MESIR: Sekurang-kurangnya dua lagi penyokong legitimasi terkorban dalam insiden serangan terbaru pihak samseng dan tentera pada himpunan anti kudeta di beberapa wilayah, Jumaat kelmarin.

Menurut sumber Ikhwan, di Delta Nil, Tanta, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Abdullah Gad al-Rab telah dibunuh oleh samseng semasa mengambil bahagian dalam himpunan tersebut.

Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Teba, dan kematian itu kemudian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa 35 orang lain juga turut cedera dalam serangan itu.

Seorang lagi penyokong legitimasi juga cedera parah, kemudian meninggal dunia akibat luka beliau.

Di wilayah Daqahliya, penyokong legitimasi turut diserang oleh samseng yang dibantu tentera menyebabkan 38 orang cedera di bandar Mansoura.

Menurut saksi, pihak keselamatan mengepung himpunan pro-Morsi di kawasan Masjid Iman, dan membenarkan samseng untuk menyerang peserta himpunan dengan senjata dan instrumen tumpul.

Sebuah pejabat Ikhwan Muslimin berdekatan juga telah digeledah dan dibakar.

Kumpulan lelaki bersenjata juga dilihat melepaskan tembakan ke atas pro-Morsi yang berarak di kawasan Faisal, Giza.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment