CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO..... PENASIHAT SULTAN SULU DILIHAT ADA HARAPAN MENANG....???


Sehingga kini sudah ada lima calon yang mengidamkan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bakal ditandingi hujung tahun ini.

Dari kelima-lima calon yang mengidam dan menawarkan diri itu pada hemat dan pendapat Omak Kau sebagai pemerhati politik, Penasihat Sultan Sulu, Datu Seri Panglima Lokman Noor bin Adam, seorang ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dilihat lebih berpeluang untuk memenangi jawatan tersebut.

Dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kali ini para ahli Pemuda UMNO dilihat tidak mempunyai pilihan selain memilih the best amongst the worst.

The best amongst the worst yang Omak Kau lihat ialah Penasihat Sultan Sulu sendiri. Seorang politikus yang sudah "terdedah" walaupun kesetiaannya kepada UMNO masih ramai pemuda UMNO sehingga kini meraguinya kerena keterlibatan beliau secara aktif sebagai salah seorang pengasas Ahli Muda KeADILan.

Suatu sebab mengapa difahamkan namanya tercicir sebagai calon UMNO/BN pada PRU 13 lalu.... masih dipalitkan dengan AMK.

Yang memberikan bonus kepada dirinya ialah pernah menjadi Penasihat kepada Sultan Sulu.... suatu jawatan yang cukup "berprestij".

Hakikatnya siapa jua menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak membawa apa-apa makna pun pada sayap kanan UMNO itu.... tetap akan ditolak oleh anak-anak muda yang berjiwa merdeka, cerdik dan waras fikiran.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment