GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob untuk memberikan peruntukan kepada pembangkang.

Ini kerana Adnan pernah menegaskan sebelum ini bahawa Kerajaan BN Pahang akan memberikan peruntukan pada pembangkang negeri itu sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu melaksanakanya.

Lim berkata, tetapi sampai sekarang Adnan tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengikut langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaliknya membisu sahaja.

"Adakah Datuk Seri Adnan Yaacob menjadi seorang yang amanah yang memenuhi janjinya untuk memberikan peruntukan kepada pembangkang di sana atau masih dengan perangai Umno yang memecah belah, menyemai kebencian rakyat dengan menafikan hak pengundi Pahang?" tanya beliau.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, masanya telah tiba untuk mengamalkan politik baru yang mengangkat nilai kebersamaan dengan menghormati pilihan pengundi dan bukannya politik lama yang mengabaikan dan menghukum pengundi yang memilih pembangkang.

“Inilah perbezaan antara perdamaian nasional Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional terhadap 51 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat sewaktu Pilihan raya Umum ke-13 lalu,” ujarnya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment