Salahkan sektor swasta di kala kerajaan sertai TPPA “menghairankan”, kata pembangkang

OLEH DIYANA IBRAHIM

Najib berucap semasa program pelancaran agenda memperkasakan Bumiputera bulan lepas. 
Najib berucap semasa program pelancaran agenda memperkasakan Bumiputera bulan lepas.
Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyalahkan sektor swasta sebagai punca kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibidas pemimpin pembangkang kerana bercanggah dengan pendirian kerajaan yang mahu menyertai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Shah berkata tindakan Abdul Wahid menyalahkan sektor swasta menghairankan kerana objektif TPPA yang mahu disertai kerajaan adalah untuk mewujudkan pasaran perniagaan lebih luas.

"Agak menghairankan dengan kenyataan beliau dibuat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang inginkan liberalisasi dalam sektor ekonomi,” kata Raja Kamarul Bahrin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Katanya, kerajaan seharusnya memperbaiki kelemahan pentadbiran sistem urus daripada menyalahkan pihak lain.

"Contoh terdekat ialah Talent Corp sepatutnya mengumpul tenaga pakar anak tempatan yang belajar di luar negara, akibat daripada ketidakseimbangan, ramai yang menolak. Ini menunjukkan betapa ketidaktelusan integriti negara," katanya.

Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan semalam, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.

Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri telah berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.

"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera diperingkat pengurusan atasan," katanya.

Raja Kamarul Bahrin turut mengatakan dakwaan Abdul Wahid tidak berasas dan kerajaan seharusnya mengakui kelemahan sendiri.

"Setelah gagal hampir 40 tahun dalam melaksanakan DEB maka timbul pula idea kononnya sektor swasta ini banyak menghadkan peluang kaum bumiputera, alasan tersebut langsung tidak relevan," katanya.

Abdul Wahid dalam wawancara bersama akhbar perniagaan itu turut mengatakan program memperkasakan Bumiputera selari dengan MEB memandangkan kumpulan tersebut masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain.

"Dalam konteks ini, jika kamu lihat kepada situasi Bumiputera, walaupun kita lihat penambahbaikan dalam pendapatan, ekuiti dan hakmilik hartanah sepanjang 40 tahun lebih ini, ia masih di bawah sasaran," katanya.

Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan untuk memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.

"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil."

"Daripada segi peluang kerja, sektor awam menyediakan 11% manakala sektor swasta 89%,” katanya.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

Azmin dah mula ‘kempen’ untuk Kerusi Presiden PKR....

Dengan kurang daripada tiga bulan untuk pilihan raya PKR, nampaknya timbalan presiden parti Azmin Ali, telahpun mula berkempen untuk menghadapi pemilihan yang akan datang.

Menurut sumber dalaman parti, sebuah kumpulan yang menyokong Azmin menjadi Presiden PKR telah memulakan program yang dikenali ‘Bertemu Pemimpin Akar Umbi’ bermula di Perak minggu lepas.

Perak mempunyai paling banyak cabang dengan jumlah 24 cabang yang mempunyai ahli antara kira 70,000 hingga 80,000 orang.

Turut kelihatan dalam program jelajah Perak itu ialah Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas (dijangka bertanding jawatan Naib Presiden); Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves (jawatan Ketua AMK); Suhaimi Shafiei, Adun Sri Muda (ahli MPP); Hee Loy Sian, MP Petaling Jaya Selatan (MPP) dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.

Pemimpin-pemimpin cabang di Perak dari Bagan Datoh, Lumut, Parit, Pasir Salak, Beruas, Batu Gajah, Gopeng, Kampar telah kelihatan dalam program tersebut.

Beberapa program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April atau Mei tahun hadapan.

Sebelum ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana ‘Laksana Satu Nyawa’ dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti dan sayap AMK di Lembah Klang.

Pemilihan kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14 tahun yang lalu.

Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar jawatan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, ‘game play’ akan berubah dan ramai ‘orang-Azmin’ dijangka memenangi jawatan-jawatan penting parti bagi ‘menghalang Anwar dari membuat keputusan secara bersendirian’ tanpa terlebih dahulu merujuk kepada keputusan majoriti Biro Politik dan MPP parti.

Dalam apa jua situasi, empat jawatan Naib Presiden dan 20 jawatan MPP akan menyaksi pertembungan hebat kumpulan Azmin dengan kumpulan pro Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar.

Walaubagaimanapun kumpulan pro Nurul lzzah tidaklah se-agresif turun padang berbanding kumpulan Azmin, lantaran hanya banyak berkempen melalui media sosial dan internet dan program-program Anwar.

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

Hubungan pembesar melayu dan pimpinan komunis!

Fakta yang disembunyikan!

oleh: Abu Nawas II

Abu Samah bin Muhamad Kassim adalah seorang putera Sungai Pahang, cicit kepada pahlawan bangsa anti-British, Datuk Bahaman. Beliau menceburkan diri dalam gerakan kemerdekaan sejak selepas Perang Dunia Kedua. Demi mewarisi cita-cita moyangnya, beliau bersama-sama mengangkat senjata melawan penjajah British setelah meletusnya Peristiwa 20 Jun 1948. Di Rejimen ke-10, beliau banyak kali memimpin pertempuran melawan penjajah, pernah dianugerah gelaran “Pahlawan” dan dilantik menjadi anggota badan pimpinan Rejimen ke-10 sejak paruh kedua tahun 1950-an. Sebagai seorang ahli perjuangan dan pemimpin, sejarah beliau dan sumbangannya bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10.
Abu Samah Muhamad Kassim iaitu jawatankuasa Parti Komunis Malaya telah menceritakan bahawa bapa Perdana Menteri kita pernah berlindung di rumahnya dari ancaman Jepun.

Apabila British kalah, Sultan Abu bakar bersama kerabat-kerabat diraja, termasuk Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, berundur dari Pekan dan berlindung di Semantan. 
Sultan Abu Bakar
Pembesar Pahang, seperti Datuk Hussein dan anaknya Tun Abdul Razak (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia), juga berlindung di situ dan tinggal di rumahnya serta rumah saudara-maranya di sana. 

Dengan sebab itulah Abu Samah mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Razak dan ketika beliau pulang ke Malaysia bersama isterinya selepas perdamaian mereka menjadi tetamu kerhormat kepada Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat tidak tahu dan rakyat perlu di beritahu bahawa komunis tidak bahaya, buktinya Perdana Menteri kita dan Sultan Perak sendiri telah meraikan pimpinan Parti Komunis Malaya sebagai tetamu kerhormat mereka.
 
Sumber Berita Dari Blog The Sniper

MAHATHIR SERU AHLI-AHLI UMNO DENGAR PANDANGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SIAPA YANG LAYAK MEMIMPIN UMNO....???


AHLI-AHLI SUDAH HILANG KELAYAKAN WARAS FIKIRAN UNTUK PILIH PARA PEMIMPIN MEREKA.
Nampaknya mantan Presiden UMNO selama 22 tahun langsung tidak yakin akan kemampuan ahli-ahli UMNO berfikir dan menilai siapa yang layak memimpin UMNO untuk tahun 2013 hingga 2016.

Terpaksa merayu agar ahli-ahli UMNO yang bakal mengundi siapa yang layak menjadi pemimpin UMNO agar meminta padangan dan penilaian mereka yang buka ahli UMNO.... Kalau bukan ahli UMNO sudah pasti rakyat yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.

Secara tidak langsung Tun Dr Mahathir ingin memberitahu kepada dunia betapa ahli-ahli UMNO yang ada kini jenis bodoh-bodoh belaka dan tidak macam para ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Jika parti dianggotai oleh rakyat yang cerdik, bijak dan otak geliga.... secara ikut hukum akal logik sudah pasti pemimpin-pemimpinnya jauh lebih bistari bijak pandai.


PELABUHAN KLANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan anggota perwakilan Umno mengambil kira pandangan dan pendapat individu yang bukan dari kalangan parti dalam memilih barisan kepimpinan parti itu bulan depan.

Beliau berkata jika perwakilan hanya melihat kepada kepentingan Umno ketika membuat pemilihan, besar kemungkinan mereka membuat pilihan yang salah.

"Ahli-ahli Umno yang berkuasa tentukan siapa jadi pemimpin, (oleh itu) perlu ambil kira pendapat orang di luar Umno."

"Kalau mereka cuma nampak kepentingan Umno sahaja, besar kemungkinan mereka membuat pilihan salah dan ini mungkin menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelayaran sulung kapal pengangkut kenderaan MV Arca Emerald di Northport hari ini.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Kerajaan Selangor mewujudkan berbagai kempen dan program dalam usaha untuk menangani gejala sosial dalam kalangan rakyat. Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri bercakap mengenai perkara itu. Ikuti wawancara Arif Atan dan Saidah Hairan di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, baru-baru ini.

Harakahdaily: Macam mana SPIES menangani aspek emosi dan sosial?

Dr Halimah:
Emosi dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya.

Itu yang kita cuba tangani dengan menginsankan insan. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan.

Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social).

Operasi SPIES....

Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. Itu sebab kita masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Kelang, Gombak Setia, Selat Klang.

Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Raja dan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES. Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES.

Pembangunan insan boleh tangani gejala sosial?

Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model.
Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut. Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam.
Namun, untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu.

Kita ada buat sedikit kajian ke atas pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya amat mengecewakan. Lebih separuh terbabit dengan aktiviti pornografi, arak termasuk zina.

Saya wujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Buat penjenamaan semula bagi nama, imej baru dengan kita fokus kepada hasil. Kalau kita berjaya menangani gejala sosial lahirlah Generasi Idaman Selangor (GeMS).

Jadi, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti Yayasan Amal dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini, termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan serta Jabatan Pendaftaran sebab berkaitan dengan surat beranak dan tiada IC.

Juga kita bawa masuk Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Penjara. Semua ini kita jemput, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Datuk Bandar. Kita bincang dan dapatkan laporan daripada mereka terbabit. Contohnya, laporan tentang berapa orang terkena penyakit kelamin daripada Jabatan Kesihatan.

Saya juga minta Jabatan Kesihatan pastikan pelajar atau remaja yang hamil luar nikah perlu dijaga sampai dia bersalin. Jangan dia nanti buang anak. Jumpa entah mana bidan. Rosak, pecah rahim dan kena macam-macam penyakit.

Itu telah diterima. Jika tidak dulu ibu yang mengandung luar nikah ini akan ditanya siapa suami. Bila kata begitu, budak ini tak mahu bersalin di hospital. Itu yang buang di mangkuk tandas dan sebagainya.

Bila kita lihat maklum balas termasuk dari PBT (pihak berkuasa tempatan) maknanya dia serbu hotel murah, tempat perjudian, mereka buat kerja masing-masing. Polis kata dia buat itu saja. Yang lain bukan kerja kami. Itu PBT. PBT pula kata itu bukan tugas saya.

Rela pula jawab, "kami hanya buat operasi sekiranya depoh tahanan ada kosong". Saya tanya, "bila masa depoh tu kosong?" Dia jawab, "biasanya, penuh"! Maksudnya, kalau penuh tiadalah operasi walaupun ada aduan orang ramai.

Jadi saya katakan pada agensi dan jabatan terbabit. Kita mesti ada strategi dan berfikir untuk berjaya dalam mengatasi masalah sosial yang berleluasa. Sebabnya, macam kes pengedaran dadah. Penjahat ada strategi dan mahu berjaya demi keuntungan. Sepatutnya, agensi pelaksana kerajaan pun mesti ada cara untuk mencapai matlamat penubuhan organisasi masing-masing.

Motivasi kepada mereka datang dari kerajaan negeri bukan dari Putrajaya?

Macam Kempen Anti Zina, aspek penguatkuasaan ialah fasa ketiga. Tahap awal kita buat dulu ekspedisi dakwah pergi pantai, kompleks tempat remaja berkumpul bagi edaran, nasihatkan remaja ketika lewat malam supaya pulang ke rumah bersama Jais.

Kita ada integrasi di situ, NGO Islam semua turun. Bukan one-off tapi berjadual. Selepas itu, kita buat program pelancaran dengan jabatan kerajaan. Selama ini polis kena bantai saja tapi kita tegur mana yang perlu saja. Yang lebih iktiraf kerja bagus yang mereka buat. Tiupkan semangat bahawa kerja mereja itu sebenarnya berjihad, suatu ibadah.

JAIS pula selama ini tangkap pasangan yang disyaki berkhakwat. Duduk dalam masjid. Bagi tazkirah malam itu saja. Habis itu, habislah. Tidak menyeluruh. Budak itu balik, bulan depan dia buat balik.

Modul Selangor dalam GeMS macam mana?

Modul kita dalam GeMS ialah kita mahu mak ayah ambil tahu dan jiran orang kampung ambil tahu. Sebab kita mahu membudayakan supaya semua jadi baik, ruginya jadi orang tidak baik. itu proses.

Datuk Seri Najib Razak sebut transformasi. Dia baru belajar daripada kita padahal sejak penggal lepas kita sudah praktikkan semangat "mengilmukan rakyat, merakyatkan ilmu. Kita buat Jom Kerja. Dia (BN) pun ikut. Baguslah orang nak ikut cara kita mentadbir dengan baik.

Nampak gayanya apa yang kerajaan pusat buat banyak meniru negeri Sleangor. Tahun lepas misalnya, Putrajaya baru nak ajar 'high order thinking' (HOT) sebab selama ini suruh orang hafal saja. Dah 56 tahun merdeka baru nak ajar orang berfikir.

Pendek kata, Putrajaya memerhati Selangor termasuklah sebelum ini menciplak manifesto Pakatan Rakyat tapi tidak mengapa asalkan akhirnya rakyat dapat manfaat.

Apa harapan Dr?

Model yang Selangor sedang laksanakan ialah kembali kepada asas, fitrah. Kita ini kerap sangat cakap benda yang tinggi-tinggi padahal tapak masih goyang. Itu yang saya kata tadi gejala sosial balik kepada punca. Puncanya orang tidak kenal Tuhan. Hidup tidak bertuhan.

Balik kepada usaha kerajaan negeri Selangor untuk menginsankan rakyat ini. Mengilmukan rakyat untuk macam mana seronoknya hidup bertuhan. Sekolah agama misalnya, kita gunakan peruntukan RM200 juta setahun. Adakah generasi kita itu kenal agamanya sendiri?

Rakyat yang tidak ada ilmu mudah terjerumus kepada masalah sosial. Jadi apa harus kita buat? Merakyatkan ilmu. Jika sebelum ini, ilmu itu ada pada ustaz saja. Ustaz pula tak boleh bagi tazkirah di masjid. Jadi, kita mahu ilmu itu mudah rakyat dapat. Ilmu yang berguna. 'Ilmu' merapu, menipu, pecah rumah mudah dapat.

Jadi, kita mahu melatih rakyat Selangor untuk beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak mahu apabila ilmu hanya ada di otak saja tapi rohani, dalaman tidak mampu memastikan seluruh pancainderanya bertindak secara berilmu.

Sebabnya? Dia telah mengasingkan dan ini dipanggil sekularisme antara agama dengan kehidupan. Proses ini semua memakan masa panjang. Membangunkan insan yang ada roh,akal dan perasaan tidak sama seperti menyiapkan projek bangunan bertingkat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Papagomo Guna 10 Kaki Pukul Halang Bekas Isteri

Kuala Lumpur: “Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal.

Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.

Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.

Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.

“Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka."

“Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu. -1/10/13

“Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya."

“Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya."

“Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula,” katanya.

Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya.

“Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun."

“Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.

“Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

Aku percaya dia tahu dengan cakap-cakap rakyat mengenai diri dia. Ramai orang beranggapan bahawa dia bodoh. Ya, dia ialah menteri yang bodoh. Itu pendapat rakyat. Rakyat tak suka dia. Rakyat mahu dia dipecat dengan kadar segera. Bukan saja rakyat beranggapan bahawa dia bodoh bahkan rakyat juga beranggapan bahawa Ahmad Maslan;

1. Cuba memperbodohkan dan memperlekehkan rakyat dengan statement-statement yang karut lagi mengarut.

2. Berpakat untuk menyusahkan rakyat.

Kat twitter sekejap tadi Ahmad Maslan cakap dia tak la bodoh sangat. Meaning, mengaku juga bodoh walaupun sikit-sikit kot.

He.... he.... he....

Rujuk;

 
" Saya tak la bodoh sangat balbalba...."

Sebelum neh ada survey yang membandingkan Ahmad Maslan dengan Hasan Malek. Ditanya mana satu menteri di anggap bodoh. Nampaknya Ahmad Maslan mendomininasi carta tersebut. Sebelum neh aku pernah menulis. Ahmad Maslan dianggap tidak bijak dalam mengeluarkan statement, tak sesuai dengan status dia sebagai seorang menteri. Ramai yang terkejut masa tue. Mereka sebenarnya tidak tahu pun bahawa Ahmad Maslan tue sebenarnya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bahkan orang ingat dia pegang jawatan dalam UMNO jek sebelum PRU ke 13 hari tue. Mana taknya. Dia lebih banyak gebang pasal UMNO berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Sikap tersebut masih berterusan sampai sekarang.

Ahmad Maslan beria mengatakan dia BODOH SANGAT. Tapi kalau korang baca twitter update dia kat bawah neh boleh ke korang anggap dia betul-betul bukan BODOH SANGAT?


"TANYA PAKAR EKONOMI manapun.... dari universiti mana jua.... apa yang saya sebut kerajaan tidak naikkan harga minyak tapi kurangkan subsidi adalah benar.... " 

- Ahmad Maslan.

Adakah seorang menteri akan bertindak seperti ini jika dia ialah menteri yang bijak? Di pihak kerajaan ia akan dibaca sebagai pengurangan subsidi. Tapi dipihak rakyat ini bermaksud lebihan wang untuk setiap liter.

Jika dulu ialah RM1.90 sekarang ialah RM2.10 jika bukan harga minyak naik, maka itu maksudnya apa? HARGA MINYAK TURUN?

Yang aku heran. Menteri beria-ia mempertahankan istilah bahawa tiada kenaikan harga minyak. Beria-ia nak rakyat berfikir apa yang berlaku adalah pengurangan subsidi. Sedangkan itu penting ke pun sekarang neh?

Adakah dengan beranggapan begitu kerajaan mampu menyekat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain yang terjejas dengan kenaikan harga minyak tersebut?

Adakah kos sara hidup rakyat akan menjadi lebih rendah?

Adakah penggunaan minyak sebulan akan menurun?

Adakah rakyat dapat melakukan penjimatan?

WHY FOCUS on istilah? Zaman Mahathir dulu berlaku juga kenaikan harga minyak. Bezanya Mahathir tak bodoh focus bab istilah. Dia tahu tiada gunanya mengubah persepsi rakyat. Sebab itu dia 22 tahun pegang kedudukan itu. Baik dia focus macam mana nak pastikan kenaikan minyak tersebut tidak akan meminggirkan golongan-golongan tertentu. Tak la aku nak kata apa yang dia buat 100% betul. Tapi dulu aku memang bukan berasal dari keluarga yang kaya raya. Pun begitu sekadar nak makan nasi dengan telur boleh jek. Tapi sekarang nak makan nasi dengan telur pun menakutkan. Walaupun hidup tak sesempit dulu. Tapi harga barang makanan dan keperluan harian terlalunya mahal. Dengan sebahagian besar rakyat Malaysia habiskan duit gaji mereka untuk hutang kereta + makanan jek. Tak fikir ke yang kami pun perlukan rumah sendiri juga?

Dan beria-ia juga Ahmad Maslan korang menerangkan kembali isu penggunaan minyak sebulan bagi golongan yang berbeza pendapatan. Beria-ia juga pertahankan bahawa penggunaan minyak ditentukan dengan pendapatan rakyat Malaysia. Mungkin dia nak kata orang-orang kaya guna minyak lebih sebab kereta besar, orang-orang bergaji bawah rm3k guna minyak sikit sebab berkereta kecil sedangkan penanda aras yang tepat ialah jarak pergi balik sebenarnya. Bukan ditentukan oleh tangga gaji. 

Dengan kesemua statement-statement tak cerdik yang dibuat oleh seorang menteri, adakah kita masih mahu memberikan kepercayaan kepada dia untuk menjawat jawatan tersebut? Jangan main-main oi.... Ahmad Maslan pegang portfolio kementerian kewangan. Orang yang urus dan jaga kewangan negara. Korang boleh percaya ka kat orang macam neh? Aku tak boleh.

Aku nak dia dipecat. Cuba la Najib lantik sikit orang-orang yang lebih berkredibliti dan lebih berwibawa atas jawatan ini. Seseorang yang seriyus, seseorang yang tekun dan benar-benar focus untuk buat kerja dia, bagi membantu rakyat, bukan pongpang-pongpang keluarkan statement-statement mengarut dan sembang kencang bab UMNO no 1.

Kalau kita tak bijak, lebih afdalnya kita lantik orang-orang yang bijak untuk menasihati kita dalam bidang-bidang tertentu. Cukup la Najib tak berapa cekap buat kerja, tapi jangan la perluaskan ia dengan melantik pula orang-orang yang tak cekap seperti ko wahai NAJIB. Maka bertambah-tambah tak cekapnya lahai BN uruskan negara neh. Baik ko bagi jawatan Ahmad Maslan tue pada Saifuddin Abdullah, at least reti la juga lawan nak respect, ini Ahmad Maslan? Buat malu Rakyat Malaysia jek ada dia sebagai seorang menteri. Macam yang cerdik pandai dah pupus habis kat Malaysia neh.

Fikirkan la nasihat aku neh Najib..

Klik sini jika anda bersetuju Ahmad Maslan dipecat dari jawatan menteri. 

Sumber Berita Dari Blog Ameno World

Ahli PAS pula gesa PAS keluar Pakatan....


Ni terjemahan dari New Straits Times.... Saranan supaya Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang bersama Pakatan Rakyat terus mendapat momentum walaupun dicemuh oleh Timbalan Presiden parti itu Mohammad Sabu.

Ahli Pas Cawangan Permatang Binjal Mahzan Zahid mempertahankan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib yang menyeru agar dibuat penilaian semula kerjasama Pas dalam Pakatan berikutan kemerosotan sokongan untuk parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa saranan (bagi Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR ) adalah idea yang kurang baik."

"Harun adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan dihormati oleh ramai orang dalam parti."

"Saranan yang dibuat oleh Harun Taib adalah ikhlas. Apa yang dia mahu lakukan adalah supaya Pas mendapatkan lebih banyak sokongan daripada sekutu dan musuh," kata beliau semalam.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, gagal untuk mengekalkan pengaruh beliau selepas beliau hilang kerusi Parlimen Pendang dalam Pilihan Raya Umum ke-13, memberitahu sebuah portal berita baru-baru ini bahawa saranan untuk Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang sebagai "Satu tindakan Kurang Bijak " (bukan tindakan yang bijak).

Mahzan mendakwa terdapat "sedikit ketegangan" antara Pas dan sekutu pembangkang di beberapa negeri dan semua ini harus dihentikan.

"Sudah tiba masanya Pas (pemimpin) untuk mengkaji idea ini untuk survival politik parti itu."

Keretakan dalam pakatan pembangkang mula kelihatan selepas saranan Harun Taib dua minggu lalu.

Beliau berkata, prinsip Pas telah dikompromi demi menjaga hati rakan kongsi dalam Pakatan menyebabkan prestasi buruk Pas dalam PRU lalu.

Akhir-akhir ini ramai ahli-ahli parti di peringkat cawangan telah menyatakan sokongan terbuka untuk Harun.

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka
DAP: Tunku janji tak guna ISA pada pembangkang

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerajaan berjanji untuk tidak menggunakan ISA ke atas ahli politik dan anggota masyarakat sivil ketika ia digubal pada 1960.

"Ketika mereka gubal ISA pada 1960, Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pada masa itu) berkata (akta tersebut) tidak akan digunakan ke atas ahli politik." Beliau berkata demikian di dewan Parlimen.

“Ia juga untuk ahli politik. Anda boleh lihat perkara itu,” kata Karpal kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata pindaan kontroversi ke atas Akta Pencegahan Jenayah itu tidak akan digunakan ke atas ahli politik pembangkang dan juga anggota masyarakat sivil.

Karpal berkata, walau Tunku berjanji sedemikian, kerajaan menggunakan ISA dengan meluas untuk menahan seteru politik sehinggalah ia dimansuhkan pada 2012.

Karpal sendiri merupakan bekas tahanan ISA.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk mengambil alih lebuh raya daripada syarikat konsensi tol dengan tahap kewangan yang ada sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengakui perkara itu berkata, ini kerana ianya akan menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi terhadap negara.

Menurutnya, pengambilalihan lebuh raya tersebut akan menelan belanja negara sebanyak RM400 bilion.

Jumlah itu pada fikiran kerajaan katanya, lebih utama untuk digunakan untuk membantu rakyat.

Pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat dalam manifestonya menawarkan penghapusan tol secara berperingkat jika berjaya menguasai Putrajaya.

Terdahulu Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) menanyakan adakah kajian dilakukan terhadap pembayaran pampasan yang besar setiap tahun kepada syarikat konsesi.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bertanya sama ada kerajaan bercadang mengambil alih operasi lebuh raya dari syarikat konsesi atau tidak.

Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) juga bertanyakan adakah kerajaan mengenakan penalti kepada syarikat konsesi bila perjalanan di lebuh raya menjadi sesak dan kadang-kadang lebih lambat berbanding jalan biasa.

Menjawab kepada soalan Ustaz Idris itu, timbalan menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Dewan Rakyat gamat pembangkang bangkit Kertas Putih Lahad Datu

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini gamat apabila ahli Parlimen Sepang dari PAS Mohamed Hanipa Maidin (pic) membangkitkan isu Kertas Putih yang dijanjikan kerajaan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pertanyaan daripada Hanipa kemudiannya menerima reaksi negatif daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencetuskan kekecohan sebelum sesi sidang tamat jam 9.45 malam.

"Kita nak tahu bila kerajaan ingin umumkan Kertas Putih Lahad Datu. Antaranya kita dengar mereka-mereka yang menyerang adalah rakyat kita, ada kad pengenalan," kata Hanipa yang kemudiannya ditemplak ahli-ahli Parlimen BN.

"Kalau kerajaan rasa ini bukan rakyat Malaysia bentang Kertas Putih, supaya rakyat tahu. Kalau macam tu tentera yang bunuh rakyat Malaysia, sebab itu kita nak tahu," soalnya kepada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika sesi pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan malam tadi.

Abdul Rahim kemudiannya dilihat mengelak untuk menjawab pertanyaan berkenaan, sebaliknya berkata kes berkenaan sedang dibicarakan dan menjadi subjudis jika ianya dibincangkan di Dewan Rakyat.

"Kes itu sekarang sedang dibicarakan di bawah SOSMA, menjadi subjudis jika kita bangkitkan, bila sudah selesai kita ambil tindakan jika difikirkan perlu," katanya, merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

"Apabila mempersoalkan tindakan mereka (tentera) itu umpama memperlekehkan khidmat mereka kepada negara," kata Abdul Rahim, yang juga ahli Parlimen Kudat.

Jawapan Abdul Rahim itu kemudiannya dibalas oleh ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa yang berkata kerajaan seharus menggunakan logik sebelum menggunakan istilah subjudis berkenaan.

"Kalau kita ambil logik, kerajaan takkan buat apa-apa, kalau kita pakai hujah subjudis, benda ini akan berlanjutan."

"Saya tanya pada menteri, kita kena pakai logik pada hujah itu, bila kita akan dapat dengar tentang Kertas Putih ini."

"Kita kena faham apa prinsip subjudis. Kita takkan ganggu apa yang berlaku di mahkamah. Jadi ia tiada kena mengena dengan subjudis," kata Sivarasa.

"Ia baik untuk kerajaan dan rakyat," tambahnya.

Pertanyaan Sivarasa itu kemudiannya dijawab oleh Abdul Rahim, dan berkata, "Ia bergantung kepada nasihat oleh Peguam Negara."

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

JANGAN NAK MIMPI BERITA INI AKAN DIHEBOHKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM....!!! 400 MASYARAKAT MELAYU/ISLAM PULAU PINANG MENERIMA BANTUAN PERMULAAN KE IPT DARI KERAJAAN NEGERI DAP/PR PULAU PINANG....!!!


Zalim sungguh Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng.... Anti Melayu dan menindas Islam sungguh....!!!!! Kalau tengok pada rakaman gambar-gambar di atas boleh menyirap darah dibuatnya....???

30 September, Butterworth : Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi telah dirasmikan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Haji Mohd Salleh bin Man.

Seramai 400 penerima bantuan ke IPT telah dijemput untuk hadir dan sebanyak RM314,000.00 turut diagihkan dalam majlis ini.

Keseluruhannya sehingga kini, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan sebanyak RM2.3 juta untuk bantuan permulaan ke IPT.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau sebelum pengumuman Bajet 2014 pada 25 Oktober nanti.

Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan agar tidak berlaku penyalahgunaan bajet tersebut untuk mempengaruhi pengundi.

"Kita dimaklumkan dengan kematian bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan PRK akan diadakan dalam tempoh enam puluh hari."

"Apa yang ingin saya tekankan adalah agar SPR yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini mengambil keputusan menetapkan tarikh PRK sebelum bajet diumumkan."

"Ini bagi memastikan pengumuman yang dibuat pada bajet tersebut tidak mempengaruhi pengundi," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mahfuz tidak menolak bajet kali ini akan memperlihatkan pemberian tunai kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat mempengaruhi secara langsung kepada pengundi.

"Kita tidak mahu pengumuman pemberian tunai seperti BR1M atau pun lain-lain bantuan yang akan menjadi pengaruhi kepada pengundi."

"Kita mahu PRK kali ini berlaku dalam keadaan seimbang bukannya melalui pengaruh belanjawan yang pasti mempunyai sesuatu untuk menarik pengundi."

"SPR perlu bertegas membuat keputusan agar ia diadakan sebelum bajet, tetapi jika PRK diputuskan selepas Bajet 2014, ini membuktikan SPR bersekongkol untuk memastikan kemenangan BN," sambung beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, beliau turut merasakan mengadakan PRK sebelum bajet, SPR juga perlu mengelakkan berlaku gangguan kepada pemilihan Umno dan Muktamar PAS yang telah tertangguh sebelum ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berharap SPR dan kerajaan mengambil kira kos perbelanjaan PRK kali ini dan tidak mengulangi apa yang berlaku pada PRK Kuala Besut.

Katanya, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak polis melebihi RM8 juta dan nisbah setiap anggota polis dengan jumlah pengundi adalah tidak munasabah.

"Kerajaan dan SPR perlu elak pembaziran pada PRK kali ini, pada PRK Kuala Besut kita melihat pembaziran yang ketara dengan kos yang cukup besar."

"Ini akan memberi sedikit ketidakselesaan kepada pengundi, saya harap ia tidak akan berulang lagi. Perbelanjaan yang berhemat perlu dilakukan," kata beliau.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Protokol Zionis ditulis di rumah Rothschild tahun 1773

Protocol of Zions (Protokol Zionis) merupakan salah satu dokumen yang paling kontroversi di dunia. Ramai yang menganggap Protokol merupakan sebuah dokumen palsu yang sengaja di buat-buat demi menguntungkan kumpulan anti Semitik, pandangan ini diwakili oleh kaum Zionis-Yahudi dan para pendukungnya.

Dalam bukunya The International Jew (1976), Henry Ford menyatakan, "Jika saya ditanya tentang keaslian Protokol Zionis, maka saya tidak akan terlibat ke dalam perdebatan yang panjang itu. Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan berkenaan dengannya adalah semua kejadian yang ada di dunia ini selaras dengannya...."
Salah sebuah Rumah Rothschild 
Namun sebaliknya, banyak pula yang menganggap Protokol Zionis ini adalah asli dan boleh dipercayai. Pandangan ini kebanyakannya oleh Dunia Islam dan sejumlah tokoh kemanusiaan di Barat. Bahkan tokoh berkaliber Henry Ford juga termasuk ke dalam kelompok ini.

Selain kemunculanya yang selalu menimbulkan polemik berpanjangan, Protokol Zionis juga dilihat sebagai satu dokumen rahsia yang muncul dalam Kongres Zionis Antarabangsa Pertama yang diadakan di Bassel Swiss pada tahun 1897.
Keluarga Rothschild berkurun menjadi barua kepada "tangan ghaib"
Pandangan ini diambil dari fakta di dalam kongres yang dipimpin Theodore Hertzl tersebut, Protokol Zionis memang disahkan menjadi satu agenda bersama gerakan Zionis Antarabangsa dalam menguasai dunia.

Selepas kongres Zionis pertama tersebut, Palestin akhirnya jatuh ke tangan Zionis setelah Balfour menulis suratnya yang terkenal (1917). Palestin ketika itu masih berada di bawah kekuasaan Kekhalifahan Turki Utsmaniyah dan Inggeris sama sekali tidak mempunyai hak sejengkal pun keatas tanah Palestin. Setelah Zionis berjaya meruntuhkan kekhalifahan Turki Utsmaniyah pada 3 Mac 1924, barulah Palestin jatuh ke tangan kumpulan Zionis ini. Perang Dunia I dan II juga diyakini merupakan hasil konspirasi mereka.

Pandangan ini ternyata keliru. Benar bahawa kejatuhan kekhalifahan Turki Utsmaniyah, Perang Dunia I dan II serta sejumlah peristiwa besar dunia adalah merupakan buah tangan dari konspirasi mereka. Namun Protokol Zionis sebenarnya tidak dibentangkan di dalam Kongres Zionis Antarabangsa di Switzerland tahun 1897 tersebut. Protokol Zionis telah muncul lebih lama sebelum Hertzl menjadi tokoh berpengaruh di dalam gerakan Zionis Antarabangsa. Sejarahnya bermula dari Dinasti Rothschild di Eropah abad pertengahan.

*Sebahagian artikel diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com 
Untuk memahami sejarah dunia moden, anda patut bermula dengan Rothschild- Detik Islam 

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR, SETIAUSAHA AGUNG PSM DAN 11 LAIN DITAHAN PIHAK POLIS KERANA DIKATAKAN BERHIMPUN BAGI MENYEKAT PEMAJU ROBOHKAN KG HAKKA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN....!!!


Arutchelvan, 11 lagi ditahan di Mantin

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pemaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.

Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.

Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.

Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.

Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.

Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kampung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melantik Keith Collins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vestigo Petroleum dilihat sebagai menafikan hak keistimewaan anak-anak tempatan yang berpengalaman memegang jawatan tersebut.

Petronas dalam pengumuman sebelum ini melantik Keith Collins sebagai CEO yang akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2013.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keputusan tersebut sebagai menghina dan baginya negara ini mempunyai mereka yang berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut.

"Saya melihat keputusan kerajaan melantik Keith Collins sebagai CEO sebagai menafikan serta menghina anak-anak tempatan yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini."

"Kita mempunyai ramai mereka yang berpengalaman dalam bidang petroleum terutamanya yang bekerja di dalam Petronas yang memegang jawatan kanan di syarikat tersebut ataupun berada di luar negara."

"Kenapa kerajaan tidak melantik mereka, sebaliknya memilih individu yang bukan rakyat Malaysia memegang jawatan CEO di dalam Vestigo, adakah anak-anak tempatan tidak layak atau kerajaan tidak yakin dengan mereka," soal beliau pada sidang media di lobi Parlimen.

Mahfuz yang menegaskan sepatutnya kerajaan membuat penilaian yang khusus dalam perlantikan tersebut sebagai usaha menaikkan anak-anak Malaysia.

Malah katanya lagi, walaupun lantikan tersebut berkuatkuasa esok (1 Oktober) namun ia masih belum terlambat untuk membuat keputusan.

"Seharusnya dipertimbangkan semula keputusan tersebut, tidak ada masalah untuk memperbetulkannya."

"Hak anak tempatan perlu diutamakan, Keith bukannya warganegara ini. Pertimbangkan semula walaupun beliau akan memulakan tugas esok," sambung beliau.

Naib Presiden PAS itu juga turut melihat kewujudan Vestigo sebagai persaing kepada syarikat-syarikat di Malaysia.

Tambah beliau, sepatutnya Petronas Carigali Sdn Bhd membantu syarikat-syarikat tempatan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan 'marginal field' terutamanya melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang mempunyai minyak dipengairannya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Perbezaan antara agama Islam dengan agama Syiah

Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya.
1. Pembawa Agama Islam adalah Muhammad Rasulullah. 

Pembawa Agama Syiah adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' Al Himyari. [ Majmu 'Fatawa , 4/ 435 ]

2. Rukun Islam menurut agama Islam : 1. Dua Syahadat 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji [HR Muslim no. 1 daripada Ibnu Umar ] 

Rukun Islam ala agama Syiah : 1. Solat 2 . Puasa 3 . Zakat 4. Haji 5. Wilayah / Kekuasaan [Lihat Al Kafi Fil Ushul 2 /18 karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634 ] . Kedudukan Al Kulaini di Syiah = Kedudukan Imam Bukhari di Sunni ]

3. Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara iaitu : 1. Iman Kepada Allah 2. Iman Kepada Malaikat 3. Iman Kepada Kitab-Kitab 4. Iman Kepada Para Rasul 5. Iman Kepada hari qiamat 6. Iman Kepada Qadha Qadar.

Rukun Iman ala Agama Syiah ada 5 Perkara, yaitu: 1. Tauhid 2. Kenabian 3. Imamah 4. Keadilan 5. qiamat.

4. Kitab suci umat Islam Al Quran yang berjumlah 6236 ayat 

Kitab suci Syiah Mushaf Fathimah yang berjumlah 17.000 ayat ( lebih banyak tiga kali ganda dari Al Qur'an milik kaum Muslimin). [Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634 ].

5. Azan menurut Agama Islam : ( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Hayya 'alash sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Allahu Akbar ) 2 kali ( lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali

Azan Ala Agama Syiah: www.youtube.com/watch?v=ffuZ8Fy9Ed0 ( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Asyhadu anna ' Aliyyan waliyullōh ) 2 kali ( Hayya ' alash sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Hayya ' alā khoiril ' amal) 2 kali ( Allahu Akbar ) 2 kali ( Lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali

6. Islam menyakini bahawa solat diwajibkan pada 5 waktu. 

Agama Syiah meyakini bahawa solat diwajibkan hanya pada 3 waktu saja.

7. Islam menyakini bahawa solat Jumaat hukumnya wajib. [QS Al Jumu'ah: 9 ] 

Agama Syiah menyakini bahawa solat Jumaat hukumnya tidak wajib.

8. Islam menghormati seluruh sahabat Rasulullah dan menyakini mereka orang-orang terbaik yang digelari radhiallahu 'Anhum oleh Allah. [QS At Taubah: 100 ]  

Agama Syiah menyakini bahawa seluruh sahabat Rasulullah telah kafir (Murtad) kecuali Ahlul Bait ( versi mereka ), Salman Al Farisi, Al Miqdad bin Al Aswad, Abu Dzar Al Ghifari. [Ar Raudhoh Minal Kafi Karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 8/245-246 ]

9. Islam menyakini bahawa Abu Bakar adalah orang yang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, kemudian selepas itu Umar bin Al Khatthab, lalu Utsman bin 'Affan, lalu Ali bin Abi Talib.

Agama Syiah menyakini bahawa orang terbaik setelah Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib, adapun Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab adalah dua berhala Quraisy yang terlaknat. [ Ajma'ul fadha'ih karya Al Mulla Kazhim hal. 157].

10. Islam menyakini bahawa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah. 

Agama Syiah menyakini bahawa orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib.

11. Islam menyakini bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama yang sah. 

Agama Syiah memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari Ali bin Abi Talib.

12. Islam menyakini bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan, 'Amr bin Al' Ash, Abu Sufyan termasuk sahabat Rasulullah.

Agama Syiah menyakini bahawa mereka pengkhianat dan telah kafir ( Murtad ) dari Islam.

Perhatian : Namun kemungkinan orang-orang Syiah di sekitar anda akan mengingkari tulisan ini sambil berkata: " Syiah tidak seperti ini! " Tetapi mereka tidak layak mengingkari perkataan-perkataan ulama-ulama besar mereka kerana bahan bacaan yang kami gunakan dalam penyusunan artikel ini menggunakan kitab-kitab pokok Syiah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah sebagai rujukan dan dari laman web rasmi mereka. 

Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: "Kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat." [Al I'tiqadat hal 114]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber manusiasurga.wordpress.com
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam