PUTRAJAYA: Hari ini genap 90 hari penduduk Taman Permata Dengkil tinggal di khemah kerana rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Selangor pada 1998 tidak lagi selamat untuk dihuni.

Pada 20 Ogos lalu, penduduk telah berkumpul di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menuntut satu penyelesaian segera daripada pihak kerajaan persekutuan.

Sebelum ini, mereka juga pernah mengadakan protes di hadapan pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Protes tersebut kemudian membawa kepada pertemuan wakil penduduk dengan pegawai KPKT.

Satu mesyuarat diadakan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusoff Ghazali.

Menurut NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), apa yang menghairankan, KPKT seperti tidak mempunyai sebarang laporan tentang keadaan bangunan sekarang.

Lebih mengecewakan apabila KPKT mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mendapat jawapan terhadap surat yang dihantarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 4 Julai yang lalu.

Sehingga hari ini, tiada maklumat lanjut dan sebarang penyelesaian dari Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, penduduk akan membuat satu siding akhbar di khemah mereka jam 4 petang esok untuk memberitahu perkembangan terkini dalam isu tersebut.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment