Lajim Ukin dilantik ketua PKR Sabah

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin dilantik Ketua PKR Sabah menggantikan Ahmad Thamrin Mohd Jaini.
  
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk pandangan pemimpin PKR peringkat negeri.
  
"Pelbagai langkah akan diambil untuk memperkukuh parti di Sabah, termasuk mewujudkan Majlis Penasihat yang dianggotai Pemimpin Kanan PKR negeri seperti Thamrin," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat PKR peringkat negeri di Kota Kinabalu hari ini.
  
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Lajim menewaskan calon Barisan Nasional Isnin Aliasnih dengan majoriti 179 undi bagi kerusi DUN Klias.
  
Anwar berharap kerajaan akan menimbang kemungkinan menjemput pemimpin pembangkang bagi membincangkan isu yang berkaitan demi kepentingan rakyat dan negara, termasuk peningkatan kadar jenayah serta isu ekonomi.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment