Hentikan peruntukan Permata bawah pimpinan Rosmah

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar menghentikan segera peruntukan dana khas untuk program Permata Negara di bawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, sejumlah RM150 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2013 kepada Permata patut dimansuhkan kerana ia pembaziran wang rakyat.

Dana tersebut katanya lebih berfaedah jika disalurkan kepada program pra-sekolah seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Permata 
“Permata dilihat tidak mempunyai program khusus yang boleh mendatangkan manfaat untuk masa depan anak-anak kita."

“Program dijalankan oleh badan tersebut dilihat sebagai pembaziran wang rakyat, lebih kepada indah khabar dari rupa,” katanya.

Manivanan menjelaskan, berdasarkan laporan Setiausaha Bahagian Permata, Saidatu Akhma Hassan, sebanyak RM53 juta daripada peruntukan itu akan diagihkan untuk Permata.

“RM77 juta pula akan digunakan untuk program kerajaan seperti Kemas dan selebihnya akan dikembalikan kepada kerajaan."

“Sebagai program pendidikan awal kanak-kanak, Permata sepatutnya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan, bukan Jabatan Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau mengulas isu tersebut pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sumber Berita Dari KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment