Panas....!!! Orang Di Belakang 'UTUSAN' Akan Menelanjangkan Akhbar Itu Satu Persatu

Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia.
Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia
   Selepas saman menyaman, identiti “Awang Selamat” Utusan akan didedahkan

[tmi]- Utusan Malaysia bukan sahaja berdepan dengan pelbagai saman dan serangan ke atasnya, akan tetapi lebih teruk lagi apabila orang di belakangnya akan menelanjangkan akhbar itu satu persatu.

Ia bakal dibuat dalam siri forum bertajuk "Siri kelangsungan perjuangan Said Zahari - Memahami Utusan, siapakah Awang Selamat?" yang bakal diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Forum ini dianjurkan oleh Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (Akrab), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan media di negara ini.

Said merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia apabila pada tahun 1961, beliau memimpin mogok wartawan bagi membantah tindakan Umno menguasai Utusan.

Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak memihak kepada perjuangan Umno.

Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu ataupun Malaya pada ketika itu oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Sejak 1959, Umno ingin menguasai Utusan. Dua orang wakil telah berjumpa dengan Said yang merupakan ketua pengarang akhbar itu.

Apabila Said enggan bekerjasama, beliau ditukarkan serta-merta ke Singapura.

Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.

Melalui siri pertama, forum ini akan membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan,  siapakah perancang-perancang utama di dalam akhbar itu.

Selain itu, pendedahan juga akan dilakukan tentang sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan.

Paling penting siapakan Awang Selamat yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai tetapi kebal dari tindakan undang-undang.

"Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain," kata Liau Kok Fah, Ahli Jawatankuasa Hak Sivil, KLSCAH kepada The Malaysian Insider.

Hata akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam Utusan sejak beliau menjejakan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur 18 tahun lepas.
Sumber Berita Dari Blog IdaMan

No comments:

Post a Comment