BENARKAH.... SESIAPA YANG MEMILIKI KAD INI DIKECUALIKAN MEMBAYAR HARGA PETROL RON95 RM2.10 SELITER....???


Sebaik saja Najib Razak mengumumkan kepada dunia bahawa mulai jam 12.01 malam 3hb September 2013 rakyat Malaysia akan dipaksa membayar lebih 20 sen seliter RON95 dan Diesel dari RM1.90 sen seliter menjadi RM2.10sen seliter dan RM1.80 sen seliter menjadi RM2.00 seliter telah mengundang pelbagai reaksi yang kurang senang didengar oleh Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional.

Rata-rata rakyat merungut dan menentang keras akan tindakan Najib yang rakyat anggap sebagai zalim dan menindas rakyat kelas bawahan yang ketika ini pun sedang sesak terhimpit untuk menjalani kehidupan seharian.

Paling tertekan ialah rakyat di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan-rancangan FELDA yang mana, kelompok inilah yang menyokong kuat UMNO dari dulu, kini dan mungkin tidak selamanya.

Warga inilah yang memberi kemenangan kepada UMNO dibawah pimpinan Najib Razak sehingga berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya walaupun dengan jumlah kerusi parlimen yang merosot dan sekadar mampu meraih 47% undi.

Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan.

Kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan rakyat.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan dan memperlekehkan kebijaksanaan rakyat, sedangkan hakikatnya rakyat sebagai pengguna mau tidak mau akan terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.

Jadi pelbagai cara rakyat meluahkan rasa geramnya kepada kerajaan atas tindakan yang dianggap mereka sebagai tidak adil dan tepat pada waktunya.

Ada yang menggunakan secara terus-terang dan lantang menentang.... tak kurang juga secara sindiran dan lawak jenaka tetapi memberi kesan yang cukup menusuk kalbu pada yang kena.

Antaranya ialah rakyat memperli kononnya jika rakyat yang menjadi ahli UMNO dan mempunyai kad seperti diatas maka rakyat itu dikecualikan dari membayar harga yang dinaikkan sebaliknya mendapat diskaun khas sebagai penyokong dan pendokong UMNO yang cukup tegar.

Realitinya semua rakyat tahu.... tidak kira yang menyokong kuat UMNO atau pun pembencinya.... tetap juga menerima tempias peritnya.

Sekadar Omak Kau mengajak para penyokong dan pendokong UMNO merenung kembali sambil mempersoalkan diri mereka.... Adakah berbaloi selama ini memberikan sokongan kepada UMNO sedangkan golongan kamulah yang paling ramai menerima kesannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN.... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK....


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment