KUIN : Ada yang dapat gaji sampai RM35K.... ini penjelasannya....

Muhammad Sanusi Md Nor

Isu Insaniah Holding yang 'didedahkan' oleh Tg Dawai (Exco Pendidikan) di hari akhir Sidang Dun tidak mengejutkan. Ia hanya bacaan semula skrip Group pencalar KUIN (kump yang tak puashati kerana tak dapat kenaikan gaji 13%-BersihKUIN). Setelah dibacakan dibanyak tempat termasuk di atas lori, di balai polis dan di pejabat MB, sidang DUN inilah peluang menjadikan skrip itu popular.

Lama sebelum ke sidang DUN, skrip ini telah dijaja ke sana ke mari, tapi tak men'setim'kan pihak berkuasa, polis maupun SPRM. Saya dimaklumkan dua kali laporan polis dibuat terhadap insaniah holding, tapi tak ada kes!

Kes pertama dibangkitkan ialah berkaitan gaji RM35k Dr Ramli yang mengepalai Insan Medic menubuhkan fakulti Perubatan. - Kan aku dah kata banyak kali, perkara pokoknya ialah tentang duit gaji - Dr Ramli berpengalaman 30 tahun menubuh dan menguruskan fakulti Perubatan.

Dia Doktor Pakar dalam perbagai disiplin, dan sebelumnya dia adalah Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Gajinya di mana-mana pun memang sebanyak itu! KUIN ambil dia untuk tubuhkan Fakulti Perubatan, kerana dia ada dalam team itu, pengalaman dan kepakarannya membolehkan lesen dan kebenaran MMC diperolehi.

Dia memang wajar dibayar sebanyak itu, malah kalau di tempat lain, mungkin lebih dari itu.

Ada CEO masih muda, pengalaman dan kepakarannya saya tak pasti, syarikat itu guna dana orang ramai juga di negara kita ni, gajinya 80k.

Dr yang mengasaskan Fakulti Perubatan ini baru 35k, atas kelulusan dan kepakaran serta pengalamannya. Guna untuk pendidikan dan kesihatan orang ramai.... Apa yang pelik?

Nanti kita jawab pasal mayat....
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNIe

No comments:

Post a Comment