Dulu hangpa kata Azizan dapat maklumat salah sebab tu lingkop KUIN.... tapi dok tengok Mukhriz pun 2x5 janie....!!!???


Idea asal untuk memulakan program sains kesihatan pun asalnya bermula dari era Dato Sri Mahadzir Khalid menjadi MB. Beliau yang mencadangkan agar program kejururawatan dijalankan di KUIN.
Selepas Tan Sri Ustaz Azizan menjadi Pengerusi ALP KUIN, beliau meneruskan usaha tersebut. Disebabkan kementerian telah memberhentikan pengeluaran lesen untuk program kejururawatan, maka kerjasama dengan MAHSA College dijalankan untuk 'berkongsi' usaha melahirkan jururawat yang boleh menggunakan karier mereka sebagai medium dakwah. Saya turut terlibat dalam bengkel bersama MAHSA untuk mewujudkan usahasama ini.
Apabila mendapati bahawa peranan doktor dan jururawat amat besar dalam dakwah, khususnya kepada pesakit-pesakit yang berdepan dengan isu qada qadar, putus asa, fiqh solat ketika sakit, diambang kematian dan sebagainya. ALP KUIN berusaha untuk mewujudkan program perubatan di KUIN. Selain matlamat dakwah sebagai matlamat utama, Program Perubatan di KUIN turut dirancang sebagai salah satu strategi dalam kerangka menaik taraf KUIN sebagai unversiti penuh.

Apabila program perubatan (yang dianggap antara program yang sangat sukar dan mencabar untuk KPT luluskannya kepada mana-mana IPTS) pun KUIN berjaya wujudkannya, ia memberi gambaran bahawa apa-apa syarat/ketetapan untuk mencapai taraf universiti penuh bukanlah suatu yang tak mampu dilaksanakan oleh KUIN.
Sekarang nasib program perubatan KUIN terawang-awang. Walaubagaimanapun, saya agak sedikit lega juga bila MAHSA yang diberi tanggungjawab ambil alih (berbanding jika diberi kepada pihak lain), kerana pengalaman saya berbengkel bersama pihak MAHSA, memberi gambaran bahawa mereka telah difahamkan serta berkongsi aspirasi yang sama ke arah memartabatkan program sains kesihatan sebagai wasilah dakwah. Cuma, yang kurangnya, mereka tiada tenaga dan kepakaran ke arah itu, berbanding KUIN yang sentiasa menggabungkan kepakaran pensyarah-pensyarah fakulti-fakulti ilmu wahyu ke program-program ilmu aqli lain.
Sebelum ambil alih program perubatan KUIN (minta maaf jika istilah ini tidak tepat, saya tak pasti apa istilah sebenar dan prosedurnya) , wakil MAHSA telah terlebih dahulu cadangkan, supaya pihak pentadbiran sekarang di bawah BN yang mempunyai akses lebih baik dengan Kerajaan Persekutuan, menggunakan strategi yang sama yang digunakan MAHSA untuk menyuntik modal untuk atasi kekakangan kewangan, iaitu dengan memohon agar pelajar tajaan JPA atau MARA ditempatkan di KUIN. (FELDA pun telah menaja sekian banyak pelajar ke IPT bukan bumiputera seperti Lim Kok Wing U).
Ironi juga, MAHSA (100% swasta) mendapat taraf Kolej Universiti pada tahun 2009, sedangkan KUIN lebih awal iaitu pada tahun 2006. Sekarang MAHSA telah mendapat status Universiti Penuh, tapi KUIN sedang berundur ke belakang.
Saya pun tak faham, kadok ke pandir ke.... jangkaan saya, bila KUIN berada di bawah kerajaan BN, KUIN akan lebih laju ke hadapan, kerana segala kekangan kewangan lebih mudah diatasi dan hubungan dengan KPT akan lebih mudah.
Kalau dulu ada yang berkata, kononnya, Ustaz Azizan selaku MB tidak dapat maklumat mengenai KUIN, yang menyebabkan keputusannya banyak tersasar.... apakah keadaan sekarang pun sama? MB tak dapat dapat maklumat tepat kah?
Jauh di sudut hati, saya macam tak boleh nak percaya apa yang berlaku di KUIN sekarang adalah atas arahan YAB Dato Mukhriz Mahathir ke? Saya ni memang NAIF tentang politik UMNO-BN....???
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNIe

No comments:

Post a Comment