Mat Sabu diberi penghormatan rasmi forum Institut Integriti Malaysia 

Mohamad Sabu (gambar) diberi penghormatan merasmikan Forum Pengukuhan Integriti Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini.

Timbalan Presiden PAS itu dijadualkan memberi ucap utama di program yang turut membariskan Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hajah Sutinah Haji Sutan; Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Ketika dihubungi petang semalam, Mat Sabu berkata beliau amat berbesar hati diberi penghormatan untuk merasmikan kursus itu.
Bagi Mohamad, gerakan Islam masa kini kurang memberi perhatian pada soal integriti.

"Mereka tumpu Fiqah semata-mata,” katanya yang turut kenali sebagai Mat Sabu ketika ditanya harapan beliau terhadap program ini.

Bertempat di Ruemz Hotel, Subang Jaya, program anjuran bersama IIM dan Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi PAS akan bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengahari Sabtu ini.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment