RAKAMAN GAMBAR TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGHERDIK AHLI PARLIMEN PKR/PR KUANTAN, YB HAJJAH FUZIAH SALLEH DI LOBI PARLIMEN

Rakaman gambar di lobi parlimen menunjukan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed mengherdik Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan, YB Hajjah Fuziah Salleh.

Apakah begini gelagat dan perangai pemimpin BN....? Tidak mampu berdebat terus herdik. Adakah dia ingat dengan cara mengherdik itu dia kelihatan menang dalam situasi sebegini?

Konfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen Pakatan Rakyat, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.

Abu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.

Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jeritan antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment