PKR Sarawak sokong semak semula perjanjian Malaysia

PKR Sarawak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendengar cadangan untuk menyemak semula perjanjian Malaysia dan kesemua janji yang diberi kepada Sabah dan Sarawak.

NONE"Najib patut dengar kepada nasihat pemimpin Umno," kata ketua PKR negeri Baru Bian (kiri) kepada Malaysiakini, merujuk kepada cadangan veteran Umno Tengku Razaleigh Umno.

Pembangkang Sabah dan Sarawak selama ini menuduh kerajaan Pusat bukan hanya gagal memenuhi perjanjian itu, tetapi melayan Sabah dan Sarawak sebagai negeri dan tidak sama seperti semenanjung.

Razaleigh mencadangkan supaya perjanjian Malaysia 18 Perkara Sarawak dan 20 Perkara Sabah harus disemak semula dan negeri di Borneo itu harus dianggap sama dengan semenanjung.

Kenyataan di anggota Parlimen Gua Musang, yang turut dimuatkan ke Facebook itu mencetuskan reaksi memberangsangkan rakyat negeri bumi Kenyalang itu.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment