HOT! 99% PASAR BORONG NILAI 3 DIKUASAI BANGLASIA.... APA BANGLA MAU LAGI....

Kerajaan NS gagal bela peniaga Bumiputera di Nilai 3

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.


SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), hari ini berang dan mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan gagal membela nasib peniaga Bumiputera yang ingin berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

“Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh."

“Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk."

“Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut."

“Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3."

“Apakah wujud unsur rasuah?"


Warga asing


“Jika peniaga tempatan buat silap sikit, mereka dikenakan kompaun dan ada kalanya gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Tetapi peniaga warga asing diberi layanan istimewa."


“Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?," tanya Mohd Ridzuan.

Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan."

“KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran."

“Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh."

“Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini."

“Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor."

“Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia."

“Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?," soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt


Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

No comments:

Post a Comment