'Sekolah akhirnya bukan menyatu, tapi menjauhkan'

Usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui sistem persekolahan memberi kesan sebaliknya apabila masyarakat Malaysia semakin jauh antara satu sama lain, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

NONEMenyentuh debat berkaitan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Melayu, ketua pegawai eksekutifnya Wan Saiful Wan Jan (kanan) berkata, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penyatuan walaupun bahasa Inggeris lebih sesuai.

"Kita kata bahasa Melayu mampu jadi bahasa perpaduan, tetapi kita buat persidangan berkaitan perpaduan nasional dalam bahasa Inggeris, bukankan ironi sekali?" katanya, disambut gelak ketawa kira-kira 200 peserta yang hadir ke forum berkaitan pendidikan semalam.

Katanya lagi, beliau sendiri mempunyai sekurang-kurangnya satu mesyuarat dengan pegawai kerajaan di Putrajaya dan semuanya dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Malah, tambah Wan Saiful, anggota Parlimen juga sering meminta kebenaran speaker dalam perbahasan di Parlimen untuk menggunakan beberapa perkataan dan terma Inggeris.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment