Ku Nan Tak Layak Jadi Menteri Sebab Kejam Kata Ketua Pemuda MIC

Dah kena tangkap baru dia sedar yang Menteri lantikan Najib ini langsung tak layak jadi Menteri.... baru dia sedar yang Menteri dari UMNO ni kejam....

Kalau tak kerana ditangkap Polis.... mungkin dia masih selesa bekerjasama dengan UMNO....

Tak layak menjadi Menteri katanya sedangkan pada 20 Oktober 2012 iaitu sebelum PRU13 Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md Ikshan, berkata DBKL sudah menarik balik notis mengosongkan dan meroboh kuil itu.

Bagaimanapun, hari ini setelah BN memenangi PRU13 dan masih menguasai Putrajaya.... DBKL dengan pemantauan polis mengambil tindakan sebaliknya, apabila mula merobohkan kuil yang terletak di segi tiga emas ibu kota itu.

Kenapa sekarang baru Ketua Pemuda MIC nak bising....?

Adakah beliau benar-benar marah dengan tindakan DBKL itu atau cuba nak menonjolkan dirinya sebagai hero?

Ya lah.... hari ini dia bantah.... esok DBKL mungkin akan umumkan akan hentikan dan kaji semula tindakannya itu.... maka jadi Hero lah dia....

Tapi pemimpin UMNO peduli apa.... asalkan menguntungkan mereka atau kroni mereka apa pun mereka sanggup lakukan....

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang ditahan polis hari ini kerana membantah perobohan kuil hindu di jalan P Ramlee menuntut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan.

Katanya Tengku Adnan langsung tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar apabila membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina dinding dalam kuil tersebut sekaligus merobohkan tempat sembayang kaum itu.

"Kita mahu (Tengku Adnan) letak jawatan, beliau langsung tidak layak jadi menteri, beliau seorang yang kejam kerana tidak mengendahkan permintaan kaum India untuk tidak menyentuh kuil ini dia tidak hormat kepada kita," katanya kepada pemberita sebaik saja beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

Ketua Pemuda MIC itu juga turut meluahkan kekesalan kerana insiden ini berlaku selepas negara menyambut kemerdekaan dan berbeza dengan apa yang diseru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan "1 Malaysia."‎

Pagi tadi, keadaan di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee yang terletak di ibu negara bertukar kecoh apabila DBKL dilaporkan cuba merobohkan kuil tersebut.

Bagaimanapun salah faham tersebut dijelaskan oleh pegawai khas Tengku Adnan yang berkata DBKL cuma ingin membina tembok bagi memberi laluan kerja pembinaan di bangunan Hap Seng.

Menurut Ramakrishnan, kerja pembinaan bangunan Hap Seng membabitkan keluasan lapan kaki dalam kawasan kuil yang dibina atas tanah kerajaan itu.

Keadaan bertukar tegang apabila pegawai khas Tengku Adnan itu gagal mengemukakan notis selain pembinaan tembok atau dinding turut menyebabkan tempat sembayang kuil tersebut dirobohkan ~ The Malaysian Insider
Sumber Berita Dari Blog Selatan Online

No comments:

Post a Comment