ADA YANG TIDAK KENA DENGAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI PDRM DAN ATM SEHINGGA MENGAMIT PENCERAHAN MINDA....!!!


Dari rakaman gambar-gambar yang disedut dari album FB PDRM sendiri.... jelas ada yang tidak kena dengan Majlis Rumah Terbuka PDRM/ATM ini.

1)  Tiada nampak pun kelibat DS Rosmah Mansor.

2)  DS Najib Razak tidak duduk bersama-sama dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung di meja VVVIP sebaliknya tempat beliau diambil alih oleh Tun Mahathir dan isterinya.

3)  Pada awalnya DS Najib Razak nampak turut hadir sama tetapi selepas itu kelihatan ghaib....!!! Rakaman gambar kenangan VVIP dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung sebagai bukti berbicara.

4)  Siapa yang sebenarnya Perdana Menteri Malaysia ni....???

Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada segenap lapisan bangsa dan agama hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ATM dan PDRM Bersama Masyarakat 2013 bertempat di Muzium Diraja (Istana Negara Lama), hari ini.

Rumah terbuka yang kedua kalinya diadakan ini bermula dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Aktiviti bersama ini adalah sebahagian daripada Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang telah dibuktikan keberkesanannya kerjasama antara kedua-dua agensi keselamatan ini.

DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun, mencemar duli turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM dan ATM Bersama Masyarakat.

Majlis yang meriah ini juga turut diserikan dengan persembahan gabungan kombo PDRM dan juga ATM, persembahan tarian klasik, pelbagai juadah untuk semua tetamu dan juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak serta warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut hadir memeriahkan lagi majlis, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan bersama isteri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri, Dif-dif jemputan dan juga duta-duta negara asing.
 
Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment