Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.

"Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta.... sekarang ini secara sukarela."

"Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

'Pocket Show' merupakan program mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan kawasan Wangsa Maju, wakil persatuan penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Gombak, peniaga dan orang ramai di tempat tersebut. - Bernama

ULASAN GB - Inilah salah satu KESAN apabila kerajaan yang menang hari ini tidak mendapat sokongan undi popular - dalam ertikata lain - kerajaan UMNO BN ialah kerajaan minoriti, hanya menang banyak kerusi tetapi hakikatnya gagal untuk memenangi majoriti pengundi (rakyat).

Rakyat tiada mood untuk kibarkan bendera, bukan kerana tidak ada semangat patriotik atau cintakan negara, tetapi kerana rakyat sudah "menyampah" dengan kerajaan UMNO BN yang sentiasa gagal untuk menjalankan amanah mengadakakan pilihanraya bersih dan adil.

Apatah lagi kini kerajaan cuba "memaksa" pula dengan mewajibkan kibaran bendera tersebut. Setiap yang dilakukan kerana "keterpaksaan" tidak akan mengundang patriotisma yang dikenedaki. Ia hanyalah patriotisma palsu yang memukau tetapi kosong dalam ertikata patriotisma sebenar.

Sama seperti kes dimana sebahagian rakyat dipaksa oleh pihak tertentu untuk menayangkan plakard 'I LUV PM" sebelum PRU13 yang lalu, tetapi setelah pilihanraya PM menyalahkan tsunami kaum mereka yang menyebabkan prestasi teruk BN di dalam PRU13. Itulah bukti nyata sesuatu yang dibuat tanpa kerelaan akan hanya mendatangkan kesan yang lebih buruk. Itu hukum kebenaran dan keadilan dan kerajaan Malaysia tidak pernah mahu berlajar darinya. 
 
Sumber Berita Dari Blog Greenboc

No comments:

Post a Comment