TASEK GELUGOR: Pulau Pinang mengalu-alukan ilmu yang ada dalam dada pelajar Mesir untuk membantu negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju dan dinamik apabila kembali ke tanahair kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man berkata demikian semasa berucap pada majlis jamuan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua petang semalam.

Kepulangan mereka nanti, ujarnya menjadi harapan kakitangan khususnya di MAINPP kerana dapat mengganti generasi lama yang bakal pencen.

"Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya.

Generasi lama katanya, telah lumat dengan tribulasi, mehnah dan seumpamanya maka generasi muda yang kembali ke tanah air berpeluang memikul tanggungjawab bersama bagi merealisasikan apa yang masih belum dilaksanakan.

Katanya, pemergian Ustaz Ridwan Abdul Wahab sukar dicari ganti yang sememangnya baik ketika menguruskan pelajar ke Mesir atau kebajikan mereka di sana.

Sekarang, kata beliau tempatnya diganti oleh Ustaz Mohd Loqman Nur Hakim.

Pengalaman dan ilmu yang ada, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, amat diperlukan untuk menambah baik keperluan pentadbiran yang ada supaya kepulangan pelajar tidak sia-sia.

"Apa yang ada seperti pengalaman boleh memperbaiki mana yang janggal agar pentadbiran agama Islam terus kental. MAINPP akan membantu mereka yang berhasrat kembali ke tanah air untuk bertugas merealisasikan impian kerajaan negeri dan MAINPP," tegasnya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment