BERITA PALING MENGEMBIRAKAN RAKYAT HASIL TINDAKAN BIJAK PARA PENYOKONG UMNO/BN....!!! HARGA PETROL RON95 BAKAL DINAIKKAN LAGI....!!!

Pagi tadi Omak Kau secara tidak sengaja terdengar berita di corong radio mengatakan yang harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan lagi.

Sebelum ini harga minyak petrol RON95 telah dinaikkan sebanyak 20sen dari RM1.90 menjadi RM2.10 di atas sebab terlalu banyak kes penyeludupan minyak ke negara jiran.

Jadi orang ramai boleh menjangkakan kenaikan harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api di negara ini.

Berita yang dipetik dari Astro Awani juga ada menyebut mengenai kenyataan  Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman bahawa subsidi itu akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan kenaikan harga tersebut.

Antara alasan untuk kaburkan hati dan jiwa rakyat ialah ungkapan-ungkapan berikut kedengaran tadi:-

"Walaupun usaha-usaha kerajaan untuk membantu orang ramai mengurangkan beban mereka melalui subsidi, beliau kesal bahawa terdapat segelintir pihak yang telah mengambil kesempatan daripada mereka".

Dan kenyataan lain juga ada menyebut harga baru masih dianggap murah berbanding negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA DARI LUAR BANDAR, RANCANGAN FELDA, PENDALAMAN, PENGUNDI POS DAN PENGUNDI AWAL.... KERANA ANDA KALIAN KAMI RAKYAT MALAYSIA DAPAT HADIAH TERISTIMEWA DARI KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK.

PILIHAN ANDA MEMANG BIJAK DAN TEPAT....!!!

WE LOVE PM....!!! ....WE LOVE BN....!!!
 
Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment