Balai raya macam kandang kambing

Jurle Sagayong
 
Permohonan untuk membina balai raya baru telah dibuat tetapi malang sehingga ini tiada respon daripada pihak berkuasa. 

KOTA BELUD: Gambar apa ini? Kandang kambing? Oh tidak, ini merupakan balai raya Kampung Tinata, sebuah kampung terpencil di Kadamaian, Kota Belud.

Seorang pemimpin muda masyarakat di kampung itu, Peter Yanggang, dalam kenyataannya hari ini merayu Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Dahlan, dan pejabat daerah itu memberi perhatian kepada permohonan mereka untuk membina sebuah dewan atau balai raya baru.

“Balairaya kayu di Kampung Tinata ini dibina pada tahun 1990 ketika Kadamaian masih diwakili Datuk Baggai Basirun (kini mendiang). Ia sudah begitu buruk dan tidak selamat digunakan sejak beberapa tahun lalu."

“Kami sudah memohon balairaya baru tetapi malang sungguh sampai sekarang tiada respon positif dari pihak kerajaan. Kami perlu balairaya untuk kegunaan awam seperti juga kampung-kampung yang lain,” kata Peter.

Menurutnya lagi, penduduk kampung tidak faham kenapa mereka diabaikan oleh pemimpin kerajaan sedangkan kerajaan melaung-laungkan pelbagai slogan membela rakyat dan memajukan Kota Belud.

Sumber Berita Dari Blog Dailog Rakyat

No comments:

Post a Comment