Gurdial bidas AG kerana anggap tribunal 'aksi publisiti'

Pegawai pengendali Tribunal Rakyat BERSIH, Gurdial Singh Nijar membidas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam kerana menganggap siasatan awam terhadap penyelewengan pilihan raya itu sebagai satu 'aksi publisiti'.

Abdul Gani dilaporkan pada 19 September sebagai berkata bahawa tribunal itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang dan menyifatkan kehadiran dua warga asing dalam panelnya sebagai "campurtangan" dalam hal ehwal Malaysia.

NONEGurdial (kiri) menegaskan bahawa tribunal yang serupa telah ditubuhkan sebelum ini, seperti Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tribunal Russel-Sartre untuk menangani rasa tidak puas hati yang tidak ada orang lain akan mendengarnya.

Beliau berkata, Tribunal Jenayah Perang KL telah ditubuhkan berikutan pencerobohan ke atas Iraq pada 2003, manakala Tribunal Russell- Sartre berhubung jenayah perang yang didakwa berlaku sewaktu Perang Vietnam dan kemudiannya turut mendengar isu-isu yang lain.

Menurutnya, seseorang perlu berbuat sesuatu dan itulah titik tribunal rakyat bagi memenuhi satu keperluan atas inisiatif masyarakat - kadang-kadang di peringkat nasional, kadang-kadang di peringkat global.

Sementara itu, pengerusi panel tersebut, Yash Pal Ghai nampaknya bersetuju dengan Gurdial dan menceritakan pengalaman negaranya, Kenya, ekoran pilihan raya presiden pada 2007.

Yash yang juga seorang profesor undang-undang perlembagaan berkata, keganasan yang tercetus selepas pilihan raya itu dan dakwaan berlaku penipuan, telah mengheret negara itu ke ambang perang saudara sehinggalah bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan dan kumpulan pemimpin Afrika yang terkemuka, membantu memeteraikan satu perjanjian  damai .

azlanAntara lain, ia juga mencadangkan pembentukan beberapa komisen untuk berurusan dengan akibat keganasan etnik, dengan rakyat asing di kalangan ahli-ahlinya.

"Secara umumnya, kami merasakan kehadiran orang-orang ini dalam komisen tersebut, akan ada keadilan dan kesaksamaan, dan saya rasa itu membolehkan kami bergerak ke hadapan dan mempunyai keyakinan dalam proses kritikal pada masa itu di negara kami," katanya.

Yash adalah salah seorang dari luar Malaysia yang menganggota panel tersebut. Yang lain adalah Ramlan Surbakti, yang merupakan bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia.

51 saksi , 78 testimoni bertulis


Sebelum itu, Gurdial telah menghabiskan kira-kira lima jam menyampaikan hujahnya, dengan membentangkan ringkasan keterangan lisan 51 saksi di tribunal itu dan 78 testimoni bertulis dalam  bentuk akuan berkanun.

Antara lain, dakwaan penyelewengan dan salah laku pilihan raya termasuk:
  • Seorang pengundi mendakwa simbol parti PKR tidak ada dalam kertas undi Ijok tetapi sebaliknya mempunyai logo PAS walaupun PKR  bertanding di sana.
  • Penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan partisan.
  • Tuduhan rasuah dan perbelanjaan kempen pilihan raya yang berlebihan.
  • Jumlah yang keluar mengundi melebihi jumlah pengundi di lokasi tertentu di Baram, dengan kehadiran melebihi bilangan pengundi seramai 500 peratus.
  • Persempadanan kawasan pilihanraya yang berat sebelah.
  • Penyelewengan dalam daftar pemilih.
  • Penolakan hampir semua petisyen pilihan raya dari Pakatan Rakyat dan calon BN atas alasan teknikal.
Gurdial berkata beliau telah menjemput semua pihak yang berkepentingan untuk memberi keterangan dalam prosiding tribunal tersebut, tetapi Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan BN, telah menolak jemputan tersebut.

Beliau berhujah bahawa petisyen pilihan raya calon-calon BN dan laporan oleh SPR sepatutnya dibawa kepada tribunal tersebut dan menggesa panel untuk memberikan pertimbangan yang adil.

Berikutan prosiding selama lima hari itu, panel berkenaan mempunyai tempoh tiga bulan untuk menghasilkan satu laporan penemuannya, tetapi Yash berkata panel itu mungkin memerlukan lebih masa.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment