Tian Chua gagal ketepikan perbicaraan kes Lahad Datu

Tian Chua kelihatan di luar mahkamah ketika hadir mendengar keputusan permohonan kesnya berhubung kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 September, 2013. 
 Tian Chua kelihatan di luar mahkamah ketika hadir mendengar keputusan permohonan kesnya berhubung kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 September, 2013.
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan tuduhan menghasut terhadap dirinya kerana membuat kenyataan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah ketika menolak permohonan Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata, dakwaan terhadap ahli Parlimen Batu itu tidak salah daripada segi undang-undang.

“Menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kata-katanya merujuk kepada kerajaan, bukan hanya Umno sebagai sebuah parti politik, dan jelas ia adalah perkara yang perlu dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Amelia dalam keputusannya berkata, Tian Chua juga berhujah Akta Hasutan tidak sewajarnya digunakan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Peguam pemohon mengatakan pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan, tetapi sebelum akta tersebut dimansuhkan, ia kekal dan boleh digunakan,” katanya merujuk kepada pengumuman Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment