KETAHUILAH HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA LEBUHRAYA....!!!


Maklumat penting  Jika Berlaku Kemalangan disebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain, apa sahaja.

Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek-objek yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain-lain lagi.

Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan.... Tahukah anda.... kita boleh tuntut dengan pihak PLUS, kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:-  

1. Hubungi PLUS RONDA 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)

2. Beritahu lokasi kemalangan dan kemalangan disebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana-mana plaza tol yang berhampiran. Pastikan resit diambil. Sekiranya menggunakan touch n go atau smart tag kena print dari laman web PLUS.

4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak PLUS akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak PLUS akan ambil gambar kenderaan anda sebagai bahan bukti.

5. Buat laporan di balai trafik yang berhampiran atau di kawasan tersebut.

6. Kemukakan tuntutan kepada PLUS berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum di baiki dan selepas di baiki. Walaupun anda tuntut insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.

7. PLUS akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukakan laporan polis beserta gambar sekali.


Jika pihak PLUS berdegil dan enggan  bayar, sila hubungi mana-mana Peguam.... Lebih afdal dan lebih baik, pastikan peguam itu berwibawa berjiwa Pakatan Rakyat.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DISAMPAIKAN OLEH OMAK KAU!!!!

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment