PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL BERGOLAK KENCANG....!!! HABIS SEMUA YANG MENENTANG DITENDANG....!!!


Setelah memecat Setiausaha Agongnya, kini Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) salah satu rakan komponen UMNO dalam BN telah bertindak mengantung tugas Timbalannya dan pecat semua Ahli Jawatan Kuasa yang memihak kepada Setia Usaha Agung LDP.
 
Ini berikutan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong sedang menghadapi pemberontakan dalam parti selepas timbalannya Datuk Chin Su Phin menyokong Setiausaha Agung yang dipecat Datuk Teo Chee Kang untuk bertanding jawatan tertinggi parti.

Chin, Ketua LDP bahagian Api Api berkata bahagian Api Api dan Moyog telah mengesahkan Teo, telah menerima pencalonan dari 16 daripada 29 bahagian parti untuk bertanding jawatan presiden.

Inilah demokrasi komponen BN.... siapa yang menentang akan ditendang.... mana-mana suara dan pandangan songsang akan dipecat.

Tiada ruang dan peluang bagi ahli parti bertanding jawatan tertinggi parti.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment