KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak bagi kebajikan staf Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir esok.

Memorandum tersebut adalah berkaitan tuntutan gaji dan kebajikan staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB yang tertunggak hampir empat bulan.

Penyerahan itu juga bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan bermula esok.

Menurut satu kenyataan oleh jawatankuasa bertindak itu kepada Harakahdaily, tindakan tersebut diambil bagi memohon perhatian serius dari menteri besar selepas isu ini dilihat tidak diambil serius oleh kerajaan negeri.

"Kita sudah mencuba sedaya-upaya memohon tuntutan kita diselesaikan tetapi masih tidak mendapat perhatian MB."

"Mungkin dengan penyerahan memorandum kali ini di hadapan Pejabat MB Kedah boleh mendapat perhatian bukan sahaja MB tetapi orang ramai," kata kenyataan itu.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment