RUMAH PAM WANGSA MAJU ROSAK LAGI: KERANA SYABAS GAGAL URUS AIR DENGAN BAIK.... YANG DAPAT NAMA BUSUK KERAJAAN NEGERI SELANGOR.... CEONYA GAJI RATUSAN RIBU SEBULAN....

Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.

Kejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

Bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Kegagalan berulang yang berlaku terhadap Rumah Pam Wangsa Maju adalah salah satu bukti kukuh SYABAS tidak kompeten dan kami menyeru kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi SYABAS termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah.
 


YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM 
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERLU SEGERA AMBIL ALIH PENGURUSAN AIR DARI SYABAS DALAM KADAR SEGERA.... SUDAH CUKUP LAMA RAKYAT TERSEKSA DIDERA OLEH SYABAS YANG BER CEO KAN SEORANG PEMIMPIN UMNO SELANGOR....!!!

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment