SUDAH MELAMPAU....!!! KETUA PARTI PEMBANGKANG MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN JABATAN PELAJARAN SELANGOR....!!!

Ketua Parti Pembangkang Negeri Selangor, merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Dato' Seri Noh Omar hari ini telah pergi ke pejabat Pelajaran Negeri Selangor untuk mengetahui gerak kerja yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Apakah sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen biasa, Noh Omar boleh sesuka hati terjah pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Selangor sambil meminta diberikan taklimat.

Paling teruknya dia boleh mempengerusikan mesyuarat dengan semua ketua-ketua Jabatan Pelajaran Negeri Selangor lagi tu.

Gelagat dan perangai Noh Omar ini telah berlaku satu precedent betapa Ketua Pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN boleh mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri tersebut untuk memberikan taklimat mengenai perjalanan gerak kerja jabatan berkenaan dan juga mempengerusikan mesyuarat khas.

Selepas ini tiada lagi alasan harus diberikan jika ada mana-mana Ketua Pembangkang termasuk DSAI sendiri meminta mana-mana Jabatan Kerajaan agar menyampaikan apa jua taklimat dan maklumat mengenai perjalanan jabatan-jabatan berkenaan.

Omak Kau cukup yakin.... jika insiden serupa berlaku di negeri-negeri pemerintahan UMNO.... sah Pengarah Pelajarannya kena pecat serta merta dan kisahnya menjadi berita utama muka depan Utusan dan Berita Harian.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment