RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR, SETIAUSAHA AGUNG PSM DAN 11 LAIN DITAHAN PIHAK POLIS KERANA DIKATAKAN BERHIMPUN BAGI MENYEKAT PEMAJU ROBOHKAN KG HAKKA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN....!!!


Arutchelvan, 11 lagi ditahan di Mantin

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pemaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.

Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.

Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.

Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.

Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.

Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kampung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment