalatkan semua jabatan dan agensi kerajaan untuk berhadapan dengan PAS.

"Persaingan yang berat sebelah ini meletakkan PAS dalam keadaan yang bukan mudah untuk menang. Insya Allah semua ini tidak pernah mematahkan semangat jentera Muslimat untuk mempertingkatkan program menyantuni rakyat," katanya.

Justeru beliau mengingatkan semua jentera HalWa dan PAS supaya jangan terlalu yakin sehingga jam 5 petang 4 November dan seterusnya hal yang melibatkan pengiraan dan perjumlahan undi. 
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Di London, Najib sahkan Kristian boleh guna kalimah Allah di Sabah dan Sarawak

Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) memilih untuk bercakap isu sensitif semasa berada di luar negara iaitu mempertahankan keputusan mahkamah yang melarang Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.

Najib berkata, larangan mingguan Kartolik, Herald daripada menggunakan Allah adalah perlu untuk menjaga ketenteraman awam dan keharmonian negara dengan alasan Herald adalah akhbar yang tersebar luas.

Herald dicetak 14,000 naskah setiap minggu dan kebanyakannya diedarkan menerusi gereja.

Perdana Menteri berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hanya untuk akhbar Herald dan kerajaan tidak akan menyekat penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Keputusan mahkamah hanya untuk akhbar Herald yang mempunyai edaran yang meluas, ia tidak akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak."

"Jadi apa yang kita cuba buat adalah secara objektif dan semuanya untuk memastikan ketenteraman awam dan keharmonian negara," katanya ketika ditemui semasa Forum Ekonomi Islam Antarabangsa di London.

Tafsiran Najib mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak sama dengan apa yang ditafsirkan oleh pemimpin Kristian, pakar undang-undang perlembagaan dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib yang memperkatakan kesan daripada keputusan 14 Oktober itu.

Pengkritik kepada keputusan mahkamah itu mendakwa, keputusan hakim bahawa Allah tidak termasuk dalam tuhan orang Kristian membawa kesan yang luas daripada sekadar akhbar Herald sahaja.

Putrajaya dianggap cuba mempertahankan undinya di Sabah dan Sarawak - bank undi utama untuk Barisan Nasional - apabila berkata keputusan mahkamah itu tidak menghalang mereka menggunakannya tetapi pemimpin gereja berkata, ramai kalangan penduduk Sabah dan Sarawak kini bekerja di Semenanjung.

Pemimpin Kristian mendakwa, kalimah Allah digunakan sejak lebih 100 tahun lalu, jauh sebelum negara merdeka pada 1957, dan ia berlaku tanpa memberikan sebarang salah faham di kalangan orang Islam dan mengganggu ketenteraman negara.

Namun, komen Najib sekurang-kurangnya memberi gambaran kepada rakyat negara ini mengenai sikap sebenar beliau berhubung keputusan mahkamah ini.

Sehingga kini, beliau hanya menjanjikan pelan 10 perkara untuk menyelesaikan isu yang melibatkan penganut Kristian di Malaysia Timur.

Perkara utama dalam pelan yang dinyatakan kerajaan pada 2011 adalah membenarkan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah dibawa masuk ke dalam negara.

Najib biasanya menjauhi isu kontroversi dan jarang mengadakan sidang media mengenainya di dalam negara.

Ia berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjawab semua persoalan media, daripada soalan nakal hinggalah yang serius, ketika dia menjadi Perdana Menteri.

September lalu, Najib memberitahu perwakilan Perhimpunan Agung Umno keperluan mengamalkan wasaatiyyah iaitu kesederhanaan dalam menangani pelampau walaupun dalam masa yang sama mengekang penyebaran Syiah di Malaysia.

Walaupun kebanyakan umat Islam di Malaysia mengamalkan Sunnah wal Jamaah ada juga yang cuba mengamalkan Syiah.

Islam adalah persoalan negara tetapi pihak berkuasa agama juga memainkan peranan besar dalam mengawal selia hal-ehwal agama.

Pengkritik berpendapat Perdana Menteri sepatutnya menghalang sekatan sedemikian termasuk tangkapan dan serbuan kerana ia bertentangan dengan kenyataannya sendiri.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

Senario terakhir semakin menyebelahi PAS

ZULKIFLI YAHAYA
 
BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi kelebihan wibawa calon PAS.

Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.

Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.

"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.

Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.

Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.

Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan majoriti hampir serupa.
 
Sumber Berita Dari Blog Kerengga

Rahsia Surah Al-Insyirah

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. 

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas solat, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas solat fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 

:: Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah solat dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu: 

1. Solat sunat dua rakaat. 

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah) 

3. Lepas solat, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang dihajati daripada Allah s.w.t. 

:: Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib. 

:: Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati. 

:: Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. 

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Mana Projek PETROLIUM aka SULIHH.... tanya PEMUDA GERAKAN, ini jawapan dia....!!!

Zul Hazmi


Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang dok tanya dan minta calon Pas N20 Sg Limau serta pemimpin Pas jelaskan apa dah jadi dengan projek SULIHH....
Aku nak tolong jawab sikit ja.... Projek SULIHH tu asalnya ialah projek ZIPY Kerajaan BN.... ZIPY nak dibuat di tanah besar melibatkan tanah-tanah sawah orang kampung sekitar Dun Sg Limau Parlimen Jerai.... Apabila Kedah ditadbir oleh Pas/PR.... Projek ZIPY diubah ke persisir pantai menjadi SULIHH untuk selamatkan tanah sawah orang kampung.... Projek dalam proses perlaksanaan memerlukan kajian dan penglibatan syarikat swasta.... Dalam dok nak buat tu.... Kerajaan Kedah bertukar tangan kepada Umno/BN....
Jadi.... Jadi.... Jadiiiiiiiiiiii....

Kalau nak tanya status projek tu.... tanya la Kerajaan BN la ni.... tanya la Mukhriz.... sebab semuanya di bawah kuasa dia la ni.... bukan di bawah kuasa PAS atau calon PAS Sg Limau.... Sebab banyak projek dan perkara yang diperkenalkan Pas semasa mentadbir Kedah dulu dihentikan Kerajaan UMNO/BN seperti skim kafalah dan keserabutan isu KUIN.... nak lebih cantik lagi tanya dalam Dewan Undangan Negeri Kedah bila bersidang nanti.... terus dapat penjelasan rasmi....
Apa yang hang serabut dok tanya di luar kat orang yang tak dak kuasa nak jawab??? Adoiyyaiiiiiii....
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

8 Amalan Agar Dapat Menemani Rasulullah di Syurga


Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam teruntuk Rasulullah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Dekat dengan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah kenikmatan yang agung. Kerananya para sahabat beliau adalah manusia-manusia terbaik dari umat ini. Menemani sang utusan dengan iman mengangkat kedudukan mereka di atas manusia-manusia mulia sesudahnya. Ini kebersamaan dengan beliau di dunia, lalu bagaimana dengan membersamai beliau di akhirat?

Pastinya, membersamai beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam di akhirat jauh lebih utama lagi. Pastinya, orang yang menemani beliau di syurga berada pada tingkatan tertingginya. Kerananya kita temukan beberapa sahabat sangat berkeinginan membersamai atau menemani beliau di sana. Apakah kita juga berkeinginan mendapatkan darejat yang sangat mulia ini? berikut ini beberapa amal dan doa yang menjadi sebab kita mendapatkan keutamaan agung ini.

1. Mutaba’ah (mengikuti) & taat kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,.....


وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu : para nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang shalih. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. Al-Nisa’: 69)

Disebutkan dalam Al-Mu’jam al-Kabir milik Al-Thabrani, dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'Anhuma: ada seseorang datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh aku mencintaimu sehingga aku ingin menyampaikan kepadamu jika aku datang dan tidak melihatmu maka aku merasa nyawaku keluar. Aku juga sampaikan kalaulah aku masuk surga dan berada di bawah tempatmu maka hal itu sangat menyedihkan buatku. Aku ingin satu tingkat bersama dirimu. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak menjawab sedikitpun sehingga Allah 'Azza Wa Jalla menurunkan ayat di aats. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memanggilnya dan membacakan ayat tersebut kepadanya.

2. Mencintai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam

Disebutkan dalam Shahihain, dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, berkata: Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah tentang hari kiamat dan berkata, "Kapankah hari kiamat tiba?", beliau menjawab, "Apa yang engkau persiapkan untuk menghadapinya ?". Ia menjawab, "Tidak ada, melainkan saya mencintai Allah dan Rasul-Nya". Maka Rasulullah bersabda, "Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai."

Anas bin Malik berkata: "Kami tidak pernah merasa gembira seperti kegembiraan kami dengan ucapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

“Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai (di akhirat kelak).”

Kemudian Anas berkata: “Sungguh saya mencintai Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam, Abu Bakar dan Umar dan berharap agar saya bisa bersama mereka (di akhirat kelak) disebabkan cintaku terhadap mereka, walaupun saya tidak beramal seperti amalan mareka.” (HR. Bukhari)

Tetapi pecinta sejati yang akan mendapatkan kemuliaan ini adalah yang menempuh jalan orang yang dicintainya, mengikuti langkah-langkahnya, berada di atas manhajnya, dan mengambil petunjuknya. Ingat, Yahudi dan Nasrani mengaku mencintai para nabi mereka tetapi tidak mendapatkan nikmat menemani mereka di akhirat dikarenakan mereka menyalahi petunjuk para nabinya.

Kita lihat Abu Thalib sangat mencintai keponakannya namun tidak bisa membersaminya di akhirat karena ia tidak mengikuti Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam keimanan dan petunjuk. Siapa yang ingin bersama orang yang dicintainya ia harus menempuh jalan orang tersebut.

    . . . Ingat, Yahudi dan Nasrani mengaku mencintai para nabi mereka tetapi tidak mendapatkan nikmat menemani mereka di akhirat dikarenakan mereka menyalahi petunjuk para nabinya. . . .

3. Memperbanyak Shalat Sunnah

Disebutkan dalam Shahih Muslim, Rabi'ah bin Ka'ab Al Aslami Radhiyallahu 'Anhu bercerita bahwa dia pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kemudian ia meyiapkan air wudhu dan keperluannya. Beliau lalu bersabda kepadaku, "Mintalah sesuatu kepadaku", saya berkata, "Saya meminta agar saya bisa bersamamu di surga.” Beliau menjawab, "Adakah permintaan selain itu", saya berkata, "hanya itu.” Beliau lalu bersabda, "Maka bantulah aku atas dirimu (untuk memohon kepada Allah agar memenuhi permintaanmu) dengan memperbanyak sujud (shalat)".” (HR. Muslim)

Dari hadits ini, Ibnul Qayyim mengatakan, “apabila kamu ingin mengetahui tingkatan semangat, maka lihatlah kepada semangatnya Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami Radhiyallahu 'Anhu, di mana Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya, “Mintalah sesuatu kepadaku”, lalu ia berkata, “Saya meminta agar saya bisa menemanimu di surga,” sementara orang selainnya meminta sesuatu yang memenuhi perutnya atau menutupi kulitnya.” (Madarij al-Saalikin: 3/147)

Hadits ini juga menjadi dalil bahwa membersamai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di akhirat kelak tidak diperoleh hanya dengan berangan-angan semata, harus dibuktikan dengan amal nyata.

4. Berakhlak Mulia

Dari Jabir Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

“Sesungguhnya orang yang paling saya cintai dan paling dekat majelisnya denganku di antara kalian hari kiamat kelak (di surga) adalah yang paling baik akhlaknya…". (HR. Al-Tirmidzi dinyatakan shahih oleh Syaikh Al-Albani)

5. Memperbanyak Membaca Shalawat

Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً

“Manusia yang paling utama (dekat) denganku hari kiamat kelak adalah yang paling banyak bershalawat atasku.” (HR. Al-Tirmidzi, dan disebutkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad)

Al-Munawi Rahimahullah menjelaskan makna hadits di atas, yaitu orang yang paling dekat kepadaku (Rasulullah) dan paling dimuliakan dengan syafa’atku serta paling berhak terhadap limpahan kebaikan-kebaikan dan dihindarkan dari keburukan-keburukan pada hari kiamat. (Lihat: Faidhul Qadir Syarh al-Jami’ al-Shaghir: 2/560)

6. Merawat, Menyantuni & Membantu Anak Yatim

Berbuat baik kepada anak-anak yatim termasuk sebab keberuntungan di akhirat dengan mendapatkan surga tertinggi. Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’d Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا

“Saya dan orang yang merawat anak yatim di surga kelak seperti ini,” seraya beliau mengisyaratkan jari tengah dan telunjuknya lalu merenggangkan keduanya.” (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Imam al-Nawawi menjelaskan makna Kaafil al-Yatim: orang yang mengurusi kebutuhan-kebutuhannya. (Riyadhus shalihin. Bab: Mulathafah al-Yatim)

Ibnu Baththal Rahimahullah –disebutkan dalam  Fathul Baari- berkata: “wajib bagi siapa yang  mendengar hadits ini untuk mengamalkannya, supaya ia bisa menemani Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di surga, dan tidak ada kedudukan di akhirat yang lebih utama darinya.”

7. Mendidik Anak-anak Wanita Agar Menjadi Mukminah Shalihah

Imam Bukhari meriwayatkan dalam al-Adab al-Mufrad, dari Anas Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau bersabda:

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تدركَا، دَخَلْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ

“Barangsiapa yang memelihara (mendidik) dua wanita sampai mereka dewasa, maka saya akan masuk surga bersamanya di surga kelak seperti ini", beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Imam Muslim juga meriwayatkan serupa dalam Shahihnya

Dalam Mushannaf Ibnu abi Syaibah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Siapa yang mempunyai dua orang saudari atau dua orang putri lalu ia berbuat baik kepada keduanya selama mereka bersama dirinya maka saya dan dia di surga seperti ini,” beliau mendekatkan kedua jarinya.

8. Memperbanyak Do’a

Yakni doa agar didekatkan dengan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan menemani beliau di akhirat. Dalil umumnya adalah apa yang diminta Rabi’ah kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam agar beliau mendoakannya untuk menemaninya di surga. Juga doa yang dipanjatkan Ibnu Mas’ud Radhiyallahu 'Anhu,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ

“Ya Allah saya meminta kepada-Mu keimanan yang tidak akan berubah dengan kemurtadan, kenikmatan yang tiada putus, dan (aku memohon kepada-Mu) agar menjadi pendamping Muhammad shallallahu'alaihi wasallam di derajat tertinggi dari surga yang kekal." (HR. Ahmad dengan sanad shahih. Syaikh Al-Albani menyatakan isnadnya hasan). [Baca: Doa Menemani Rasulullah di Surga]

Doa ini bagian tawakkal hamba dalam mengusahakan sebab-sebab supaya bisa bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam di surga. Wallahu Ta’ala A’lam. [PurWD/voa-islam.com]

Diringkas dari tulisan DR. Mahran MAher Utsman yang berjudul: Murafaqah Rasulillah Shallallahu 'Alaihi Wasallam fi Al-Jannah. Sumber: http://www.saaid.net.

Sumber Berita Dari Blog Ustazcyber

AKHIRNYA MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA KEBIADAPAN BELIAU MENGHINA ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN RAZAK

YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf. Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras disini.

Menurutnya, sebagai manusia, jikalau kenyataan pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham, beliau memohon maaf.

"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan isu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu "Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.

"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa berada disini manakala TPM pula berada di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) sanggup melihat ada orang atau keluarga yang sedih, pedih dan terasa yang amat sangat dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan keengganan beliau untuk memohon maaf," katanya lagi.

KERANA PULUT SANTAN BINASA.... KERANA MULUT MARUAH DIRI BINASA. NAK BODEK PUN AGAK-AGAKLAH DALAM MENGGUNAKAN BAHASA.... AWAK TU BUKAN RAKYAT BIASA TETAPI PEMIMPIN NOMBOR DUA NEGARA.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Bongkar!!! Gaji Melampau Pekerja Jabatan Perdana Menteri, Inilah Pembaziran2 Kerajaan Lakukan.... Jom Terjah!!!

okm
KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.
Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69 ribu sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49 ribu
Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69 ribu. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480 ribu (RM40 ribu sebulan)."
“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.
Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.
Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.
“Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan."
“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan,” ujarnya.
Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.
Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).
“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya."
“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion."
Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014.

Sumber Berita Dari Blog Sedaka Sejahtera

JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Sungai Limau bagi berdebat isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jelas beliau, Muhyiddin perlu berani untuk berdepan dengan PAS bagi mengetahui sama ada parti itu mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam berbicara soal GST.

"Saya mencabar Muhyiddin untuk turun ke Sungai Limau dan berdepan dengan kita (PAS) untuk berdebat dalam isu GST."

"Saya hendak beliau sendiri mengetahui sama ada PAS mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam bercakap soal ini."

"Jika beliau berani sila tampil dan kita bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengannya," jelasnya ketika ditemui di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Muhyiddin pada Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Kompleks Pertubuhan Peladang, Bukit Besar, Yan Sabtu lepas memberitahu PAS tidak mempunyai pakar ekonomi untuk menjelaskan soal GST yang baginya dilihat sebagai mengukuh ekonomi negara.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Kempen Sg Limau sudah masuk fasa klon no telefon untuk buat fitnah sebelum nie MAHFUZ kini PHAHROLRAZI pula....!!!

 
Nampaknya fasa fitnah sudah masuk dalam kempen pilihanraya PRK Sg Limau. FItnah kini sudah masuk fasa teknologi maklumat.... di mana menggunakan no. telefon musuh untuk tabur fitnah.... kes ini berlaku pada YB MAHFUZ dan kini  telah berlaku pada YB PHAHROLRAZI pulak....
Hangpa ingat tak lagi kejadian di mana no hp Naib Presiden PAS di klon dahulu.... di mana kejadian ini talah pun berlaku sewaktu PRU dahulu dan sudah pun dibuat laporan polis.... namun hasilnya tak tahulah apa cerita....

Kini ianya berlaku lagi.... sudah hilang seruan politik HARMONI & AMAN DAMAI di Sg Limau nie.... semua dah masuk fasa menghalalkan cara....
Pesanan kepada semua kembalilah pada yang satu.... nak buat apa ingatlah ALLAH swt, ingat dosa pahala ingat syurga neraka.... dan ingat 2 malaikat sedang mengawasi kita kiri dan kanan....
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

HEBOH HARGA GULA DI THAILAND DI KATAKAN RM2.10 SEN SEKILO DI MALAYSIA KINI RM2.84 SEN SEKILO.... KEDUA DUA NEGARA TIDAK MEMBERI SUBSIDI KEPADA BARANG KEPERLUAN INI.... MENGAPA THAILAND LEBIH MURAH....???


Menurut sumber di khabarkan negara Thailand yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi kepada gula harga runcit dipasaran negara tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong, pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib Razak, menjualnya kepada rakyat dengan harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih.... Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya....???

Adakah negara kita mengimport gula dengan membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan harga RM2.84 sen sekilo....???

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan gula dari negara Thailand masuk ke negara kita?

Perlunya pihak berwajib dan Kerajaan UMNO 1Malaysia memberikan jawapan demi pencerahan.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.

Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang pengundi yang menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang datang berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap di sini semalam.

Pada bahagian bawah tin susu yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.

Pada beg plastik luar pula tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa Abdul Azeez bertanggungjawab dan memohon maaf kepada pengundi di sini.

"Jangan hina orang Sungai Limau dengan susu tamat tempoh."

"Saya minta penerima untuk periksa dahulu tarikh luput tersebut. Kalau sudah tamat tempoh, jangan makan, kita khuatir keracunan," katanya.

Islam ajar beri yang terbaik

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali yang turut serta pada sidang media tersebut berkata, tindakan tersebut juga bercanggah dengan nilai-nilai agama.

Katanya, Islam mengajar umatnya agar memberi hadiah dengan sesuatu yang baik kepada orang lain yang tidak memudaratkan penerimanya.

"Islam ajar kita bagi hadiah dengan barang yang baik dan elok."

"Seperti yang diajar agama bahawa jangan beri barangan yang tidak elok yang kita sendiri tidak mahu mengambilnya (jika barang itu diberi kepada kita)," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Petronas Ke5 Tertinggi Dalam Ketelusan Antrabangsa: Fakta Atau Auta?

Petronas ke-5 dalam indeks ketelusan antarabangsa

KUALA LUMPUR - Petronas berada di tempat kelima tertinggi dalam indeks keseluruhan bagi pelaporan korporat syarikat-syarikat pasaran sedang pesat membangun di dalam kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), badan pengawasan rasuah global.

Menurut kajian baru-baru ini bertajuk "Ketelusan di dalam Pelaporan Korporat: Menilai Multinasional Pasaran Sedang Pesat Membangun", Petronas mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik, kata Petronas dalam satu kenyataan.

Seiring dengan dasar toleransi sifar ke atas rasuah dan sogokan, Petronas hari ini mengadakan forum separuh hari bagi membincangkan, mendapatkan pandangan dan berkongsi perspektif mengenai amalan terbaik di dalam integriti dengan pelbagai pemimpin industri, badan kerajaan dan agensi pencegah rasuah.

Program Sokongan Integriti Korporat Petronas bertemakan “Designing Corruption out of the Business Eco-system”, dianjurkan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia.

Forum itu diadakan bersempena Hari Integriti Nasional tahunan yang akan diadakan pada 5 November, 2013.

Program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. - Bernama

ULASAN GB

Setelah negara dikejutkan bahawa akaun Petronas tidak diaudit semenjak 38 tahun ditubuhkan, tiba-tiba hari ini Petronas mendakwa kononnya Petronas berada di tempat ke5 tertinggi dalam indeks kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International).

Kita tak tahu Transparency International yang mana satu yang dimaksudkan oleh Petronas. Lebih-lebih meragukan (malah melucukan?)apabila Petronas mendabik dada menyatakan mereka "mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik".

Kita cabar Petronas untuk membuktikan kewujudan kajian tersebut, malah badan pengawasan rasuah global itu.

Nampaknya rakyat terus mahu diperbodohkan sekalipun kita kini berada di dunia ipad dan tablet....

Mentaliti pengurusan Petronas saling tak tumpah mentaliti pemimpin UMNO yang sentiasa menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. 
 
Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

BEKAS KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIE TERENGGANU DI HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH KERANA MEMPERTIKAIKAN ARAHAN SULTAN TERENGGANU DAN MENGHINA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU.(MAIDAM) TERENGGANU

Kuala Terengganu: “Saya tidak takut kerana saya menegakkan kebenaran mengikut hukum syarak. Saya hanya takut pada Allah. Maruah saya cuba dijatuhkan kerana menegakkan kebenaran. Tunggu sajalah, kes pun baru berjalan dan belum diputuskan bersalah atau tidak,” kata bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya, 57, yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Ismail yang juga bekas Mufti Negeri berdepan dua pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan mempertikai arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula MAIDAM tahun lalu.

Bagaimanapun, Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina MAIDAM melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, di sini.

Beliau didakwa melakukan penghinaan itu dengan kata-kata “Oleh yang demikian jelas kelihatan usaha MAIDAM mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian.” Bagi pertuduhan kedua pula, Ismail pada tarikh dan tempat sama didakwa mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baru Institut Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu dengan kata-kata “Soalnya adakah hasrat MAIDAM pada masa ini yang mahukan pentadbiran Mahkamah Syariah diletakkan sebagai sebuah jabatan di bawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak seseorang tertentu? “Jika hasrat itu diputuskan atas pandangan seseorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai mana kehendak firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu? Jika musyawarah diadakan, berapa ramaikah ahli yang berkepakaran dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah khususnya dijemput sama? “Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan MAIDAM itu bermaksud mahu mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut hukum syarak mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? “Soalnya, adakah tindakan MAIDAM yang sedang berusaha bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun pada peringkat negeri”.

Kamalruazmi kemudian membenarkan Ismail diikat jamin RM800 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang Ismail melantik peguam.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Cara UMNO BN ganggu Ceramah PAS di Sg Limau....

Ceramah pas di Sg Limau diganggu oleh umno....
http://4.bp.blogspot.com/-N-Z3aGiCjUU/Um8jwrXu77I/AAAAAAAASyk/-SMgtZuL9dk/s1600/2013-10-29_105549.jpghttp://mk-cdn.mkini.net/623/c44d2c28c42bcd4f2c6caa8c8659725f.jpg

Perkara nie dah banyak kali dah berlaku.... sejak zaman PRK dahulu kala lagi.... tapi UMNO masih dok buat juga.... mungkin mereka nie ada lesen besaq.... tapi ingatlah.... jangan anda semua berfikiran kami tak tahu tektik dan akai anda untuk buat provokasi kepada kami....
Bila pas dapat permit berceramah dan akan berceramah di sesuatu tempat maka puak umno mai buat ceramah sama kat depan di seberang jalan sana dan menghalakan speaker ke arah ceramah Pas.... paling lekeh jika tak ada penceramah mereka akan pasang tape atau cd supaya mengganggu ceramah pas.... dan bila lawan kata mengata polis suruh berhenti takut jadi perkelahian.... dan yang bestnya yang ada permit kena berenti dulu.... itu lah kelaku UMNO yang berbangga macam tuuu....

Perkara ini pun berlaku masa penamaan calon tempohari dimana mereka mai letak speaker tepi pagar rumah budi tu yang mana bersebelahan dengan tempat penyokong dan calon Pas berkumpul untuk ke dewan penamaan calon.
Maka dipasang lagu 1Malaysia depa kuat buat sakit telinga para penyokong yang berkumpul disebelah tuuu.... apa tujuan sebenarnya dok buat kelaku macam nie....???
Kepada pihak berkuasa berlaku adillah dalam tugasan anda.... ingat ada malaikat kiri kanan dok catit apa anda lakukan dan Allah akan tanya setiap perkara kita lakukan.... bertugaslah dengan sebaiknya.... Jika dah lulus permit bagi ceramah tak payahlah luluskan kepada satu pihak lagi.... 
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Akhirnya Rakyat Juga Yang Salah!

Kenapa setelah berlaku kematian dan kemusnahan harta benda barulah perkara ini ditimbulkan?
Sekolah pun tidak patut dibina di situ jugalah....
Sape pulak yang bijak meluluskan pembinaan sekolah tu?
'Tak patut tinggal di laluan lepas air empangan Ringlet'
Kenaikan paras air secara mendadak di Tasik Ringlet dalam masa yang singkat pada lewat hari Selasa dan awal Rabu minggu lepas adalah situasi luar biasa bagi Ringlet Reservoir, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.

Beliau berkata hujan lebat pada 22 dan 23 Okt menyebabkan sejumlah besar air mengalir ke Tasik Ringlet bersama-sama sisa pepejal, sampah serta pengelodakan yang terhasil akibat aktiviti pembersihan tanah dan kegiatan pertanian di kawasan hulu sungai.

Sampah-sarap itu menyebabkan Bertam Water Intake, yang menyalurkan air dari Ringlet Reservoir ke terusan Bertam sebelum dialir ke unit penjanaan kuasa bawah tanah, tersumbat.

Kadar pengumpulan pengelodakan dan sedimen yang berlaku mengurangkan keupayaan Ringlet Reservoir menampung jumlah air berkenaan.

tenaga tnb pb 300511 azman mohd, che khalib mohamad noh, mohamed rafique merican"Hasilnya, buat pertama kali dalam sejarah Ringlet Reservoir yang berusia 50 tahun, paras air meningkat pada kadar 1.96 meter sejam, iaitu 13 kali ganda berbanding keadaan pada musim tengkujuh," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, air yang berlebihan terpaksa dilepas secara berperingkat dari Empangan Sultan Abu Bakar bagi mengelak limpahan penuh secara automatik menerusi keempat-empat pintu alur limpah empangan berkenaan, yang akan menyebabkan bencana lebih besar kepada penduduk sekitar Lembah Bertam.

Empat disahkan maut akibat banjir kilat apabila Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands pada 23 Okt.

Insiden itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kereta di kawasan penempatan Lembah Bertam.

Kenyataan itu turut memperjelas bahawa berdasarkan reka bentuk, sesebuah pintu alur limpah merupakan struktur pelindung empangan yang digunakan bagi membolehkan pelepasan terkawal aliran air dari sesebuah empangan ke sungai di kawasan hilir, yang sepatutnya tidak dihuni manusia atau mempunyai sebarang struktur binaan.

Azman berkata memandangkan cabaran faktor luaran ini, yang di luar kawalan TNB, adalah mustahil pihaknya dapat mengeluarkan notis agar penghuni segera mengosongkan laluan pelepasan air itu, selain apa yang dilakukan sebelum ini.

"Meskipun kami boleh dan perlu terus mempertingkat Prosedur Operasi Standard (SOP), berdasarkan apa yang berlaku, kami secara serius meragui sama ada sebarang SOP akan berkesan bagi mengelak bencana sedemikian," katanya.

Azman berkata tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tinggal di kawasan laluan pelepasan air empangan berkenaan kerana elemen cuaca ditambah dengan aktiviti pembangunan, mempunyai unsur ketidaktentuan dalam situasi seperti ini.

"Kami terus memantau keadaan dan mencatat peningkatan paras air pada kadar 1.2 meter sejam dari pukul 4 petang hingga 6 petang semalam. Jika aliran air ke pusat janakuasa tersumbat secara tiba-tiba, ia mungkin mencetus satu lagi bencana.

"Penduduk di kawasan terbabit belum mahu berganjak manakala aktiviti pembangunan yang menyebabkan kawasan tadahan Bertam kehilangan keupayaannya menampung air, terus dipergiat," katanya.

"Kami tidak fikir sesiapapun boleh menjamin keselamatan penduduk terbabit berdasarkan situasi semasa, justeru, mereka harus diselamatkan dengan cara mengosongkan kawasan berkenaan," katanya.
 
Sumber Berita Dari Blog Mountdweller

KUALA LUMPUR: Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah.

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar’iah di negara itu.

Menurut kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar’iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.

“Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni’mat di dunia dan akhirat,” tambah kenyataan itu.

Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta’zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00.

Sumber Berita Dari Harakahdaily
Bantuan orang miskin, kurang upaya dipotong diam-diam

Pemotongan peruntukkan untuk orang miskin, kurang upaya dan warga emas dalam belanjawan 2014 menunjukkan rasa tidak hormat kepada yang memerlukan, kata anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

NONEWakil rakyat PKR itu berkata, berbanding dengan Belanjawan 2013, menunjukkan pemotongan terhadap peruntukan golongan itu.

Sebagai contoh, kata Surendran, bawah bantuan sosio-ekonomi, RM309.26 juta diperuntukkan kepada golongan kurang upaya pada tahun depan kurang RM6 juta berbanding 2013.

"Dengan peningkatan harga dan faktor inflasi, kenapa kurangkan bantuan ekonomi kepada orang kurang upaya?" katanya dalam kenyataan.

Surendran sambil menyifatkan terdapat ketidakjujuran dalam pembentangan belanjawan Jumaat lepas.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

GST.... DSAI BERJANJI BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN LAWAN HABIS-HABISAN SAMPAI GST DIMANSUHKAN....!!!


KUALA LUMPUR -
PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban.

"Pelaksanaan GST.... kami akan turun membantah di seluruh negara...."

"Ini jenayah.... kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, PR mengulangi pendirian tempoh untuk melaksanakan GST masih belum sesuai sehingga rakyat mencapai pendapatan di tahap memuaskan.

"Kami berpendirian bahawa GST masih belum boleh dilaksanakan dan perlu terus dikaji sehingga pendapatan rakyat berada pada satu tahap yang memuaskan, kutipan cukai pendapatan diperbaiki seluruhnya dan sehingga kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang lebih memberangsangkan," katanya.

Jumaat lalu, bagi meningkatkan pendapatan negara dan menuju negara berpendapatan tinggi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan GST yang akan bermula pada April 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, GST sesuai dilaksanakan ekoran kedudukan inflasi negara berada di paras rendah.

Dalam pada itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan GST akan terus meningkat daripada enam peratus kepada lapan peratus pada 2016.

"Lazimnya kerajaan yang melaksanakan GST akan menaikkan kadar GST di masa hadapan kerana cukai ini adalah antara yang paling mudah dikenakan."

"Perlaksanaan GST akan merangsangkan kerajaan yang boros ini untuk menaikkan kadar GST tatkala kesempitan," katanya lagi.

INI BARU PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.... BANGKIT LAWAN KERAJAAN YANG MENCENGKAM CEKIK DARAH RAKYAT.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

[VIDEO] Bekas Pegawai Tentera, Bukan Ikhwanul Muslimin Yang Bom Kereta Menteri Mesir


Kaherah - Kumpulan militan Al-Qaeda mendedahkan, identiti individu pengebom nekad yang cuba membunuh Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara adalah seorang bekas pegawai tentera negara itu.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video menggunakan nama kumpulan militan Ansar Jerusalem, memaparkan seorang individu merancang untuk mengebom kenderaan Mohammed Ibrahim di Kaherah pada 5 September lalu.

Video turut memaparkan, bekas pegawai tentera dikenali sebagai Waleed Badr dilihat memakai seragam tentera sambil mengutuk keras beberapa pegawai kanan tentera Mesir.

Selain itu, Waleed Badr juga dikatakan mengkritik Ikhwanul Muslimin (IM) dan kumpulan gerakan Islam lain.


“Demokrasi, ideologi Al-Qaeda, dan undang-undang Syariah hanya boleh dicapai melalui jihad,” katanya dalam rakaman video tersebut dipetik oleh Al Arabiyah.

Beliau yang juga bekas anggota militan Afghanistan pernah dipenjara setahun selepas ditahan di Iran dan kini, dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Pendedahan video itu juga sekali gus menolak tuduhan kerajaan sementara yang selama ini melabelkan IM sebagai pengganas.


Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya.... Bukankah itu sebenarnya tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggungjawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI  (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)  dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Jangan besarkan isu korban di sekolah, kata ahli Parlimen BN

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Isu menjalankan ibadah korban di sekolah tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana ia termasuk dalam amalan fekah yang dipelajari di sekolah, kata ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Shahabudin Yahya.

Kenyataan itu dikeluarkan Shahabudin ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini dalam sesi perbahasan Bajet 2014 selepas ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran membangkitkan perkara itu dalam ucapan perbahasannya.

"Ia adalah sebahagian daripada subjek dan korban dalam subjek agama Islam. Ia diajar di sekolah-sekolah termasuk dalam subjek fekah," kata Shahabudin ketika mencelah ucapan perbahasan Kulasegaran.

Isu penyembelihan lembu di sebuah sekolah ketika sambutan Aidiladha lalu menjadi perhatian apabila ibu bapa kepada pelajar membantah tindakan berkenaan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bagaimanapun melihat isu itu tidak menimbulkan sebarang masalah, dan ibadah berkenaan boleh dijalankan di sekolah yang mempunyai majoriti penganut Islam.

"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah."

"Namun, setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," katanya dalam laman Facebook miliknya.

Shahabudin turut berkata aktiviti korban berkenaan juga tidak melibatkan pelajar bukan Islam.

"Isu penyembelihan di kawasan sekolah itu bukan dibuat di hadapan pelajar bukan Islam. Mereka tak terlibat dan tak dijemput pun untuk ke majlis berkenaan."

"Ia adalah program eksklusif. Jadi tidak timbul isu sentimen kecil hati," katanya.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

Cara Rasulullah makan kurma

Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:

1 . Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343

Imam ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah (keju) dapat berfungsi melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan mempercepatkan pertumbuhan gigi.

2. Mencampur dengan timun , HR. Muslim no.2043 , HR. Bukhari no.5440 .

Rasa panas yang ada pada kurma dapat mengimbangi rasa sejuk pada timun, kerana timun sukar untuk dicernakan, sejuk dan kadang kala berbahaya. Sungguh ia suatu pelajaran yang agung dari Rasul kita.

3. Memakan kurma dengan tembikai , HR. Abu Dawud no. 3836 .

Menganjurkan berbuka puasa dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada dengan meminum air seteguk demi seteguk. HR Abu Dawud no.2356 .

Hadis ini mengandungi hikmah agung dari sudut kesihatan, yang diperlukan oleh orang yang berpuasa adalah zat gula yang mudah diserap oleh darah, perut dan usus. Zat gula (glukosa dan fruktosa) memerlukan masa 5-10 minit untuk diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu tersebut dapat digunakan sementara untuk mengerjakan solat maghrib.

4. Melarang memakan kurma bagi orang yang baru sembuh dari sakit, HR. Abu Dawud no.3856 .

5. Boleh memakan kurma walaupun sakit mata, HR. Ibnu Majah no.3343.

6. Memerintahkan jangan membuang kurma yang di dalamnya terdapat ulat, namun membersihkannya, HR. Abu Dawud no.3832.

(Dikutip dari tulisan Zaki R)

Memakan 7 buah kurma dapat dielak diracun dan sihir.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqash, dari Nabi Shallallahu' Alaihi wa Sallam beliau bersabda "Barangsiapa mengambil kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir."

Ajwah merupakan salah satu jenis kurma yang berasal dari Madinah, dikenali sebagai kurma Hijaz yang terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya yang baik, padat dan agak keras, namun termasuk kurma yang paling lazat harum dan empuk. Biasanya kalau anda kunjungi ke pasar yang menjual kurma, harga kurma tersebut antara yang paling tinggi diantara yang lain. 

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa

Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah.
Sejarah telah membuktikan hanya bilis-bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung-jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan. Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakannya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman.
Rupa-rupanya tiada peruntukkan undang-undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kenyataan itu berbunyi: “....dengan adanya undang-undang baru itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada rakyat”.
Sah undang-undang SPRM sebelum ini tidak cukup peruntukkannya untuk mendakwa dan menghukum jerung-jerung yang terbabit dengan rasuah.
Dan sahlah undang-undang lama hanya diperuntukkan untuk mendakwa dan menghukum bilis-bilis sahaja punca munculnya ketidakpuasan hati rakyat berterusan.
Oleh itu, kita hendak tengok siapakah jerung yang akan didakwa dan dihukum dek adanya undang-undang baru sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad tempoh hari.
Maka sama-samalah kita tunggu siapakah jerung pertama yang akan didakwa dan dihukum kerana Laporan Audit Negara terang-terangan menyatakan sejak dulu lagi ada individu jerung yang terbabit dengan rasuah tetapi tidak pernah didakwa dan dihukum.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie