LAGI POLISI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR YANG MENZALIMI RAKYAT....??? KALI INI GILIRAN GURU KAFA PULA....!!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.

“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini."

“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.

Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.

Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.

Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.

LEPAS SATU SATULAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BUAT ZALIM DAN ANIAYA RAKYAT.... NAMPAKNYA NOH OMAR AKAN MENGAMUK NAIK MINYAK SEBAB DAH TAK DE MODAL NAK BALUN KERAJAAN PR SELANGOR.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment